BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda diugut bunuh ahlong

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpeg

Mangsa ugutan ah long menunjukkan poster ancaman yang dibuat salah satu dari kumpulan ah long terbabit kepada Michael, semalam.

KUALA LUMPUR - Bayaran dikatakan sudah dijelaskan, namun seorang janda beranak satu masih hidup dalam ketakutan akibat diugut ah long selepas kematian suaminya, 19 Oktober lalu.

Difahamkan, mangsa sekeluarga bukan setakat diugut, malah diancam bunuh oleh dua kumpulan ah long yang tidak berpuas hati dan mendakwa mendiang suaminya gagal melunaskan hutang dibuat sebelum ini.

Mangsa, seorang suri rumah berusia 53 tahun itu berkata, mendiang suaminya, 58, meminjam wang sebanyak RM5,000 dari dua kumpulan berkenaan kerana terdesak akibat perniagaan mengalami kerugian.

“Akibat tidak tahan dengan ugutan dan ancaman, suami saya mengalami tekanan serius sehingga meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Sebelum suami saya meninggal dunia, dia beritahu semua hutang telah dibayar. Tapi saya masih terima ugutan mereka dan meminta membayar sebanyak RM10,000,” katanya.

Beliau juga mendakwa ada menerima poster berbaur ugutan di mana, kumpulan sindiket berkenaan turut mempamerkan wajah mendiang dan alamat rumah.

Bimbang keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis, 23 Oktober lalu.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, setakat Oktober 2014 sebanyak 64 aduan diterima membabitkan sindiket pinjaman wang ah long yang melibatkan kira-kira RM13 juta.

“Manakala sejak Januari hingga Oktober tahun ini, Biro Pengaduan Awam MCA menerima 472 kes sama melibatkan kira-kira RM57 juta,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/janda-diugut-bunuh-ah-long-1.328555
 
undang2 lemah sebab tu wujud ahlong dan bagai
 
org lain berhutang org lain jd mangsa...
 
Back
Top
Log in Register