BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Jamu ratu malaya

PERSIS DARA


WANITA MAHU SIHAT, CANTIK, TEGANG, SEKSI ADA HASILNYA DENGAN JUS PERSIS DARA.

Formulasi Persis Dara adalah dari herba semulajadi Kacip Fatimah, Air Zam-Zam, Orange Jasmine, Black Cohosh, Pueraria Lobata, Pinang Muda, Mas Cotek, Stigma Bunga Za’Faran dengan Kolagen, Stevia, Cendawan Emas, Akar Serapat, Manjakani, Ekstrak Epal, Jus Nanas, Manggis dan Karamel.


HORMON PENENTU KESIHATAN

TAHUKAH ANDA??? Mengikut kajian pakar-pakar perubatan mendapati hormon adalah penentu kesihatan dan keceriaan kepada lelaki dan wanita. Masalah berat badan, kemurungan, keletihan, cepat marah, sakit otot, sakit sendi, masalah tidur dan stress semua ini berpunca dari ketidakseimbangan hormon. Bermula umur 25 tahun, manusia mengalami kemorosotan perlahan dalam pengeluaran hormon lalu menyebabkan sistem ketahanan tubuh mulai lemah dan tanda-tanda penuaan pada wajah sudah bermula. Antara lain ialah sikap malas juga berpunca dari masalah ketidakseimbangan hormon sehingga mengganggu rutin seharian.


KETAHUI TENTANG HORMON WANITA

Wanita yang normal mempunyai 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron. Hormon wanita akan berubah-ubah sewaktu kitaran haid. Hormon memberikan kekuatan tulang, otot, libido, metabolisme, imuniti dan nafsu seks. Ia membuatkan wanita itu ceria, bertenaga, awet muda, bertubuh langsing, dan mempunyai nafsu seks yang tinggi.

Namun ada wanita yang memiliki hormon lelaki iaitu androgen dan estrogen. Wanita ini akan mengalami masalah kulit dan perubahan suara yang kasar , rambut gugur, tumbuh misai , janggut seperti lelaki. Antara masalah lain ialah kegemukan (water retention) dan kebengkakkan.

Orang yang mengalami ketidakseimbangan hormon boleh dilihat melalui penampilan diri mereka yang kelihatan tua berbanding usia, mudah letih, murung, tidak bersemangat, kurang ceria, penampilan kurang menarik dan tidak bertenaga.


FAKTOR KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Faktor ketidakseimbangan hormon terjadi kerana beberapa faktor penyebab seperti :-

Peningkatan usia
Pemakanan yang tidak sihat
Kurang senaman
Pencemaran alam sekitar
Toksik
Dadah
Alkohol
Bahan Kimia
Makanan Segera
Kebisingan
Radiasi
Kurang tidur


AWAS..!!! Wanita yang tidak boleh hamil atau mandul berisiko mengalami masalah ketidakseimbangan hormon ini. Namun masalah ketidakseimbangan hormon berlaku kepada lelaki dan wanita. Ia juga penyebab kepada kegemukan, mood yang tidak menentu, berperut boroi dan mudah marah.


CARA MENGATASINYA

Mineral yang seimbang
Vitamin & senaman
Makanan yang tinggi antioksidan
Persis Dara – untuk wanita
Kopi Ratu – Untuk wanita
Soya Ginger Bird Nest – untuk Lelaki & Wanita
Korean Ginseng Tonik- Untuk lelaki
Kopi Badang - untuk lelaki & wanita


Suplemen sangat penting untuk menjaga kesihatan sekaligus mempertahankan kecantikan dan keseimbangan hormon. Pastinya kaedah penjagaan diri dan rawatan terbaik berasaskan dari herba dan vitamin. Ia tidak mendatangkan kesan kemudaratan untuk jangka masa panjang.

Menurut pakar kesihatan antara makanan yang baik untuk menggalakkan hormon dan kesihatan wanita adalah seperti Vit B, Evening Primrose Oil (EPO), Kacang soya, Kacang kuda, bunga cengkih, black cohosh, dang qui, dan lobata. Namun pengambilan EPO dan Vitamin menyebabkan selera makan bertambah dan menyebabkan kegemukan. Kombinasi herba paling baik untuk melengkapi kesihatan, hormon, dan kecantikan wanita pastinya jus Persis Dara.


