BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan kelirukan penduduk

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 5 Ogos - "Jangan kelirukan penduduk Kampung Baru. Campur tangan politik hanya akan mengeruhkan lagi suasana. Tanah di sini adalah milik orang Melayu dan kita akan pastikan ia kekal milik orang Melayu."

Itulah amaran Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, Datuk Seri Suleiman Mohamed kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat cuba campur tangan dalam hal ehwal pembangunan Kampung Baru.

Beliau berkata, Abdul Khalid tiada hak untuk campur tangan kerana tanggungjawab membangunkan perkampungan tertua orang Melayu di ibu negara itu terletak di bahu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kita ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap Kampung Baru. Apa perlunya Menteri Besar Selangor campur tangan dan menambahkan lagi masalah yang sedia wujud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini hari ini ekoran tindakan Menteri Besar Selangor itu mengadakan pertemuan dengan penduduk dan tuan tanah di Kampung Baru pada Ahad lalu.

Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid dilaporkan menyediakan RM50,000 bagi membolehkan satu kajian dilakukan terhadap pelbagai isu di situ termasuk status tanah.

Suleiman berkata, selaku anak jati Kampung Baru, beliau yakin dan tahu DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan melakukan yang terbaik dalam memajukan Kampung Baru.

Katanya, Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (KLCP 2020) adalah dokumen yang akan memacu pembangunan di kawasan itu dan tiada pihak yang wajar menjadikan pelan itu sebagai satu isu.

Katanya, pelan itu juga masih di peringkat awal dan orang ramai khususnya penduduk dan pemimpin setempat Kampung Baru masih mempunyai masa untuk mengemukakan cadangan kepada DBKL untuk penambahbaikan.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa dakwaan Pasar Minggu Kampung Baru masih milik kerajaan negeri Selangor adalah tidak tepat kerana tanah di situ telah dibeli oleh DBKL pada tahun 1974.

Malah, katanya, tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) cuma terletak di kawasan Sungai Baru dan Kampung Padang dan kedua-dua kawasan itu terkeluar dari lingkungan kawasan Kampung Baru.

"Sekarang ini, pertukaran hak milik tanah daripada PKNS ke DBKL masih dalam proses,'' jelasnya yang sudah 'bergelumang' dengan isu Kampung Baru sejak puluhan tahun lalu.

Suleiman turut menyelar perjumpaan yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali pada Ahad lalu kerana ia turut dihadiri bukan tuan tanah Kampung Baru.

Katanya, sepatutnya perjumpaan seperti itu hanya membabitkan tuan tanah Kampung Baru yang asal dan tidak ada langsung penglibatan orang luar.

Malah, penafian Abdul Khalid yang mengatakan pertemuan itu bukan bertujuan politik dipandang sinis oleh Suleiman kerana beliau mendapat maklumat bahawa borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) diedarkan selepas perjumpaan itu.

"Saya minta Abdul Khalid jangan libatkan sentimen politik dalam masalah rumah tangga Kampung Baru,'' tegasnya.

PKR kena masuk campur supaya tuan tanah di KG BARU tak tertipu. Harga yang kerajaan tawarkan untuk sekaki tanah ialah RM150 sedangkan harga semasa RM800 sekali. Jangan jadi macam tanah2 di Putrajaya semasa belum dibangunkan. Para kroni dah tau tanah disitu akan dibangunkan jadi PUTRAJAYA maka si kroni hantar agen tipu tuan tanah jual murah2. Antara yang untung besar ialah HABIB JEWEL kroni Rafidah Aziz
 
suleiman ni takut xdpt duit kopi la ni..
 
nie pun salah satu tempat yang nak jadi lubuk emas kroni ni...
 
Nampaknya tektik yang sama kat Perda...
Master Plan untuk pembangunan depa ada, pastu pi hantaq broker offer below market price...:(scam :(scam
 
PoNing2...
pagi2 den da PoNing2...:o :o ~X(
 
BN yg kalah, langsung tubuh pusat khidmat DUN di Kawasan2 yg di menangi ADUN2 PR takpe pulak. Double standard & RAKYAT prihatin ngan ke tidakadilan & sabotaj ni. RAKYAT dah pandai...
 
ishk..
mmg sah2 menipu..
harga tanah beza jauh giler la..
 
Bila kerajaan PR Selangor nak campur tangan, si Ketua UMNO bahagian ni marah.

Tapi bila si GABEM yg kepalanya Rahim Thamby Chik si perogol bersiri budak bawah umur nak campur tangan, dia tak kata apa2 pulak. Mesti si sulaiman ni ada kawtim2 dgn si perogol ni.
 
pasal duit semua kelabu mata.. patut bantu atau bincang sama, klu harga pasaran rm800 sekaki jadikan rm1000 sekaki. baru betu nak bantu org melayu.
 
Orang Kg.Baru KL kena tanya pengalaman orang FElda Cahaya Baru Johor, mcmana tipu dan putar belit pemaju ni, sampai sekarang kes tak settle. Yang nyata pemilik asal tanah yang akan ternganga.
Ingatlah nasib orang Langkawi, Tg.Kupang Tg.Pelepas Johor), jutawan mee segera, cepat dpt duit cepat hilang duit, last-last ada yang duduk setinggan lebih miskin sebelum jual tanah.
 
Back
Top
Log in Register