BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan hina Nabi kami

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Jangan hina Nabi kami

June 6, 2022

PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan melampau menghina junjungan besar Rasulullah SAW oleh dua ahli politik kanan parti pemerintah India Bharatiya Janata Party (BJP) iaitu Nupur Sharma dan Navin Kumar Jindal dalam satu rancangan televisyen yang disiarkan di India.


Tindakan melampau menghina junjungan besar Rasulullah SAW adalah satu perbuatan yang biadab dan mampu mencetuskan perseteruan antara agama sama ada di India atau mana-mana tempat di seluruh dunia yang mampu mencetuskan pergolakan yang berpanjangan.


Majoriti umat Islam di Timur Tengah mengecam keras tindakan ini malah Mufti Oman Sheikh Ahmad bin Hamad Al Khalili menggangap ia seumpama “melancarkan perang ke atas seluruh umat Islam“ dan telah menggesa umat Islam agar memboikot barangan keluaran India.

Sewajarnya perbuatan biadap ini perlu dicegah daripada dibiarkan memandangkan nasib umat Islam di India umpama “telur di hujung tanduk“ akibat kerapkali dizalimi secara berterusan di India akibat daripada polisi berat sebelah yang dikenakan terhadap mereka.

Islam adalah agama kedamaian dan agama yang cintakan keamanan namun jangan hina pemimpin kami dan agama kami.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk
6 Zulqaedah 1443 / 6 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 6/6/2022
 
#NewDelhi Kuwait bersama Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain pada Ahad turut mengecam kenyataan itu.
https://www.hmetro.com.my/.../negara-negara-islam-kutuk...

Negara-Negara Islam kutuk kenyataan anti-Islam, BJP​

BERNAMA
NUPUR Sharma yang dikatakan membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen. FOTO Twitter
NUPUR Sharma yang dikatakan membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen. FOTO Twitter

New Delhi: Qatar menuntut permohonan maaf dari India susulan kenyataan ahli politik parti pemerintah India, baru-baru ini, yang didakwa menghina Islam.

Kuwait bersama Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain pada Ahad turut mengecam kenyataan itu.

Kementerian Luar Qatar memanggil duta India untuk menyampaikan nota bantahan berikutan kenyataan yang dikeluarkan anggota Parti Bharatiya Janata (BJP) yang disifatkan "boleh mencetuskan kebencian agama."

Nota bantahan itu disampaikan Menteri Hal Ehwal Luar, Soltan Saad Al Muraikhi.

Sementara itu jurucakap kementerian Majed Mohammed Al Ansari berkata, Qatar menyeru kerajaan India untuk segera mengecam kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di dunia, memetik laporan Agensi Berita Qatar.

Menurut Kementerian Luar Qatar, penghinaan itu menunjukkan kejahilan tentang peranan penting Islam dalam pembangunan tamadun di seluruh dunia, termasuk di India.

Sehubungan itu BJP pada Ahad menggantung Nupur Sharma yang dikatakan membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen dan Naveen Jindal atas komennya di media sosial.

"BJP mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terhadap mana-mana personaliti mana-mana agama," memetik kenyataan parti itu.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan turut mengecam kenyataan yang dibuat jurucakap BJP yang disifatkan menghina Nabi Muhammad.

Susulan itu juga, Kementerian Luar Iran turut memanggil duta India ke Iran. Kementerian Luar Kuwait juga dilaporkan menyerahkan nota bantahan kepada duta India di Kuwait.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, imam Masjidil Haram di Makkah Sheikh Abdul Rahman Al Sudais, setiausaha agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Nayef Falah Mubarak Al Hajraf dan jurucakap kerajaan sementara Afghanistan Zabihullah Mujahid adalah antara yang turut mengutuk kenyataan provokasi itu.
Disiarkan pada: Jun 6, 2022 @ 8:22pm


 

