BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda muda didenda RM40,000

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
DnmR4NBVAAAeyL8.jpg

LYE Chin Ying didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi tadi atas tuduhan menjalankan aktiviti pembedahan kecantikan haram di premis tanpa lesen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Bukit Mertajam. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal







BUTTERWORTH: Seorang ibu tunggal dihukum denda RM40,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi, atas pertuduhan menjalankan aktiviti pembedahan kecantikan haram di premis tanpa lesen Kementerian Kesihatan, di Bukit Mertajam, Januari lalu.

Lye Chin Ying, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan satu klinik perubatan swasta yang tidak berdaftar bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), di sebuah premis di Kompleks BM City pada jam 11.50 pagi 23 Januari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Subseksyen 5(1) dibaca bersama Subseksyen 4(1) Akta 586 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM300,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya.

Peguam tertuduh, Mohd Hisham Mohd Nazir dalam rayuan meminta mahkamah mengurangkan hukuman ke atas anak guamnya berikutan tertuduh memberikan kerjasama penuh kepada mahkamah dan mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan.

“Tertuduh juga seorang ibu tunggal serta terpaksa menanggung seorang anak lelaki berusia setahun, dan selepas klinik berkenaan diserbu pihak berkuasa, anak guam saya sudah tiada pekerjaan.

“Anak guam saya juga tidak memiliki pekerjaan tetap dan kliniknya itu hanya sempat beroperasi sebulan sebelum ditutup ekoran serbuan serta rampasan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syahieza Md Hadzaid, bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana kes itu membabitkan kepentingan awam.

“Berlaku peningkatan statistik membabitkan kes klinik kecantikan di negara ini berikutan wujudnya klinik swasta beroperasi tanpa lesen dan bagi menjaga kepentingan orang ramai, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan kesalahan tertuduh.

“Kepentingan awam juga perlu mengatasi kepentingan peribadi dan dalam kes ini, hukuman yang sesuai akan memberi pengajaran kepada tertuduh serta orang ramai untuk tidak cenderung mengulangi kesalahan ini,” katanya.

Noor Aini kemudian menjatuhkan hukuman denda RM40,000 ke atas tertuduh dan enam bulan penjara jika gagal membayarnya.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah mengambil kira kepentingan awam, tambahan pula ia membabitkan keselamatan pengguna.

“Selepas mengambil kira rekod jenayah lampau yang tidak dimiliki tertuduh dan ia adalah pertuduhan pertama dihadapinya, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM40,000 ke atasnya dan penjara enam bulan sekiranya gagal dibayar, serta barang rampasan dilupuskan selepas habis tempoh rayuan,” katanya.







sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/476374/ibu-tunggal-didenda-rm40000






.
 
jumpa fb die. nama sama. gmbr atas ni muka dh plastik
 
Wpun nmpak cantik tp matanya tetap tk nmpak jelas.. :D
 
rm40k kena hukum denda, kalau gagal bayar penjara 6 bulan..

ni takde sapa ke nak tolong bayar denda dia, selamatkan dia dari kena penjara 6 bulan..

cina ni ada yang menjaga dia kat belakang. kebnyakka bisnes salon utk cuci duit dari bisnes haram. aku tak caya cina ni "sekarang tiada pekerjaan"
 
muda lagi tu, dah mampu jalankan bisness secara tak sah
 
Back
Top
Log in Register