MHaffiezMNazri
Super Active Member

- Messages
- 5,494
- Joined
- Jul 23, 2012
- Messages
- 5,494
- Reaction score
- 1,168
- Points
- 171
LONDON - BRITAIN. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, termasuk yang tidak bersetuju dengan kerajaan, tidak sepatutnya bercakap tidak baik tentang negara mereka.
"Ruang untuk berbeza pendapat memang sentiasa wujud, tetapi janganlah menyalah guna kebebasan ini (untuk tidak bersetuju) dengan memberi gambaran tidak baik atau mencemarkan imej negara sendiri," katanya.
Beliau berkata walaupun berdepan dengan keadaan sukar, terdapat banyak perkara yang perlu disyukuri rakyat Malaysia.
Menurutnya, nasib rakyat Malaysia jauh lebih baik daripada nasib yang dialami rakyat di kebanyakan negara membangun.
Ahmad Rasidi berkata kini terdapat hampir 18,000 pelajar Malaysia di United Kingdom, kebanyakannya dibiayai kerajaan.
"Ini menunjukkan bahawa banyak rakyat Malaysia yang berjaya dalam perniagaan atau kerjaya hingga membolehkan mereka mampu menghantar anak masing-masing menuntut di luar negara," katanya.
Beliau berkata rakyat Malaysia di sini patut berbangga kerana Malaysia adalah antara lima negara yang paling banyak melabur dalam pasaran hartanah di UK.
Katanya, mereka juga patut berbangga kerana rakyat Malaysia adalah pemilik dua kelab bola sepak di UK - QPR dan Cardiff City. - Bernama