TEROKAI KEBAIKAN PERSIS DARA

Ia diadun dengan 16 jenis herba khusus untuk merangsang hormon wanita, meninggikan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit dan memanjangkan hayat kemudaan diri wanita secara mendalam. Antara bahan-bahannya ialah dari estrak Manjakani, Pueraria Lobata, Black Cohosh, Kacip Fatimah, Mas Cotek, estrak Epal, stigma Bunga Za’faran, Akar serapat, Manggis, Madu, Cendawan emas, Estrak Rosemary dan Pinang Muda. Cara pembuatan Jus Persis Dara, semua bahan-bahan herba ini ditimbang mengikut sukatan dan dibersihkan. Lalu dimasukkan ke dalam bekas stainless steel dan direndam bersama air zam-zam dengan suhu kepanasan 100 ‘C selama 3 hari. Hanya patinya sahaja yang diambil. Kesannya, ia sangat cepat menyerap kedalam tubuh kerana Jus Persis Dara adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja.


Khasiat Persis Dara sangat banyak seperti :-

Mengetatkan ketegangan otot faraj
Menguatkan keintiman hubungan seksual
Mengandungi antibakteria dan mengeluarkan keputihan
Menghilangkan kegatalan dan bau
Kaya fitoestrogen yang melambatkan proses penuaan
Mempertahankan kecantikan bentuk badan wanita
Menghalang perubahan kepada tubuh wanita menopaus
Membesar dan menegangkan payudara
Mengonturkan punggung agar nampak lebih menawan
Meningkatkan aliran darah
Mengatasi kekeringan faraj bagi wanita menopaus.
Mengandungi fiber yang tinggi dan phytonutrient.
Menurunkan kadar kalestrol
Mengurangkan risiko kanser.
Mengecutkan saluran peranakan.
Merapatkan pintu rahim
Merangsangkan pengeluaran hormon
Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
Merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia.
Menguatkan ingatan
Membantu pertumbuhan akal dan fizikal
Menghilangkan keletihan dan kesakitan sendi.
Mengurangkan tekanan darah dan kalestrol.
Menegangkan dan mencantikan kulit.
Amat berkhasiat untuk membuang asid urik (gout)
Mengandungi Xanthones yang merupakan sejenis super-antioksida.
Juga mengandungi Catechins, Polyphenols dan Polisakarida iaitu agen antioksida.
Kaya dengan vitamin seperti Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2.
Menghalang jangkitan kulat dan virus.
Merawat banyak jenis penyakit.
Memberikan perlindungan antioksidan yang kuat.
Anti-penuaan dan meningkatkan potensi Vitamin E.


DOS PENGAMBILAN:-

Ambil 2 sudu besar 2 kali sehari. Pada waktu pagi dan malam sebelum makan.


PERHATIAN !!!

Jus Persis Dara mengandungi sangat banyak herba, bagi anda yang tidak pernah mengambil suplemen herba, sila ambil dos yang sedikit di awal pengambilan iaitu hanya satu sudu kecil sehari (selama 3 hari). Sekiranya tiada masalah boleh teruskan mengikut dos yang dicadangkan.

Penghidap kencing manis boleh minum Jus Persis Dara kerana ia tidak mengandungi gula sebagai pemanis.


AMARAN!!

Wanita hamil tidak dibenarkan mengambil Jus Persis Dara.


TIP AGAR KEKAL KETAT SEPERTI DARA:-

Minum jus persis dara setiap hari walaupun ketika haid.
Pastikan haid kering selepas 2 hari, baru melakukan hubungan seks.
Jangan minum ais batu.
Jangan banyak mencangkung, ia akan melemahkan otot vagina.
Elakkan banyak mengangkat berat .
Elakkan dari punggung terhentak
Amalkan senaman kegel atau senaman otot vagina / teknik kemut 50 x sehari .Ia bagus menguatkan otot pelvik dan mengetatkan vagina [ tidak semua wanita boleh melakukannya ].


GEJALA (SYMPTOM) AWALAN JUS PERSIS DARA:-

Payudara berdenyut

Ini menunjukkan tindak balas payudara akan menegang.

