BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prestasi Kewangan Kukuh, Nekmat Rancang Agih RM7 Juta Kepada Ahli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,156
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,156
Reaction score
346
Points
141

Prestasi Kewangan Kukuh, Nekmat Rancang Agih RM7 Juta Kepada Ahli​

27f2b4cba736428d183348abb055a5ca6a941313da0e7

Azrin Shah Ismail

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) merancang mengagihkan kira-kira RM7 juta dalam bentuk dividen, honorarium dan bonus kakitangan kepada ahli gabungannya di seluruh negara susulan prestasi kewangan memberangsangkan tahun lepas.

Pengurus besarnya Azrin Shah Ismail berkata NEKMAT bercadang mengisytiharkan dividen sebanyak 15 peratus selepas mencatatkan keuntungan melebihi RM25 juta bagi tahun kewangan 2025.

“Insya-Allah, kita akan menyalurkan kira-kira RM7 juta kepada ahli dalam bentuk dividen dan honorarium untuk dikongsi bersama persatuan nelayan negeri dan kawasan,” katanya kepada Bernama pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di sini, hari ini.

Azrin Shah berkata antara 45 hingga 50 peratus daripada keuntungan berkenaan akan dimasukkan ke dalam kumpulan wang rizab, kebajikan dan pengembangan seperti ditetapkan di bawah akta serta perlembagaan persatuan.

Beliau berkata dana itu, antaranya digunakan untuk melaksanakan skim perlindungan diri secara percuma kepada nelayan pantai dan tradisional serta mengembangkan projek ekonomi persatuan.

NEKMAT turut memperuntukkan antara RM3 juta hingga RM4 juta setahun bagi menyediakan pinjaman mudah kepada persatuan nelayan negeri dan kawasan untuk melaksanakan projek ekonomi.

“Manfaat daripada projek ekonomi itu kemudiannya boleh disalurkan semula kepada nelayan yang menjadi ahli di bawah naungan persatuan berkenaan,” katanya.

Selain itu, Azrin Shah berkata NEKMAT menyalurkan RM500,000 kepada Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM) tahun ini bagi membantu pendidikan anak nelayan, termasuk urusan kemasukan ke asrama dan Institusi Pengajian Tinggi.

 
Back
Top
Log in Register