BTC USD 81,677.9 Gold USD 4,138.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Mencuri Sewaktu Solat

REMEDY KARUNG GUNI

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,484
Paid Membership
Joined
Feb 11, 2008
Messages
33,484
Reaction score
414
Points
136
Perkara yang selalu kita abaikan.. Tamakninah dalam solat

Situasi:

"Ui.. lajunya dia sembahyang pok.. teda tamakninahnya.. kick eh.."
"Itu sembahyang patuk ayam tu pok.."

Slalukan kita lihat.. dan kadang2 mengalami situasi begitu.. apalgi kalo kita maw cpt2 nak buat sesuatu atau pg ke sesuatu tempat.. ataupun.. kita terlewat nak solat.. nah sudah... Laju bha solat kita nak.. kalah2 ayam patuk padi.. =))..

Ada satu hadis nabi yang mengatakan tentang orng yg mengabaikan tamakninah ini.. Org yang tidak mengmbil tamakninah ini seperti orng yang mencuri dalam sembahyang. Di dalam satu hadith Rasullullah daripada Abu Qatadah r.a bahawa Rasullah telah bersabda:

Seburuk-buruk manusia yang mencuri ialah yang mencuri dari solatnya. Para sahabat lalu bertanya: " Wahai Rasulullah : Bagaimana seseorang itu mencuri dari solatnya?. Rasulullah menjawab: Orang yang tidak menyempurnkan rukuknya dan sujudnya."


Solat yang khusuk dan diterima oleh Allah.. adalah solat yang disertakan tamakninah.. tamakninah itu ada dlm rukun solat kita.. mari kita refresh rukun solat kita.. mungkin ada antara kita yg lupa tentg rukun solat.. takpa.. m2g fitrahnya manusia mudah lupa.. Oleh itu.. kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain...

Seperti dalam Surah Asr: (terjemahan melalui tafsir Al Quran Darul Iman)

Demi masa.
Sungguh manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Rukun solat.

BERDIRI BETUL.
NIAT.
TAKBIRATUL IHRAM.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH.
RUKUK DENGAN TAMAKNINAH.
IKTIDAL DENGAN TAMAKNKNAH.
SUJUD DENGAN TAMAKNINAH
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN TAMAKNINAH.
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA SELAWAT.
MEMBERI SALAM.
TERTIB.

Nampakkan?? Ada tamakninah di antara rukun yg ke 5 hingga ke 8.

Terus kepada perkongsian ini, iaitu tamakninah.. Ya pernah dgrkan tntng tamakninah??
Apa itu Tamakninah??

Pengenalan Tamakninah.
Tamakninah adalah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya TIDAK SAH. Oleh itu, sia2 saja kalau kita solat langsung tak sah dan tak di terima Allah..

Definisi Tamakninah.

Menurut bahasa arab, perkataan takmaninah berasal daripada اطمأن : أي سكن وثبت واستقر. iaitu bermaksud tenang dan tetap.
Menurut dalam bahasa mudah bererti bertenang.


Analogi.
Ibarat kita memandu sebuah kenderaan, waktu dipersimpngan.. kita hentikan kereta sepenuhnya untuk berehat sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira sebagai tamakninah.

Saya akan berkongsi tentang penerangan dimana WAJIB kita tamakninah dalam solat.

Antara rukun yang WAJIB disertakan Tamakninah.

Rukuk.
Penerangan: Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar TAMAKNINAH. Kebiasaanya kita akan membaca 'subhanabarabbiyal azimi wabihamdih'..

Iktidal (Bangun daripada sujud).
Penerangan: Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar TAMAKNINAH.

Sujud.
Penerangan: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar TAMAKNINAH.

Duduk antara dua dua sujud.
Penerangan: Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar TAMAKNINAH.

Dapat tak.. di mna yg kita perlu tamakninah?? Sekarang kita beralih dmana pula tempt yg slalu kita abaikan tamakninah ini.