Rasa ghairah yang tinggi

Keputihan keluar dengan banyak – ia bertindak membersihkan Rahim dan bau serta mengetatkannya.
Berdenyut kuat pada bahagian sulit – ia menguatkan otot dalaman semasa melakukan hubungan seks.


SAYANGI DAN HARGAI DIRI ANDA

ADA RUPA ADA HARGA… begitulah Jus Persis Dara. Setiap wanita yang mencubanya pasti akan teruja dan terus mengamalkannya. Perubahan yang dirasai seperti kesihatan bertambah baik, payudara menjadi tegang serta membesar, perut buncit semakin mengecil, punggung kembang dan jatuh menjadi lebih padat dan kemas.

Bagi wanita yang berkahwin pula, suami akan merasai “vagina” begitu berbeza semasa hubungan seks iaitu sangat luar biasa kehebatannya. Masalah keputihan, berbau, dan haid yang berbau busuk juga akan hilang. Perjalanan haid menjadi lancar, mengeluarkan darah kotor dengan banyak sehingga menaikkan seri wajah wanita kerana rahim mereka menjadi sihat dengan Jus Persis Dara.

Sepanjang kajian kami mendapati ada wanita yang berumur lewat 40an dan 50an yang sudah menapus kembali datang haid semula, selepas mengamalkan Jus Persis Dara. Penguna dikalangan wanita yang berusia dan menopaus pula sangat berpuas hati kerana Jus Persis dara dapat merawat masalah kesihatan seperti sakit sendi, gout, darah tinggi, kencing manis, perut buncit, tidak dapat mengawal kencing, peranakan lemah, masalah menopaus seperti kemurungan dan sakit badan dapat diatasi dengan izin Allah yang memberikan shifa’ & afiatnya melalui Jus Persis Dara.


MAKANAN TERBAIK PEMANGKIN KESIHATAN LEBIH BAIK

Soya Ginger Bird Nest dan Kopi Ratu adalah merupakan minuman yang sangat bagus untuk wanita 40-an ke atas dan yang sudah menopaus.Ia kaya vitamin dan gizi yang diperlukan oleh tubuh dan otak manusia. Ia juga sangat bermanfaat untuk kesihatan & kecantikan. Soya Ginger Bird Nest berharga RM 45. Kopi Ratu pula berharga RM 43 (Semenanjung Malaysia) & RM 45 (Sabah & Sarawak)


-Kopi Ratu –

Revolusi keenakan kopi dengan campuran herba Ginkgo Biloba, Ginseng, Bacopa Minnieri dan Black Cohosh mencipta satu kelainan. Kopi Ratu sesuai untuk wanita dari golongan pelajar sehingga warga tua. Ia menggalakkan kecemerlangan minda, menguatkan tulang, otot, menggalakkan hormon untuk kesihatan dan kecantikan. Membuatkan wanita ceria, mengurangkan kemurungan dan sifat pelupa. Untuk pelajar pula ia sangat berguna untuk memberikan daya tumpuan dan menguatkan ingatan semasa belajar.


-Soya Ginger Bird Nest-

Minuman untuk kesihatan & kecantikan dari kebaikan protein kacang soya dengan kombinasi sarang burung walit dan ekstrak halia. Minuman ini mengandungi banyak kebaikan untuk kesihatan & kecantikan. Ia boleh diminum oleh kanak-kanak berusia dari setahun , wanita hamil sehingga kewarga emas. Wanita yang berusia 40-an dan keatas sangat bagus mengamalkannya kerana ia menguatkan tulang, penggalak hormon wanita, menambahkan daya ingatan, ketahanan tubuh agar lebih sihat, kuat dan untuk tujuan kecantikan.


Hormon Mempengaruhi tubuh Manusia

Mempengaruhi penampilan dan emosi.
Badan manusia bergantung pada hormon untuk tidur, bangun pagi setiap hari
Berfikir dengan jelas, membantu pertumbuhan
Mengekalkan kesihatan, berat badan dan paras rupa.
Mempengaruhi mood, kemampuan seksualiti & keinginan seksualiti
Kesuburan, kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan.
Perkembangan tubuh badan dan minda.
Penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan hormon.
GEJALA KETIDAKSTABILAN HORMON
Letih, murung, darah tinggi, kegemukan, obesiti
Malas dan masalah tidak boleh tidur,
Tidak subur, lesu, & mudah keguguran,
Haid tidak betul, migrain dan senggugut
Gangguan komunikasi & lemah daya tahan penyakit.
Tua sebelum masanya.


