BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaminan tingkap kuasa Proton

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Pengenalan pelan kualiti seumur hidup diharap lenyapkan tanggapan negatif


ISU persepsi negatif mengenai kualiti tingkap kuasa atau 'power window' kereta Proton yang sebelum ini menjadi perbualan hingga ke Parlimen, bakal selesai apabila Proton Holdings Bhd akan mengumumkan langkah menanganinya tidak lama lagi.
Ia berikutan pengeluar kereta nasional itu kini sedang merangka pelan jaminan pemberian kualiti seumur hidup khusus bagi menjamin kegunaan harian tingkap kuasanya.
Menerusi penambahbaikan, tingkap Proton kini lebih berkualiti. - Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan, Proton Holdings Bhd
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata rangka kerja itu pada peringkat akhir dan pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau berkata, menerusi pengenalan pelan jaminan itu, ia sekali gus akan melenyapkan terus tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap kualiti tingkap kuasa kereta Proton.

Katanya, meskipun kualiti kenderaan Proton, khususnya membabitkan tingkap kuasa itu sudah ditangani sebelum ini, persepsi negatif pengguna terhadap perkara itu masih tidak berubah.

“Sebelum ini, ramai pemilik Proton sering mengadu akibat mengalami masalah tingkap kuasa kenderaan mereka. Namun begitu, menerusi beberapa penambahbaikan teknologi dan kualiti dalam beberapa tahun lalu, tingkap berkuasa kereta Proton kini sudah jauh lebih berkualiti.
“Justeru, sebagai langkah menangani persepsi negatif, selain menunjukkan komitmen Proton yang sentiasa mengutamakan kualiti kereta keluarannya, kami berani mengatakan bahawa kini tidak ada sebarang kecacatan terhadap tingkap kuasa Proton.

“Diharapkan dengan pengenalan jaminan itu tidak lama lagi, ia dapat melenyapkan komen sinis berkenaan,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur.

Penganalisis automotif ketika dihubungi bagi mengulas pemberian jaminan itu, melihat Proton bergerak dalam landasan yang tepat dan kini mampu memberikan saingan sengit dengan pengeluar kereta jenama antarabangsa lain.

“Sebelum kumpulan itu diterajui oleh Syed Zainal, Proton sudah menggerakkan bahagian penyelidikan dan pembangunannya (R&D) agar menjadi pengeluar sebenar automotif yang berdaya saing dengan model Waja diikuti dengan Gen2.

“Bahagian kualiti dan produksi menjadi keutamaan apabila Proton diambil-alih Syed Zainal yang mana beliau menggabungkan teknologi pengendalian Lotus dengan Proton, sekali gus berupaya menangani masalah kualiti dan mampu mengeluarkan model seperti Persona, Saga dan Exora yang hangat dijual di pasaran,” katanya.
 

Attachments

  • 48.6 KB Views: 304
proton jamin jugak ke model tahun2 sebelum nie??..:-?
 
klau takleh gak....ganti pintu seketul...

aku tau sbb aku pernah buat part tuk pintu...biasa kena weld spot tu rel tingkap..kadang2 terkena..ganti mcmana pon klau rel tu bengkok...pon takleh gak..
 
Cakap x serupa bikin sebab dlm news paper sahaja... Kete member aku pesona baru pakai 3 bulan power window jahanam jugak............
 
bape kali power window aku jahanam...siot betol proton...bagi aku waranty tuh!!

pernah sekali jem power window ni time hujan..sabau jela!!rase macam kat sunway lagun pulak kene air ujan...

@$!@%!^$!@%#$@#!
 
Back
Top
Log in Register