India usaha padamkan kemarahan kenyataan menghina Islam​

Jun 6, 2022 @ 8:10pm
Kakitangan Pasukan Tindakan Pantas (RAF) dikerahkan untuk mengawal kawasan berjalan kaki kediaman di sepanjang jalan di kawasan Jahangirpuri di New Delhi. - Foto AFP
Kakitangan Pasukan Tindakan Pantas (RAF) dikerahkan untuk mengawal kawasan berjalan kaki kediaman di sepanjang jalan di kawasan Jahangirpuri di New Delhi. - Foto AFP


MUMBAI: Kerajaan India hari ini berusaha meredakan kemarahan dari dalam dan luar negara selepas dua pegawai parti yang pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) membuat kenyataan mengenai Nabi Muhammad SAW.

Susulan daripada itu, 38 orang ditangkap kerana merusuh di bandar utara dan merancang protes yang dijadual diadakan di Mumbai.

Tangkapan di bandar Kanpur itu adalah sebahagian daripada usaha untuk meredakan ketegangan agama yang timbul selepas dua pegawai BJP pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi membuat kenyataan yang telah menimbulkan kemarahan meluas dalam kalangan umat Islam di India dan luar negara.

Beberapa pegawai tinggi India terbabit dalam menguruskan isu yang membawa kepada krisis diplomatik ketika negara termasuk Qatar, Arab Saudi, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Afghanistan, Pakistan dan Iran menuntut permohonan maaf daripada kerajaan kerana membenarkan kenyataan yang menghina itu, kata seorang pegawai Kementerian Luar India.




Hujung minggu lalu, diplomat India yang ditempatkan di negara Teluk dan negara Islam jirannya telah dipanggil oleh pegawai di negara berkenaan untuk membantah komen dikeluarkan pegawai BJP.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam satu kenyataan berkata, 'penghinaan itu berlaku ketika peningkatan kebencian dan penghinaan terhadap Islam di India dan gangguan sistematik terhadap umat Islam'.

Badan dianggotai 57 ahli yang berpengaruh itu memetik keputusan terbaharu untuk mengharamkan pemakaian tudung di institusi pendidikan di beberapa negeri di India dan pemusnahan harta benda orang Islam yang didakwa sebagai tindakan berat sebelah oleh kerajaan India.

Kementerian Luar India dalam satu kenyataan berkata, hantaran di Twitter dan komen yang menyinggung perasaan itu tidak langsung menggambarkan pandangan kerajaan.

"Tindakan tegas telah diambil terhadap individu-individu ini oleh badan yang berkaitan. Kami kesal kerana Sekretariat OIC sekali lagi memilih untuk membuat komen yang mencetuskan salah faham dan kekeliruan," kata jurucakap kerajaaan, Arindam Bagchi.

Dalam pada itu, semalam BJP turut mengambil tindakan menggantung seorang jurucakap dan memecat pegawai lain kerana mencetuskan sentimen agama membabitkan masyarakat minoriti.
Untuk rekod, umat Islam mewakili kira-kira 13 peratus daripada 1.35 bilion penduduk di India. - REUTERS

 
jika x ada rasullullah s.a.w..martabat wanita zaman ni tiada dh..jika ada semua adalah pelacur..
nk ckp apa yg berlaku pada arab masa tu org kata dh tahap paling tinggi kemuncaknya bg bngsa yg bermaruah..
pompuan xsedar diri..
 
Parti Bharatiya Janata (BJP) yang mentadbir India kembali mencetuskan kontroversi selepas dua jurucakap parti mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan.
https://www.utusan.com.my/.../islamofobia-india-tak.../

Hina Nabi Muhammad: Arab kempen boikot barangan India​

07062022-38-india-fobia-pix-1.jpg


  • 7 Jun 2022, 9:03 am



NEW DELHI: Pengguna media sosial di negara Arab melancarkan kempen memboikot barangan keluaran India, susulan tindakan kebencian dan penghinaan terhadap penganut Islam di seluruh dunia.