Individu itu juga bakal berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, kuku pecah, stress, lingkaran hitam bawah mata dan muka cengkung.


Wanita & Menopaus

Menopaus lebih dikenali sebagai putus haid , tidak boleh hamil iaitu tempoh ketidaksuburan bagi wanita . Terdapat 3 jenis menopaus iaitu :

Menopaus semulajadi
Menopaus disebabkan pembuangan ovari
Menopaus pramatang sebelum umur 40 tahun


Fasa transasi akan berlaku 10 tahun sebelum atau selepas menopaus. Kadang-kadang ia bersifat kekal dan ada yang bersifat sementara. Dibawah ini ialah antara simptom yang akan dialami semasa menopaus atau dalam fasa transasi : -

Masalah haid
Berpeluh dengan banyak pada waktu malam
Berasa panas pada muka dan dada seolah – olah demam (hot flashes)
Berdebar-debar
Sukar tidur
Sedih dan murung tanpa sebab
Mudah lupa dan hilang fokus
Hilang nafsu
Panas baran dan mudah tersentuh jiwa
Sakit kepala
Sakit di beberapa bahagian badan
Lenguh, sakit sendi dan tulang


Gejala Menopaus

Serangan kepanasan atau Hot flashes boleh menyebabkan wanita itu mengalami tekanan perasaan kerana tidak selesa serta menganggu kehidupan seharian. Doktor pakar sakit puan akan menyarankan wanita itu untuk mengambil HRT atau Hormon Replacement Therapy bagi mengawal gejala menapaus. Antara ubat – ubatan untuk HRT seperti pil perancang keluarga, Anti-depression, Venlafaxine , Gaba pentin, Klonidin , dan Metildopa sebagai rawatan akibat gejala menopaus. Doktor akan memberikan dos dan ubatan yang bersesuaian untuk setiap pesakitnya. Kesan sampingan dari ubat – ubatan ini ialah seperti loya, muntah, pening, mengantuk, sembelit dan kegemukan.


RM 60.00

Persis-Dara1_zpsc6688db8.jpg
 

Attachments

GEL RAMBUT HERBA MAGIKA


Kandungan bahan-bahan herba dalam formulasi Gel Rambut Herba Magika sangat hebat khasiatnya. Ia ditemui dari herba antarabangsa yang diyakini dapat membantu masalah rambut yang semakin menipis, kering dan rapuh. Selain itu ia membantu menghitamkan semula rambut.


Antara kebaikan adalah seperti berikut:-

Membantu mencegah rambut bercabang
Membantu menghitamkan rambut
Membantu menguatkan akar rambut.
Membantu melebatkan rambut.
Membantu menghilangkan kelemumur.
Membantu menyejukkan kulit kepala.
Menghilangkan kegatalan


Cara penggunaan:

Untuk kesan yang lebih baik, sapukan pada kuit kepala 2 kali sehari. Kesan akan dapat dilihat seawal 2 minggu.


Kandungan herba

Menthol – Mengandungi agen perapi rambut yang menyejukkan kulit dan melegakan kegatalan kulit kepala.
Kramerita Triandra Root Extract – Mempunyai kekuatan warna yang tidak larut yang berwarna batu delima merah ia berguna sebagai rawatan rambut untuk melindungi warna asal rambut.
Lycopene – Melindungi sel-sel rambut dari kerosakan.
Mentega Shea – Merupakan agen pelembap yang merapi rambut 2 kali ganda sehingga memberikan kelembapan dan kesuburan kepada rambut yang pecah dan rapuh.
Polygala Tenuifolia Root Extract – Membekalkan mineral pada rambut dan kulit kepala.
Polygonum Multiflorum Root Extract – Sejenis ubi yang sangat terkenal untuk membantu menyuburkan rambut dan mencegah penuaan.
Henna – Digunakan oleh Ratu Mesir, Cleopatra untuk mengilatkan warna rambut, melembapkan dan menjaga kekuatan rambut.
Butylene Glycol – Berkesan melembutkan dan menjaga kesuburan kulit kepala.


