BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jakarta bakal ada pencakar langit

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
signature-tower.jpg


IMEJ komputer menunjukkan struktur Signature Tower yang akan dibangunkan di Sudirman Central Business District di Jakarta, Indonesia. - AGENSI

JAKARTA 26 Mei - Hasrat Indonesia untuk memiliki bangunan komersial tertinggi di bandar raya ini akan tercapai menerusi pembinaan sebuah menara berketinggian 638 meter dengan 111 tingkat yang dinamakan sebagai Signature Tower.

Ia dibangunkan seorang usahawan terkemuka Indonesia, Tomy Winata.

Selain menjadi mercu tanda ibu negara Jakarta, menara itu turut menempatkan ruang pejabat dan hotel mewah.

Menurut media tempatan, pembinaan Signature Tower di Sudirman Central Business District (SCBD) yang merangkumi kawasan seluas 45 hektar itu, bakal mengatasi ketinggian 452 meter Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang pernah menjadi menara tertinggi di dunia pada 1998 hingga 2004.

Laporan media menyatakan, pembinaan menara tersebut yang menelan kos AS$2 bilion (RM6 bilion), diharap akan mula dibina tahun ini dan disiapkan dalam lima tahun akan datang.

Bangunan itu dirancang oleh perunding-perunding berkelas dunia yang berpengalaman dalam pembangunan menara-menara tinggi dunia.

Usaha membangunkan Signature Tower juga diinspirasi daripada keindahan alam, kekayaan, budaya Indonesia dan akan turut memaparkan elemen kepak sayap burung garuda sebagai simbol negara Indonesia.

Berdasarkan senarai 100 menara tertinggi di dunia yang dikeluarkan Majlis Bangunan Tinggi dan Populasi Bandar Institut Teknologi Illinois di Chicago, Signature Tower akan menjadi menara tertinggi kelima dunia.

Bangunan tertinggi pertama dunia pada masa ini ialah Burj Khalifa di Dubai, yang dibina pada ketinggian 828 meter dengan 163 tingkat.


large20101008226054342.jpg



557005_324175480975003_324143987644819_870798_2097035478_n.jpg


561084_324169940975557_324143987644819_870786_789922553_n.jpg


538849_324175547641663_324143987644819_870800_1440582183_n.jpg
 
senang la diorang. indon ramai sane brape banyak tower pon boleh buat.
 
LinkClick.aspx

antara bangunan tinggi di dunia.
 
indon xleh buat tinggi2 sbb bahaya earthquake. jangan lupa pasang rubber banyak2 kat base nanti gempa bumi bangunan tu akan 'goyang inul'.
 
Back
Top
Log in Register