BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai jangan bersedih

kalamsiber

Super Active Member
Messages
8,529
Joined
Feb 2, 2011
Messages
8,529
Reaction score
65
Points
80
JIKA sesiapa yang tidak mampu mengerjakan haji, cukuplah baginya menahan nafsu agar tidak menguasai hati..

Jika ia tidak mampu sampai ke Masjidil Haram, cukuplah jika ia mampu menahan diri dari melakukan perkara yang haram..

Jika rindunya terlalu kuat untuk bermalam di Mina, tidurlah di rumahnya sedang hatinya beringat2 nasibnya di akhirat sana.

Jika dia hampa kerana Arafah bagaikan terbayang-bayang, cukuplah ia berwudhuk dan ingatilah Allah di dalam sembahyang. .

Jika dia sedih kerana tidak dapat melontar di Jamrah, ketahuilah Allah melimpahkan kasih dan sayang jika hatinya selalu berserah...

Jika menitis air matanya kerana kerinduan ke Masjid Nabi, ketahuilah di mana sahaja ia berada selawatnya sampai kepada Nabi..

Jika bibirnya terlampau ingin menghirup air dari telaga zamzam, pasangkanlah niat, gandakanlah amalan dan perteguhkanlah azam.

Jika terasa sangat kakinya ingin berlari di celahan Safa dan Marwah, bermujahadahlah untuk hidup pertahankan Islam agar bermaruah.

Nescaya jika para hujjaj dengan haji mabrur mereka pulang, dia tidak terlepas mendapat ganjaran yang tidak kurang terbilang.....

-buat hati-hati yang menanggung kerinduan untuk ke Tanah suci Makkah..
 
Back
Top
Log in Register