INFORMASI JENIS-JENIS MASALAH KEGUGURAN RAMBUT
* Androgenetik alopesia
Merupakan masalah keguguran rambut yg kerap berlaku pada lelaki dan wanita.
Bagi lelaki – kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).

a. testosteron – (hormon lelaki).
b. usia – selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
c. keturunan – Berlaku lebih kerap pada kaum lelaki berbanding wanita.

* Alopesia areata
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya.
Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

* Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet).


LAIN-LAIN PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius.
Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas fasa bersalin, ia bertukar ke fasa gugur dengan cepat.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif penyebab keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Jika sesaorang itu mengalami jangka masa demam yang serius selama berbulan-bulan. Rambut akan mengalami keguguran dengan banyak.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Diet keterlaluan sehingga tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal menyebabkan seseorang individu kekurangan zat vitamin.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut . Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant).
Pada masa yang sama, pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Penyakit jangkitan pada kulit kepala
Rawatan awal diperlukan bagi kanak-kanak yang biasanya mendapat jangkitan kulat, bakteria pada kulit kepala dan sebagainya. Jika dibiarkan tanpa rawatan, bahagian terbabit boleh menjadi botak yang kekal.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti. Sehubungan itu, keadaan ini mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

* Ubat kontraseptif
Wanita yang mengamalkan pil kontraseptif biasanya mempunyai kecenderungan menyebabkan rambut semakin jarang.


RM 23.00

Gel-Rambut-Herba-Magika1_zps81248b67.jpg
 

Attachments

HOT OIL SUSU KAMBING DAUN MELONG


HEBAT..BOLEH LANGSING, PECAH LEMAK..
MELEGAKAN LENGUH BADAN..DAN BUANG ANGIN..

Sesuai untuk melangsingkan badan, lenguh badan, sakit sendi. Diperbuat daripada susu kambing dengan 100% ekstrak herba seperti Daun Melong, Lengkuas, Serai, Buah Pala, Rumpai Laut, Oren Pahit dan Rosemary.


Cara penggunaan

Untuk kegunaan luaran sahaja :-

Untuk perlangsingan – sapu pada bahagian yang berlemak & guna selepas mandi.
Untuk lenguh badan – sapu ditempat yang berkenaan.


AWAS..!! KETAHUI AKIBAT BANYAK ANGIN DALAM BADAN

Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga.
Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal-sengal.
Tapak tangan dan kaki berasa sejuk.
Selalu menguap dan mudah mengantuk.
Sukar bernafas dan nafas pendek
Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
Kulit kering.
Muscle spasms’ waktu tidur dan jaga.
Perut berangin.
Sakit kepala dan migrain.
Perasaan mudah marah.
Hilang selera makan.
Hilang dan kurang nafsu seks
Rasa ketidakselesaan badan.


APAKAH PUNCA ANGIN DALAM BADAN

Faktor pemakanan merupakan salah satu punca angin.
Jadual makan tidak teratur
Makanan punca angin dalam badan seperti nangka, labu, sayur kangkung, mee kuning, daging beku, nasi sejuk, kafein dan minuman soda atau bergas.
Air bergas dan makanan lama yang sering dipanaskan
Emosi terganggu


BAGAIMANA MENGATASINYA

Ringkas dan cepat..! Sapukan Hot Oil Susu Kambing Daun Melong yang amat mudah digunakan dengan sapuan secara roll on dan senang dibawa kemana sahaja..
Minum susu panas dengan sekeping roti putih


ANTARA LAIN KEBAIKAN Hot Oil Susu Kambing Daun Melong :-

Memecahkan lemak kental perut, peha dan lengan.
Menghilangkan selulit & menghaluskan kulit.
Mengeluarkan angin dalam badan.
Melegakan waktu senggugut.
Melegakan sakit dan lenguh sendi.
Menghilangkan bengkak akibat terseliuh.


RM 19.90

Hot-Oil-Susu-Kambing-Daun-Melong1_zps26b256ee.jpg
 

Attachments

KOPI RATU


KOPI MEWAH KLASIK DARI CAMPURAN HERBA –
UNTUK WANITA BIJAKSANA DAN LEBIH ANGGUN

Formulasi ramuan dari herba mewah iaitu Ginkgo Biloba, Black Cohosh, Bacopa Monnieri dan Ginseng.

