ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MALAYSIA dipercayai akan terus memerlukan pekerja asing dalam sektor yang tidak memerlukan kemahiran tinggi atau ‘low skills’.
Presiden Tekam Dr Yusof Hashim berkata, namun pengambilan dan penggajian pekerja asing hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab, berhemah, profesional, berwibawa dan akauntabiliti oleh majikan atau syarikat yang menguruskannya demi menjamin setiap Padi pulang ke negara asal apabila tamat tempoh sah laku pas lawatan kerja sementara.
“Mereka juga mesti bertanggungjawab memastikan Padi tidak menjadi Pati dan terus tinggal di Malaysia," tegasnya.
Beliau berkata, mereka hendaklah membuat 'follow up’ dan 'follow through’ sehingga semua pekerja asing meninggalkan Malaysia.
“Ada pihak ambil peluang untuk eksploitasi keadaan Pati dengan membekalkan mereka kepada majikan dengan mementingkan keuntungan tanpa menerima sebarang tanggungjawab selanjutnya.
“Keadaan ini menyebabkan lambakan Pati dan membuka peluang kepada majikan untuk mengeksploitasi pekerja asing.
"Dalam konteks ini, Tekam menyokong penuh cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya ejen Pati dikenakan hukuman sebat secara mandatori,” katanya.
Dalam pada itu menurutnya, Tekam juga mencadangkan supaya tindakan juga diambil di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti PenyeludupanPiligram 2007 jika individu dan sindiket yang terlibat dengan Pati melakukan kesalahan di bawah undang-undang itu.