BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda anak 5 ditipu RM250,000

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
KOTA KINABALU 16 Ogos - Seorang janda anak lima kerugian RM250,000 akibat terpedaya dengan kata-kata manis kenalan Facebook yang memperdaya mangsa kononnya untuk mengahwininya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Saiman Kasran berkata, mangsa berusia 48 tahun dan bekerja sendiri berkenalan dengan rakannya itu dikenali 'Hendry John', sejak Mei lalu seterusnya jatuh cinta.

Katanya, suspek berjanji akan tinggal di negara ini dan mengahwini mangsa sekiranya mendapat kontrak perniagaan yang besar.

"Tidak lama selepas itu, seorang wanita yang mendakwa dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuala Lumpur menghubungi mangsa dan memaklumkan kononnya terdapat sekeping cek atas nama kekasihnya (Hendry John) bernilai AS$7.5 juta (RM236 juta) yang disediakan sebuah kementerian.

"Namun bagi menunaikan cek tersebut, mangsa perlu menjelaskan pelbagai bayaran termasuk bagi pelepasan cukai dan duti setem. Disebabkan percaya, mangsa menurut kemahuan wanita itu dan melakukan transaksi di tujuh bank tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saiman berkata, kekasihnya itu bagaimanapun tidak muncul-muncul sedangkan wanita yang mendakwa dari LHDN tersebut terus menghubungi mangsa untuk meminta lagi sejumlah bayaran.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140817/je_02/Janda-rugi-RM250000#ixzz3AaKOOmHV
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Byk tol duit janda ni..gila la
 
Taktik lama geng niger sentiasa relevan mesti ada yang terkena.
 
nk kesian pown susah sbb dah ramai kena sebelum ni....spatutnya lebih alert..
 
mcm polis2 ni xde ke menyamar jd janda dkt fb ni kan..
bior tertangkap sindiket2 ni...kiwakk btul mat gelap ni
 
slagi ada pompuan gersang.slagi tula taktik ni akan berjaya
 
Pergg, banyak duit, gersang punya pasal.
 
X tau nk kata apa, masih lg x ambil iktibar dari apa yg telah berlaku sebelum2 ni...
 
Back
Top
Log in Register