Wanita lebih pentingkan kecantikan badan dan mengabaikan sikap nyanyuk atau pelupa iaitu symptom dari “ Penuaan Otak “ . Hakikatnya DEFINISI KECANTIKAN WANITA ‘BUKAN SEKADAR RUPA TAPI AKALNYA’. Kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan dari wanita.Cantik itu sangat mahal harganya dan untuk memilikinya ia perlu banyak pengorbanan. Kecantikan fizikal sering menjadi buruan wanita, namun sifat cemerlangnya itu berkait dengan sifat intelek.


WANITA PELUPA SELEPAS BERSALIN

Wanita menjadi pelupa selepas bersalin.Prestasi otak semakin menurun mengikut peningkatan usia dan menopaus. Penyakit “PELUPA” adalah lebih ketara bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau mengambil epidural.
KOPI RATU UNTUK KECANTIKAN DAN MENGUATKAN OTAK WANITA

Revolusi keenakan kopi dengan campuran herba Ginkgo biloba, Ginseng, Bacopa Monnieri dan Black Cohosh mencipta satu kelainan rasa kopi yang cukup lazat. Kehebatan Kopi Ratu mengandungi suplemen kerana gizi yang terkandung didalamnya membantu wanita tampil lebih hebat kecantikannya, melambatkan penuaan serta menguatkan daya ingatan untuk menjadikan wanita tampil cantik dan cerdik.

Menjaga kesihatan dan kecantikan wanita
Sangat baik untuk pelajar
Sesuai untuk wanita menopaus


Antara kebaikan lainnya ialah:-

Meningkatkan aliran darah ke otak dan seluruh badan.
Membekalkan oksigen dan nutrien.
Tinggi antioksidan, melambatkan penuaan.
Berkesan meningkatkan fungsi memori.
Menguatkan kepekaan mental.
Mengurangkan keletihan mental.
Melegakan keresahan dan kemurungan
Mengatasi masalah sukar tidur
Melegakan kekejangan uterus
Mengurangkan migraine dan perubahan mood
Mengatasi masalah kekeringan faraj
Meningkatkan stamina
Merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson
Menguatkan memori dan tahap Asetilkolin dalam otak.
Memberikan ketenangan jiwa
Meningkatkan keupayaan pembelajaran, tumpuan dan perhatian.
Mengurangkan stress, kemurungan dan kebimbangan
Merawat asma, bronchitis, alahan dan anti-radang
Merawat sawan ( kekejangan badan, pengaruh dari otak )


Cara hidangan :-
Ambil 1 paket Kopi Ratu dan campurkan dengan secawan air panas (100ml – 150ml)
Untuk menikmati Kopi Ratu sejuk yang lebih lazat, sila campur ais, susu pekat manis dan krimer.


AMARAN:
WANITA MENGANDUNG TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENGAMBIL MINUMAN INI.


RM 43.00

Kopi-Ratu1_zpscf7fd954.jpg
 

Attachments

SUPER PERFECT COLLAGEN


Formulasi kecantikan dari campuran mewah Buah Grapefruits, Kolagen ikan, Silver Ear Mushroom dan Buah Zaitun.

Sejarah formulasinya sangat HEBAT diambil melalui sejarah dari beberapa buah negara yang ditemui oleh pakar-pakar sains dari universiti Amerika. Ia merupakan bahan anti penuaan yang melengkapi keperluan zat-zat yang diperlukan oleh rambut & kulit.


RAMUAN SUPER PERFECT COLLAGEN:-

Kolagen dari gred terbaik yang mengandungi keberkesanan “triple helix” paling sempurna yang perlu diambil setiap hari kerana ia berfungsi menguatkan akar rambut, mencantikan kulit, sangat baik untuk sendi dan ligeman.

Silver Ear Mushroom sebagai perubatan untuk menjaga kualiti kesihatan dan melambatkan penuaan. Ia mengandungi tonik pelembab semulajadi, tinggi serat, polisakarida dan kaya dengan vitamin D. Ia merangsang kembali kekemudaaan diri lelaki dan wanita.

Buah zaitun menurut ulamak zahbi merupakan tonik kepada masalah penuaan, melembutkan dan menguatkan akar rambut serta mengalakkan penumbuhannya.