Tempat yang sering diabaikan Tamakninah.

Iktidal.
Ini adalah rukun yg slalu/sering/sangat/kebiasaan kita tertinggal tamakninah... Belum sempat tulang blakangnya lurus 180 darjah.. Kita sudah turun terus untuk sujud. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah..

Rukuk.
Belum sempat tulang blakangnya bongkok 90 darjah.. Kita sudah terus berdiri untuk iktidal. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah..

Sujud.
Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tdk mencecah jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana tiada tamakninah.. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah.. Kita perlu menyentuh semua anggota tujuh dilantai baru bangun daripada sujud.

Duduk antara dua sujud.
Selepas bgun dr sujud.. kta ada bc 'rabbil firli....' kan?? tak sempat tulang blakang tegak.. kita dah trus sujud.. Solat ini TIDAK SAH kerana tiada Tamakninah.. Kita perlu duduk sebentar sebelum sujud seterusnya.. Tegakkan tulang blakang kita dahulu.. bru sujud.. Tamakninahnya berlaku ketika tulang blakang sudah tegak lurus...

*Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya.. Tidak ada tamakninah.. Tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirehat.. =))

Namun.. apa yg berlaku??

Kebiasaanya.. kesalahan tamakninah yg plg ketara ialah ketika kita iktidal.. sangat slalu..
Perkara ini lagi rancak berlaku apabila kita solat berjemaah untuk solat terawih.. Semua pergerakan laju sbb nak cepat habis..


Kesimpulannya..

Janganlah solat terlalu laju sehingga mngabaikan tamakninah..
Berhentilah sebentar.. ambil masa bdn untuk rasa bertenang dan stabil bru kita ke rukun yg seterusnya.. Analoginya.. cuba kita wat kerja tanpa henti.. jalan ke sana.. jalan kemari.. lari sana.. lari sini.. tak penat ka??
Org yang takda tamakninah ne adalah orng yang suka mencuri dalam solat.. Bersabarlah ketika bersolat ya.. =))
Ikutilah cara nabi bersolat.. =))
Solat yng sempurna dan khusyuk dapt mencegah kta melakukan kemungkaran, mengubati hati yang kotor, melahirkan rasa tawadhuk kepada Allah, menjadi kita seseorang yg sabar dan mengamalkan sifat mahmudah.. dan mencapai objektif kita untuk menjadi seorang yg soleh dan solehah di dunia dan akhirt..
Capaikanlah khusuk dalam solat.. Itulah anugerah yg plg tinggi yg kita peroleh setelah kita solat.. Kita bersolat bukan nak bersenam shj.. tp kita solat untuk roh dan jiwa kita sekali.. roh dan jiwa kita pun nak 'exercise' jga.. jgn dilupa itu yah.. =))

Semoga perkongsian ini membantu rakan2 untuk menambahbaik cara kita bersolat.. Sebarkanlah pada rakan2 lain yg tidak tahu atau kurang memahami tntg solat... Jika ada tersalah info atau kata.. Minta maaf dan tegur aja melalui komen kat bwh ne.. Maaflah.. bahasanya kurang standard.. hasil karangan sendiri.. supaya org boleh bc secara santai.. Tq rakan2 skalian.. =))

Alhamdulillah.. anda telah selesai membaca artikel ini.. Sya doakan semoga anda berjaya di dunia dan akhirat.. =))

Wallahualam..

Sumber rujukan:

Abdul Baqi Shabran,Buku 7 petua meningkatkan kualiti solat anda.
Info Solat : Tamakninah, Majalah Solusi isu 22 : Doa Mustajab atau Terhijab?
Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Ab. hamid, Indahnya Hidup Bersyariat.

Ingatan Untuk saya juga....

