reen_83
Fun Poster
- Messages
- 120
- Joined
- May 16, 2008
- Messages
- 120
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
KUALA LUMPUR: “Kebodohan yang tidak patut membabitkan orang Islam,” demikian pendapat Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kes ‘tiket loteri hantu’ membabitkan seorang suri rumah di Taman Muda, Ampang.
Beliau berkata, dalam Islam, matlamat tidak pernah menghalalkan cara dan individu yang mendakwa ‘tertipu’ itu sebenarnya boleh dianggap orang yang ‘kurang cerdik’ kerana boleh terperangkap dengan perbuatan yang jelas haram di sisi agama.
“Sepatutnya dalam kes ini mereka patut sedar loteri adalah judi, dan judi haram. Walaupun berniat membantu, cara yang digunakan salah,” katanya.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, mengenai seorang suri rumah ditipu seorang wanita bertudung yang mendakwa amat memerlukan wang untuk membayar kos perubatan kakaknya di hospital dan menjaja sekeping tiket empat nombor ekor yang didakwa memenangi hadiah utama bernilai melebihi RM100,000 sebagai cagaran.
Mangsa hanya menyedari ditipu apabila suaminya memberitahu apa yang berlaku ke atasnya adalah penipuan licik dua wanita yang pernah dilaporkan polis menerusi media sebelum ini.
Suri rumah itu yang kerugian hampir RM1,500 selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai kepada wanita penipu licik terbabit, membuat laporan di Balai Polis Ampang.
Dr Asri berkata, mereka yang terbabit dalam kes seumpama itu adalah golongan yang sanggup mengenepikan agama semata-mata kerana wang.
Menurutnya, sudahlah mengenepikan agama, mereka turut meminggirkan lumrah alam iaitu perlu berusaha untuk mendapat apa yang dihajati.