Grapefruit melambatkan penuaan dan menyokong sistem imun.


Informasi :

Masalah kekurangan rambut disebabkan oleh kekurangan sumber nutrisi makanan seperti vitamin A, B6, E,C, Iodin, Mineral, Zink, asid folik, dan protin. Super Perfect Collagen mengandungi semua vitamin-vitamin yang diperlukan. Makanan seharian kita tidak cukup untuk melengkapi keperluan zat-zat yang disebutkan tadi untuk merangsang kolagen dan menggalakan hormon yang mempengaruhi kesihatan dan kecantikan tubuh.

Vitamin A - ia menghasilkan sebum dan tanpanya rambut menjadi kering, kepala berkelemumur dan kulit kepala menjadi tebal dan mengakibatkan keguguran rambut. Pengambilan ubatan hospital berlebihan menghalang Vitamin penyerapan A kedalam tubuh. Vitamin B, B6, E, C, Iodin, asid folik, Zink & Mineral merupakan vitamin yang penting kerana ia membantu hemoglobin agar kulit kepala mendapatkan oksigen pertumbuhan rambut yang sihat dan mencegah rambut gugur.


TAHUKAH ANDA..??? HEBATNYA RAMUAN SUPER PERFECT COLLAGEN DAN KETAHUI KESAN DARI PENGAMBILAN SUPER PERFECT COLLAGEN…

Membekalkan anti oksidan
Mengurangkan kedutan dan menambahkan seri pada wajah.
Menyihatkan kulit & meningkatkan tahap kesihatan .
Menguatkan akar rambut, melebatkan dan mencantikan rambut agar berkilat.
Mencegah batuk dan selesema
Merawat penyakit asma
Meningkatkan ketahanan melawan penyakit.
Menurunkan kencing manis
Meningkatkan rembesan insulin
Membaikpulih sel-sel rosak
Meningkatkan penyerapan kalsium
Vitamin E untuk menghaluskan kulit
Mencegah pigmentasi kulit
Memperlahankan proses kedutan
Menutupi pori-pori pada kulit wajah
Menguatkan akar rambut, melebatkan dan mencantikan rambut agar berkilat.
Kaya dengan Vitamin A dan C


RAMBUT BOTAK..!! MUKA TURUT JADI TUA

Masalah rambut nipis dan menampakkan kulit kepala dialami oleh lelaki dan wanita. Rambut yang nipis, beruban menyebabkan wajah hilang serinya dan kelihatan lebih berusia. Faktor penyebab masalah rambut ialah:

Keturunan
Kekurangan kolagen dan protin
Stress
Diet keterlaluan
Makanan kurang bernutrisi
Ubatan hospital
Masalah tempurung kepala
Penuaan /Menapaus/andrapaus
Perubahan hormon
Selepas bersalin
Kerap mengunakan bahan kimia pada rambut
Pencemaran alam
Faktor kesihatan


KETAHUI PUNCA DIRI TUA SEBELUM USIA

Hormon adalah penentu kesihatan dan kecantikan . Ia juga berkaitan rapat dengan masalah rambut luruh atau semakin menipis sehingga menampakkan kulit kepala dan amat merunsingkan wanita. Ia dialami selepas bersalin dan peningkatan usia. Tidak terkecuali bagi kaum lelaki yang mengalaminya selepas berusia 30an dan lebih serius selepas berumur 50an.

Akibatnya rambut semakin nipis , kulit kering ,kusam , cepat tua dan kulit cepat berkedut. Kolagen akan berkurangan setiap tahun selepas usia 25 tahun. Bila usia menjangkau 40 tahun keatas, badan akan kehilangan hampir separuh dari kolagen yang ada. Ketahui kesan buruk jika kekurangan Kollagen.!!

Cepat tua , Kulit kusam , bersisik dan kering
Keguguran rambut dan beruban
Rambut menipis serta lambat tumbuh
Badan lesu tidak bermaya
Hilang seri pada wajah
Kulit berkedut dan kendur , pigmentasi
Sakit badan dan sakit sendi
Pelupa & Kurang penglihatan


RM 49.00

Super-Perfect-Collagen1_zps8c32a398.jpg
 

Attachments

Back
Top
Log in Register