Kempen itu berikutan India mengikut jejak langkah Perancis dan China yang meniup sentimen Islamophobia dengan menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Parti Bharatiya Janata (BJP) yang mentadbir India kembali mencetuskan kontroversi selepas dua jurucakap parti mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan.

Jurucakap Kebangsaan BJP, Nupur Sharma digantung daripada keahlian utama, Ahad lalu, selepas komentar yang dibuat semasa debat di televisyen, baru-baru ini.


07062022-38-pix-2-526x600.jpg


Ketua Operasi Media Delhi BJP, Naveen Kumar Jindal pula dibuang kerja akibat polemik tersebut.

Sharma dilaporkan menghina junjungan besar baginda dan isteri Rasulullah, Saidatina Aisyah menerusi debat minggu lalu.

Selepas mencetuskan kemarahan ramai semasa debat sedang berlangsung, Jindal pula dilaporkan memuat naik ciapan mengenai Nabi Muhammad SAW.

Kontroversi yang tidak menghormati fahaman agama lain menimbulkan kemarahan rakyat India dan menuntut mereka diberkas.


07062022-38-pix-3-526x600.jpg

INDIA MAKIN BAHAYA

Duta India di Kuwait dan Qatar menerima nota rasmi berhubung komentar berbentuk penghinaan agama itu.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Mohammed Al-Ansari berkata, pihaknya memanggil Duta India bagi menyampaikan nota rasmi ‘menyatakan kekecewaan dan menolak kutukan sepenuhnya terhadap kontroversi itu’.

Agensi berita Qatar, QNA melaporkan, pihak kementerian mengalu-alukan kenyataan BJP yang menggantung kakitangan itu dan mengharapkan permohonan maaf secara terbuka oleh Kerajaan India yang dipimpin oleh Narendra Modi.

“Wacana Islamofobia mencapai ‘tahap berbahaya’ di India iaitu sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian dan kewujudan bersama.

“Ucapan kebencian terhadap umat Islam di India perlu dihadapi secara rasmi,” katanya.

Kementerian Luar Pakistan pula mengutuk sekeras-kerasnya ‘kata-kata yang sangat menghina’.

“Ini adalah ucapan yang tidak boleh diterima langsung kerana bukan sahaja mengguris perasaan rakyat Pakistan, tetapi berbilion umat Islam di seluruh dunia.

“Walaupun BJP mengambil tindakan tatatertib terhadap individu tersebut, namun ia sudah terlewat dan tidak dapat meredakan kesakitan serta keperitan terhadap umat Islam,” katanya dalam kenyataan.

Arab Saudi menyifatkan kenyataan jurucakap itu berbaur ‘penghinaan’ dan menggesa supaya ‘menghormati kepercayaan dan setiap agama di dunia’.


fobia-600x400.jpg



Dalam pada itu, Pertubuhan Kerjasama Islam yang mempunyai 57 negara anggota turut mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan tidak bermaruah itu.

Pertubuhan itu merupakan organisasi kedua terbesar di dunia selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mencecah 1.8 bilion populasi.

“Sekretariat Agung menyatakan kecaman keras dan mengutuk penghinaan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai dalam parti pemerintah di India terhadap Nabi Muhammad SAW,” katanya.


MUSLIHAT INDIA
Apil lalu, Suruhanjaya Amerika Syarikat mengenai Kebebasan Beragama Antarabangsa (USCIRF) menggesa Jabatan Negara meletakkan India dalam senarai ‘negara yang menjadi perhatian khusus’ daripada aspek kebebasan beragama bagi tahun ketiga berturut-turut.

India dituduh ‘melibatkan diri dan bertolak ansur dengan pencabulan kebebasan beragama yang sistematik, berterusan dan teruk’.

“Sepanjang tahun ini, kerajaan India meningkatkan promosi dan penguatkuasaan dasar termasuk mempromosikan agenda nasionalis Hindu yang memberi kesan negatif kepada umat Islam, Kristian, Sikh, Dalit dan minoriti agama lain,” kata suruhanjaya itu dalam laporan tahunannya.


 
Back
Top
Log in Register