BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan usang ancam penduduk

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

PENDUDUK terpaksa menempuh risiko bahaya setiap kali menggunakan jambatan kayu yang reput dan usang di Kampung Alor Semela dan Kampong Tok Temenggong, Alor Setar, Kedah.​

ALOR SETAR 17 Ogos - Lebih 3,000 penduduk di Kampung Alor Semela dan Kampung Tok Temenggong, Tajar di sini terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan pada setiap hari sejak lima tahun dahulu apabila terpaksa menggunakan jambatan kayu yang usang sebagai laluan untuk berulang-alik antara satu sama lain.

Manakan tidak, jambatan sepanjang kira-kira 100 meter tersebut sering dilalui oleh kereta dan motosikal sekali gus mendatangkan kebimbangan terhadap penduduk kampung berkenaan.

Salah seorang penduduk yang ditemui Mohd. Fauzi Abdul Khori, 30, mendakwa, permukaan lantai jambatan itu tidak sempurna ke-rana berlubang-lubang akibat kayu reput.

“Disebabkan bimbang dengan keselamatan diri, penduduk kampung terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli papan baharu atau menggunakan papan terbuang untuk menutup bahagian yang berlubang,” katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Alor Semela, Abdul Mutalib Arifin, 72, pula berkata, pernah berlaku seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun hampir terjatuh ke dalam sungai selepas separuh badannya terperosok ke dalam lubang pada lantai jambatan.

“Nasib baik ada penduduk kampung yang menyedari kejadian dan selamatkan kanak-kanak itu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah, Thana Chew Ne Meng berkata, beliau akan membuat aduan rasmi berhubung jambatan usang itu kepada kerajaan negeri.

“Saya akan cadangkan agar jambatan kayu ini diganti dengan jambatan konkrit yang lebih kukuh demi keselamatan penduduk di sini,” tambahnya.
 
Back
Top
Log in Register