BTC USD 81,580.1 Gold USD 4,080.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda RM7 Juta

Salam.

Sempat tengok program Wanita Hari In TV3 kemarin tentang "Lara Aishah" mengenai mualaf Siti Aishah Chou Abdullah dari Kemboja tu. Kes dia masih dibicarakan dan ada pemanggil mintak peguam yang mewakili Siti Aishah fight habisan supaya beri pengajaran pada suaminya yang zalim.

Ikut cerita Aishah suami dia tak jenguk anak sejak bercerai. Anak dari umur 3 tahun hanya kenal "abah" dari gambar sebab Aishah nak mereka kenal ayah mereka dan tunjukkan gambar. Bahkan kata dia sekiranya ada lelaki berkenan pada dia, hati dia berat fikir apa jadi pada anak-anak sebab bukan seperti ayah mereka sendiri.

Pakar motivasi jemputan Tengku Asmadi kata ini soalah cepumas orang akan tanya kenapa bila tuntut mutaa sampai cecah 3 juta. Dia jawab, 3 juta tu kecil patut kena sampai 10 juta. Ini supaya beri pengajaran kepada lelaki supaya jangan sewenang-wenang cerai isteri. Bawa isteri baru, isteri lama tak mahu dimadu terus lafaz kata cerai. Cerai benda yang paling tidak disukai dalam Islam dan walau Islam benarkan lelaki kahwin sampai 4, bukan bererti sewenang-wenangnya kawin cerai tambah isteri.

Kata peguam syarie (lupa nama dia), tabiat lelaki ni kadang-kadang aneh daripada perempuan apabila menceraikan isteri terus tak mahu berjumpa dengan anak-anak. Bagi pendapat dia, lelaki ni kadang-kadang bukan tak sayang, tetapi takut kalau jumpa anak-anak dia tak tertahan lagi rasa kasih sayang itu. Bagi Tengku Asmadi pula, lelaki kadang-kadang anggap perkara seperti ni remeh temeh, tetapi ini bukan lagi remeh temeh kalau sudah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anak.

Syukurlah kalau ikut cerita Siti Aishah tu masuk Islam bukan kerana kahwin dengan bekas suami dia tetapi memang sudah sejak awal mengenal Islam hanya apbila mendalami pengetahuan Islam tu di Perkim terjumpa pula jodoh dia dengan bekas suami. Lat-lat 5 tahun kahwin tanpa sebut punca atau sebab apa-apa, terus lafazkan kata cerai. Berkali-kali isteri telefon dan sms, jawab tolong jangan ganggu saya. Bila Siti Aishah tanya yang jawapan pernah dapat kata dah tak ada jodoh lagi.

Menurut kata Tengku Asmadi, tak dapat nak elak dan halang orang keliling mengata. Lazimnya orang bila ada kejadian cerai macam ni lekas orang persalah bekas isteri kata tak pandai jaga hati suami, tak jaga makan minumnya atau ada affair lain. Jarang orang nak persalahkan lelaki. Maka mutaah ini sebagai penebus fitnah yang dilemparkan kepada bekas isteri dan juga sebagai pengajaran kepada suami supaya jangan sembarang menggunakan hak dia melafazkan cerai sekaligus membersihkan nama bekas isteri kerana yang menceraikan adalah bekas suami dan bukan bekas isteri yang meminta cerai.

Bagi kita orang di luar pagar yang cepat lintas di kepala kita soal RM3Juta dan cantik manisnya Siti Aishah Chou Abdullah ni. Yang memandang dan mendengar bolehlah kata 'Kasihan', "manisnya tahi lalat bawah hidung janda Kemboja ni', maki bekas suami dia macam ni punya cantik memikat punya perempuan main lepas macam kain sarung, dasar perempuan mata duitan, dan berkeranjang berkoyan-koyan lah umpat maki seranah keluh kesah. Yang pasti yang mengalaminya yang merasa pahit maung dan derita. Yang benar dan salah atau jujur dan ikhlas hanya Allah SWT yang tahu. Setakat di dunia ini, keputusan mahkamah yang menentukan.

Doa saya mohon Allah Ta'ala buktikan yang benar, bela mereka yang dizalimi, hukum mereka yang zalim dan selamatkan anak-anak yatim supaya mendapat kasih-sayang yang sewajarnya. Amin.
 
duit punya pasal..janda jutawan..
 
ades nie ar wat aku takut nk kawen..hehehe pasni tetiba cerai dah kna bg berjuta2 kat ma ex wife..:((
 
susah jugak kalau org yg berprofil tinggi nak kawen..kene pilih betul2 ..jangan main sumbat nak kawen.. x pasal2 kene bayar beratus2 ribu ringgit...
 
nak tuntut pun... biar masuk akai..>:P
 
pandai tul diorg wat duit..
 
Back
Top
Log in Register