Sumber:
 
[Solat Terlalu Laju]

Rasulullah bersabda, “Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya”, para sahabat bertanya: “Bagaimanakah dia mencuri dalam solatnya?” Kemudian Nabi menjawab: “(Dia) tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya” (Imam Ahmad, 5 / 310)

Tumakninah adalah diam sebentar (tempoh bertenang) setelah tenangnya seluruh anggota badan. Para ulama membataskan waktu yang diperlukan seperti ketika membaca tasbih. (Lihat fiqhus sunnah, Sayyid Sabiq : 1/ 124)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda kepada orang yang solatnya tanpa Tumakninah,

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنْ الْقُرْآنِ ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلَاتِكَ كُلِّهَا

“Jika Anda hendak mengerjakan solat maka bertakbirlah, lalu bacalah ayat al Quran yang mudah bagi anda. Kemudian rukuklah sampai benar-benar rukuk dengan tumakninah, lalu bangkitlah (dari rukuk) hingga kamu berdiri tegak, setelah itu sujudlah sampai benar-benar sujud dengan tumakninah, lalu angkat (kepalamu) untuk duduk sampai benar-benar duduk dengan tumakninah, setelah itu sujudlah sampai benar-benar sujud, Kemudian lakukan seperti itu pada seluruh solatmu” (al-Bukhari dan Muslim)

Tumakninah adalah rukun solat, jadi solat tanpa melakukan Tumakninah maka solat menjadi tidak sah. Ini satu persoalan yang sangat serius. Rasulullah bersabda, “Tidak sah solat seseorang, sehingga ia menegakkan (meluruskan) tulang belakangnya ketika rukuk dan sujud” (Abu Dawud: 1/ 533)

Malah tidak diragukan lagi bahawa ia adalah satu kemungkaran di dalam solat. Pelakunya harus dicegah dan diperingatkan tentang ancamannya.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau pernah melihat ada orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud ketika solat, dan terlalu cepat. Setelah selesai, Huzaifah menegurnya, “Sudah berapa lama anda solat sebegini?” Orang itu menjawab: “40 tahun.” Huzaifah berkata: “Engkau tidak dihitung solat selama 40 tahun ini.” (kerana solatnya itu tidak sah). Lanjut Huzaifah lagi:

وَلَوْ مِتَّ وَأَنْتَ تُصَلِّي هَذِهِ الصَّلَاةَ لَمِتَّ عَلَى غَيْرِ فِطْرَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Jika kamu mati dalam keadaan solat kamu masih seperti ini, maka engkau mati bukan di atas fitrah (ajaran) Muhammad shallallahu ‘alaihiwa sallam.” (Ahmad, al-Bukhari, al-Nasaii).

Riwayat dari Abu Abdillah Al-Asy’ari berkata: “(suatu ketika) Rasulullah solat bersama sahabatnya kemudian Baginda duduk bersama mereka. Tiba-tiba masuk seorang lelaki lantas menunaikan solat. Orang itu rukuk lalu sujud dengan cara mematuk (solatnya dilakukan dengan tergesa-gesa), maka Rasulullah bersabda : “Apakah kamu melihat orang ini? Barang siapa meninggal dunia dalam keadaan seperti ini (solatnya), maka dia meninggal dalam keadaan di luar agama Muhammad. Dia mematuk dalam solatnya sebagaimana burung gagak mematuk darah. Sesungguhnya perumpamaan orang yang solat dan mematuk dalam sujudnya bagaikan orang lapar yang tidak makan kecuali sebutir atau dua butir kurma, bagaimana dia boleh merasa cukup (kenyang) dengannya.” (Ibnu Khuzaimah 1/ 332)

Wallahu a’lam.
 
23 rakaat 7 minit. Bacaan alfatihah berapa saat ni.
 
Kalu imam tak ada tomakninah camna tuan?
 
sujud,kemuncak pengabdian & kehinaan manusia sbg hamba kpd yg Maha Mencipta-nya, rugilah klu sujud skadar patuk2 jer
 
Back
Top
Log in Register