BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda urut dadah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Tugasnya mengurut pelanggan, tetapi pada masa sama menjalankan kegiatan sampingan sebagai pengedar dadah yang hanya berurusan melalui telefon bimbit.

Suspek yang juga seorang janda dan berusia 45 tahun dikesan menjadi antara pengedar dadah utama sekitar Lembah Klang dengan turut melantik beberapa penagih dadah sebagai ejen jualannya dengan komisen lumayan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, kegiatan suspek dibongkar selepas sepasukan polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di sebuah rumah di kawasan PPR Cochrane, Jalan Peel, Cheras, di sini malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, polis yang menjalankan pemeriksaan terhadap suspek menemui 254 biji pil Eremin 5, 402 biji pil Ecstasy dan 19 peket ketamin seberat 104.83 gram.

“Suspek yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing sebelum didapati positif mengambil dadah sintetik. Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampu itu dipercayai menjadi budak pengedar dadah yang bekerja dengan janda berkenaan.

“Hasil penahanan pertama itu, polis memasang perangkap sebelum memberkas janda terbabit di kawasan sama sejam kemudian,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap janda yang bekerja sebagai tukang urut itu, polis menemui 30 biji pil Ecstasy.

“Polis menyerbu kediaman janda terbabit di Setapak Jaya di sini, sebelum menemui 221 kapsul pil Ecstasy, 1,370 pil Eremin 5 dan lima peket ketamin seberat 22.21 gram. Semua dadah yang dirampas berkenaan dianggarkan bernuilai RM53,000,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas 1,000 kapsul kosong yang digunakan untuk mengisi serbuk dadah selain wang tunai RM4,536 dipercayai hasil jualan dadah berkenaan.
 
aku ingat dia urut dadah tu ..wakakaakakaka..tajuk tak bleh blah..?:))
 
pasni urut dada plak ekekkekekeke
 
Back
Top
Log in Register