BIO MIRACLE ACTION
Bio Miracle Action – Deep Repairing Serum
Bio Miracle Action – Deep Repairing Cream
Diformulasikan dari gabungan herba mewah antarabangsa seperti Plukenetia volubilis seed, Papain( betik ), Malus Domestica ( Apple ), Olive, Spilanthes acmella flower, Plantago major seed extract, Centella asiatica, Chamomilla recutita flower, Glycyrrhiza glabra, Camellia sinensis, Polugonum cuspidatum, Rosemary, Scutellaria baicalensis, Stichopus horrens( gamat )
Sesuai untuk semua jenis kulit & merawat masalah:
Jeragat – Menanggalkan sel kulit mati & bintik hitam jeragat.
Jerawat – Membunuh kuman jerawat & mengelakkan kesan parut.
Kedutan – Mengaktifkan stem sel kulit & menghilangkan kedutan.
Penuaan – Membekalkan kolagen yang berfungsi melambatkan penuaan
Kusam – Melembap & mencerahkan kulit dari menjadi kusam.
Berkesan menegangkan muka dan mengurangkan eye bag atau lingkaran hitam pada mata
KULIT DAN PENUAAN
Peningkatan usia akan menyebabkan penuaan pada keseluruhan tubuh dan pasti yang paling ketara pada bahagian muka seperti kedutan, tompok jeragat, dan kekeringan. Kulit juga akan bertambah nipis dan kurang lemak, menjadikan ia kendur dan kusam .
Mulakan penjagaan wajah dari usia remaja belasan tahun lagi. Pada usia remaja, kulit mudah menyerap & bertindak balas kerana masih belum ‘degil’. Pada usia 20an, pembaharuan sel kulit jatuh sebanyak 28% dan sel kulit mati pula tidak mudah tertanggal. Jika tidak diberi perhatian sewajarnya, kulit akan kelihatan kusam tidak bermaya. Menurut pakar dermatologi, 80% daripada penuaan bermula daripada pendedahan terhadap terik cahaya matahari. Sinar UVA merosakkan serat kolagen dan lingkaran elastin pada kulit.
Usia 30-an.
Bila menganjak ke awal usia 30an pula, biasanya kelenjar minyak kulit semakin berkurangan. Kerosakan persekitaran daripada pencemaran, asap dan cahaya matahari mula memberi kesan ketara. Serat kolagen mula longgar dan kulit mula kehilanagan tona dan timbul garis dan kedut halus. Penjagaan kulit yang lebih asas iaitu diperlukan skrub, membersih, melembap dan melindungi dari matahari. Pemakanan haruslah seimbang dengan kombinasi buah-buahan segar,sayur-sayuran, bijirin dan ikan yang tinggi dengan kandungan anti oksidan seperti vitamin A, B, C dan E. vitamin dengan ini membantu membuang radikal bebas di dalam badan dan membantu kulit memulihkan dirinya sendiri, menghasilkan enzim untuk menstabilkan penghasilan kolagen untuk tetap lembap dan sihat.
Usia 40-an.
Serat kolagen semasa berumur 40an semakin berkurangan dan lemah. Serat yang mulanya kenyal, semakin kurang kekenyalannya dan bergumpal serta kusut. Kesannya, kulit akan menghasilkan jaliran yang dikenali sebagai “kedutan”. Kehilangan lemak pada lapisan kulit pula membuatkan kulit lebih rapuh dan dermis terus kehilangan kekenyalannya. Krim malam menjadi seakan satu kemestian semasa usia ini. Lapisan luar epidermis pula semakin menebal dan sel kulit mati semakin sukar untuk tertanggal. Jika anda tidak biasa menggunakan skrub atau penyental, ini adalah masanya untuk anda mendisiplinkan diri menggunakannya. Skrub kulit 2-3 kali seminggu sangat membantu.
Usia 50-an.
Setelah menginjak usia 50an, pertumbuhan rambut dan kuku menjadi perlahan. Sel Langerhans yang berkaitan dengan system imun semakin menyusut dan memberi kesan kepada tindak balas kulit dan mendedahkan ia kepada jangkitan. Selepas menopause, tahap estrogen yang berkurangan bermakna kulit juga akan kurang lemak dan tonanya.
Cara penggunaan:
Cuci wajah menggunakan sabun mengikut kesesuaian kulit – ANTHEIA / ZINNIA MAGHENTA.
Sapukan Deep Repairing Serum pada keseluruhan muka selepas penggunaan toner/penyegar siang dan malam setiap hari.
Sapukan Deep Repairing Cream pada keseluruhan muka pada waktu siang dan malam setiap hari.
RM 69.50