ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Nurhidayah Mohamad Shahaimi
MARAN - Penduduk setempat terutama yang berada di perantauan dinasihati agar tidak hanya mengkritik usaha dilakukan pemimpin setempat bagi membangunkan daerah ini termasuk di bandar Maran.
Adun Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi berkata, pembangunan industri ayam kampung selari dengan jolokan bandar ini turut dalam perhatian dan pihaknya mengalu-alukan buah fikiran dan cadangan orang ramai mengenai perkara tersebut.
Menurutnya, pemimpin setempat tidak pernah berputus asa memenuhi keperluan penduduk termasuk perancangan membina Hospital Maran dan kolej komuniti.
"Melaksanakan sebarang pembangunan memerlukan sokongan semua pihak terutama kalangan penduduk dengan memberi keyakinan kepada pemimpin dan kerajaan.
"Diharap penduduk tidak hanya kritik sebaliknya menyumbangkan idea dan sama-sama menjadikan bandar Maran lebih maju dan berdaya saing," katanya pada majlis kesyukuran sempena Anugerah Taman Perumahan Bersih, di sini.
Beliau memuji pencapaian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Maran 2 yang merangkul johan taman bersih peringkat negeri dan kebangsaan oleh SWCOrp Malaysia.
Nurhidayah berkata, kesepakatan dan kerjasama erat penduduk taman perumahan tersebut membuahkan hasil sekali gus membuktikan perpaduan sebagai nadi penggerak keharmonian berbilang kaum.
Menurutnya, setiap KRT diminta mengutamakan kebersihan kawasan kediaman dengan mengadakan aktiviti gotong-royong pada hujung minggu.
"Penduduk tanpa mengira usia perlu dididik agar mencintai dan menyayangi kebersihan persekitaran serta sentiasa peka terhadap sebarang kekotoran yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga dan masyarakat," katanya.