BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda termuda ada rumah baru

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NEW YORK - Seorang budak yang menjadi janda termuda dunia selepas dia meminta perceraian semasa berumur 10 tahun di Sana'a, Yemen, Nujood Ali kini tinggal di sebuah rumah baru dan mempunyai sebuah kedai runcit, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenyataan itu didedahkan oleh sebuah syarikat penerbiatan, Random House dengan menyatakan Nujood dan adiknya kini memasuki sebuah sekolah swasta dan dia merancang untuk menjadi peguam.

Nujood sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang dikahwinkan secara paksa oleh bapanya dalam buku I Am Nujood: Age 10 and Divorced yang ditulis bersama oleh wartawan Perancis, Delphine Minoui.

Kisah Nujood dilaporkan di seluruh dunia dan tindakan menuntut bercerai menyebabkan dia dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Sepanjang Tahun pada 2008 oleh sebuah majalah wanita di Amerika Syarikat.

Nujood mendapat perhatian dunia selepas dia sanggup pergi ke sebuah mahkamah dengan menaiki sebuah teksi semata-mata untuk menemui hakim dengan menyatakan dia mahu bercerai atas alasan dipukul oleh suaminya.

Semasa dibicarakan, suaminya ketika itu, seorang penghantar barangan, Faez Ali Thamer mengaku melakukan hubungan seks dengan Nujood tetapi tidak memukulnya.

"Itu tidak benar," jerit Nujood di mahkamah semasa sesi perbicaraan ketika itu.

Sebagai syarat perceraian menurut undang-undang Syariah, dia diarahkan memberikan bekas suaminya sebanyak AS$200 (RM683).

- Agensi
 
Ada gambar e-boss??

Ni kot... :-?

nujood-ali.jpg
 
mintak cerai umur 10 tahun..
kawin umur berapa plak nih :-? :-?
 
mintak cerai umur 10 tahun..
kawin umur berapa plak nih :-? :-?

Dia dipaksa kahwin... tribal marriage.

Kes ini unik sebab si Nujood belum bersedia melakukan hubungan seks dgn suami (sekarang ni bekas suami). Oleh kerana ini, si bekas suami dituduh merogol beliau.
 
Back
Top
Log in Register