BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Jamming' menjelang Maghrib

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date
kene rasuk time magrib haha
 
ada hati mengaku Tuhan
baju pon pakai baju orang buat
puii
 
Gila betul..mmg btul2 sesat la klu maghrib ari nk men muzik..

Bang.ngang tol..
 
aduiyaiiiii...
ini macam pn ada org ikut ker....
xtau ler apa ada dlm pale otak diorg...
jeng~
 
frontpage.jpg



Kuantan: Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’.

Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

Kegiatan pengikut dan ketua ajaran sesat itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyerbu studio menjadi pusat pertemuan mereka di Lorong Pandan Damai, di sini, jam 6.50 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, 31 individu termasuk enam wanita berusia antara 12 dan 49 tahun ditahan termasuk ketua mereka, Tuhan Harun atau dikenali juga sebagai Ustaz Harun.


KETUA pengamal ajaran sesat dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuantan.


Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta pada 2011.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Jamming_menjelangMaghrib//Article


Pengikut bawa alat muzik

Kuantan: “Saya pun pelik kerana setiap kali waktu Maghrib, pasti dengar bunyi bising macam orang main muzik, tapi tidak pasti apa berlaku di atas.

“Saya pernah melihat ada antara mereka naik ke atas premis itu membawa peralatan muzik seperti gitar dan kelengkapannya,” kata seorang penduduk hanya mahu dikenali sebagai Azman, 26, mengenai kegiatan pengikut ajaran sesat Tuhan Harun di Lorong Pandan Damai, di sini.


Azman berkata, premis tidak berpapan tanda itu sering dikunjungi wanita berperwatakan warak memakai purdah selain lelaki dipercayai bukan penduduk tempatan.

“Apa yang pelik, lelaki pula kebanyakannya memakai rantai dan gaya seakan penyanyi rock tapi wanita pula macam orang alim.


“Saya pernah bertanya kepada seorang lelaki terbabit mengenai kegiatan mereka dan dia hanya memaklumkan premis itu adalah studio, namun orang tertentu saja dibenarkan masuk,” katanya.


Menurutnya, seorang daripada lelaki yang kerap berkunjung ke premis itu berbadan agak tegap dan berambut panjang dipercayai ‘Doctor of God’.

“Dia memang selalu ada di sana dan keretanya selalu diletakkan di depan premis itu,” katanya.


Namun, ketika ditunjukkan kepadanya gambar lelaki dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ atau Ustaz Harun, Azman berkata dia tidak pernah melihat lelaki itu.

“Yang ini saya tak pernah pula nampak, mungkin dia datang sebelah malam ke premis itu,” katanya.


Azman berkata, pengunjung yang datang ke premis berkenaan terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan ada juga yang membawa anak.


Tinjauan Harian Metro di premis berkenaan, semalam, mendapati ia sudah disita Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), selepas serbuan dilakukan bersama polis, petang kelmarin.


Pihak JAIP juga meletakkan notis di pintu masuk utama premis berkenaan.


Hasil tinjauan juga mendapati, peniaga dan beberapa penduduk di kawasan itu langsung tidak tahu menahu mengenai kegiatan sebenar di premis itu sehingga diserbu JAIP.

skim cepat kaya tahun 2011.....skim ape tu??

:(scam:(scam:(scam
 
skim cepat kaya tahun 2011.....skim ape tu??

:(scam:(scam:(scam

Ostad Harun Buat Ganda Wang Pulak
June 25, 2011 – 9:08 pm

Ustaz Harun perkenal skim baru

Selepas menyedari pelabur sedia ada mula mengesyaki ada penipuan dalam perniagaan syarikatnya, Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) tampil memperkenalkan pelaburan baru dikenali sebagai ‘program ganda wang’.

Difahamkan, masih menggunakan modus operandi serupa dengan memperjuangkan perniagaan berasaskan Islam, Ustaz Harun menawarkan nilai pelaburan minimum sebanyak RM1,000 sebagai pengenalan bagi menarik pelabur baru yang tidak menyedari mereka adalah mangsa seterusnya.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad Rafiq, 27, berkata, melalui program ganda wang yang diperkenalkan Ustaz Harun dan konco-konconya itu, setiap pelabur tidak perlu bimbang dengan bayaran itu kerana ia dikatakan akan ‘beranak’ menjadi jutaan ringgit. “Saya mula diperkenalkan dengan program berkenaan awal tahun lalu melalui program ganda wang yang kononnya tiada kaitan dengan pelaburan atau skim cepat kaya, namun ia bertujuan membantu golongan muda menjana pendapatan.

“Kali ini, mangsa ustaz terbabit adalah di kalangan belia dan pelajar yang ‘dahagakan’ wang ringgit untuk berdepan dengan taraf hidup yang semakin tinggi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, ketika dipelawa menghadiri majlis taklimat, dia tidak menyangka program itu adalah serpihan skim pelaburan Kumpulan Dina Sdn Bhd yang sebelum itu berdepan dengan masalah pengambilan deposit secara haram.
Menurutnya, taklimat itu dijalankan di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam malah kegiatan program itu lebih banyak dijalankan di pusat peranginan terpilih yang hanya dihadiri kumpulan individu dipercayai orang kanan Ustaz Harun.

“Selepas membuat pendaftaran, pembayaran perlu dilakukan secara tunai kepada mereka tanpa sebarang dokumen perjanjian dan hanya sekeping resit dikeluarkan bagi mengesahkan kami ada membuat bayaran,” katanya.
Katanya, lebih mengecewakan apabila mereka yang mendaftar sebagai ahli juga terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi berhampiran yang datang selepas menerima risalah promosi berkenaan.

“Sedih apabila memikirkan sebahagian pelajar berkenaan sanggup melaburkan duit pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa universiti yang sepatutnya digunakan bagi menampung pengajian akhirnya lebur.
“Sehingga kini, masih ada di kalangan mereka yang setia menunggu pulangan yang dijanjikan termasuk menyertai forum mangsa dan pelabur Kumpulan Dina dengan harapan mendapat kembali wang modal mereka,” katanya yang kerugian RM30,000 termasuk 10 anggota keluarganya yang lain.
 
mcm org asli je...
 
Back
Top
Log in Register