Cara Cari Orang Join Bisnes BESTMobile Dan Sertai Anda
Bagi yang masih baru dalam dunia hendak buat duit dengan Bisnes BESTMobile akan menghadapi masalah terutamanya kepada yang memang tidak pernah terlibat dalam dunia bisnes yang berkaitan “cari orang” untuk join dan sertai bisnes kita. Bagaimana untuk mengajak orang lain untuk berminat dan akhirnya mengikuti apa yang kita lakukan. Ini sukar. Saya sendiri terpaksa bersetuju yang masalah untuk mengajak orang lain untuk sertai bisnes kita itu susah kecuali mereka memang berminat dari awal. Apakah masalahnya.
Begini ceritanya. Rata rata LEADER yang menjalankan Bisnes BESTMobile ini akan menyarankan ahli bawah atau “downline” supaya mencari minima 30 orang setiap bulan. Dengan ini, ahli yang berjaya mendapatkan dan mendaftarkan ahli baru seramai 30 orang dalam masa sebulan akan melayakkan mendapat komisen sebanyak RM1700 sebulan. Terus boleh buat duit. Bagi yang hebat dalam pemasaran tiada masalah. Malah menyuruh mereka mendapatkan 30 orang sebulan bukan suatu hal yang besar. Malah mereka boleh mendapatkan lebih 30 orang dalam sebulan dan SETIAP BULAN.
Cara Dan Teknik Promosi Asas Bisnes BESTMobile Kepada Orang Lain
Tetapi bagi ahli biasa. Saya lebih suka mencadangkan anda untuk mencari seramai 10 orang sahaja setiap bulan. Kalau tidak boleh setiap bulan pun, asalkan anda berjaya mencari 10 orang dahulu sebagai langkah pertama walaupun anda berjaya mendapatkan 10 orang dalam masa beberapa bulan. Tidak mengapa. Asalkan anda berjaya mendapatkan 10 orang. Tetapi saya faham, ada di antara anda yang akan berkata begini iaitu “Saya rasa susah lah nak cari 10 orang”. Dan saya juga faham yang tidak semua orang juga boleh mencari 10 orang. Kalau begini, tidak mengapa, anda buat slow slow sahaja. Kita tidak paksa anda untuk terus cari ramai. Asalkan anda tetap bersama denga bisnes BESTMobile pun sudah ok.
Apa kata anda tanamkan dalam hati untuk mencari sekurang kurangnya 2 orang dalam masa sebulan. Setahun anda sudah pun ada 24 orang ahli downline anda. Mudah bukan? Saya akan berikan penjelasan ringkas bagaimana cara untuk anda mencari orang dan meyakinkan mereka untuk berminat dan sertai bisnes BESTMobile dengan anda.
Info Bisnes – Sila pastikan anda mempunyai pengetahuan asas tentang BESTMobile dan bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui komisen yang diberikan. Selalunya orang hendak faham dan tahu perkara ini dahulu. Baru mereka nampak bagaimana duit itu terhasil dan mampu memberikan mereka duit. Dan selepas nampak bagaimana duit itu berjalan dan terhasil, barulah mereka akan buat keputusan hendak turut serta atau tidak.
Harga Bisnes – Perkara ini penting. Anda selalu kena ulang cerita tentang kelebihan bisnes BESTMobile adalah anda hanya perlu keluarkan modal cuma RM49 sahaja untuk melayakkan anda join dan boleh turut serta buat duit melalui program bisnes BESTMobile. Yang paling penting adalah anda perlu jelaskan perbezaan sim kad BESTMobile adalah sim kad UNTUK BUAT DUIT. Ada perbezaan BESAR antara sim kad biasa dengan sim kad buat duit.
Rate Panggilan/SMS – Ada sesetengah orang tidak berminat untuk bertukar atau beli sim kad BESTMobile ini kerana merasakan kadar panggilan, sms dan data internet agak mahal. Mereka mahu yang murah. Sebab itulah saya katakan tadi iaitu ada perbezaan BESAR antara simkad biasa dengan simkad buat duit. Kalau mereka mahu jimat, BESTMobile bukan untuk mereka. Kalau mereka mahu buat duit dan tambah pendapatan mereka, bisnes BESTMobile anda untuk mereka. Lagi pula, rate panggilan 0.19 sen seminit dan 10 sen untuk 1 sms tidaklah begitu mahal. BESTMobile tetap antara yang murah kadarnya.
Malu – Saya tahu ada diantara anda yang memang hendak buat duit tetapi ada perasaan malu untuk cuba terangkan dan sampaikan info kepada orang lain. Seperti saya, saya juga ada perasaan begitu. Apa yang saya buat, ditempat kerja saya mulakan dahulu dengan rakan rakan yang saya kenal dan saya terangkan dengan seringkas mungkin, tepat dan mudah difahami. Tidak perlu berjela jela. Orang pun tidak faham. Bagaimana hendak jelaskan seringkas mungkin? Saya berikan contoh dibawah
“Ini sim kad buat duit. Nama sim kad BESTMobile. Harga cuma RM49 dan mempunyai kredit RM10. Menggunakan talian telekomunikasi UMobile dan Maxis. Di mana ada UMobile dan Maxis, disitulah ada BESTMobile. Cara buat duit, cari orang yang mahu bertukar dan beli simkad BESTMobile dengan kita. Daftar mereka bawah kita. Terpulang nak cari berapa ramai dan daftar bawah kita. Setiap kali orang bawah kita melakukan tambah nilai topup. Peratusan contohnya 6% dari topup yang mereka buat akan masuk, dapat dan menjadi komisen kepada kita setiap bulan. Ini sahaja. Inilah cara buat duit, berminat?”
Kaedah Promosi – Saya faham ada sesetengah dari anda tidak tahu cara untuk mempromosi untuk menarik orang lain untuk menggunakan sim kad BESTMobile. Saya rasa ini adalah masalah umum kebanyakkan orang pun. Saya tidak mahu menceritakan teknik promosi secara offline. Saya rasa anda pun tahu bukan! Untuk teknik promosi secara online, kebanyakkan yang boleh anda lakukan adalah melalui Blog, Facebook, Whatapps dan juga Twitter atau media sosial lain yang anda gunakan. Ini sahaja. Gambar diatas adalah cara saya sendiri mempromosi Bisnes BESTMobile melalui Whatapps.
Kalau anda tanya saya akan cara untuk promosi Bisnes BESTMobile ini. Bagi pengalaman saya, ini sahaja cara yang boleh digunakan yang saya lakukan dari pengalaman sendiri. Kalau ada teknik lain saya ingin anda (pembaca) kongsikan dengan kami dengan cara turunkan komen anda di bawah ini supaya dapat membantu kawan kawan yang lain. Susah atau senang dengan Bisnes BESTMobile ini, yang penting kita kena cuba dahulu. Jangan mengalah. Ini baru langkah pertama, tidak mungkin anda sudah mengalah bukan. Selamat mencuba.