BTC USD 84,376.5 Gold USD 4,112.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

Update II

Satu perjumpaan khas telah diadakan antara pengarah-pengarah syarikat dan ahli-ahli yang komited bertempat di Mermaid Inn Resort, Cherating. Seramai lebih 150 orang leader dari seluruh negara termasuk dari Selatan, Utara dan Barat tanahair telah hadir bagi mendengar keadaan terkini syarikat selepas peristiwa lawatan BNM ke Wisma Jai Network Holdings SB pada 17 Julai yang lepas.

Untuk pengetahuan semua, lawatan tersebut dibuat atas dasar 414 pucuk surat aduan yang diterima oleh BNM atas tuduhan:
1) Anti Money Laundary Act (AMLA)
2) Berniaga tanpa lesen AJL
3) Bank and Finance Institutional Act (BAFIA)

Tuduhan pertama iaitu AMLA atau Anti Money Laundary Act adalah tuduhan tak berasas kerana kita tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan pengganas. Nama Dr Jailani di bahagian polis Bukit Aman juga telah bersih/clear setelah polis menyiasat laporan ini. Khabar gembira ini dinyatakan sendiri oleh Dr Jailani dalam pertemuan ini dan mendapat tepukan gemuruh oleh semua hadirin. Selepas ini, sesiapa yang membuat laporan tentang JAI akan ditangkap dan direman sekurang-kurangnya 7 hari untuk disoal siasat. Maka diharap bagi mana-mana ahli yang berniat untuk membuat laporan polis agar mendapatkan penerangan yang tepat dahulu daripada upline atau syarikat sendiri. Jika tidak, anda juga mungkin akan direman sebaik sahaja anda membuat laporan.

Bagi tuduhan kedua, syarikat mengakui bahawa kita tidak mempunyai lesen AJL. Walaubagaimana pun, syarikat telah sedaya upaya memohon daripada KPDNHEP sejak Oktober 2006 lagi. Dalam temuduga pertama, permohonan kita ditolak. Walaubagaimanapun, dalam temuduga kedua iaitu pada bulan Februari, tiada jawapan daripada KPDNHEP sehinggalah jawapan permohonan DITOLAK pada bulan Jun 2007. Difahamkan terdapat permainan dalaman yang melengah-lengahkan syarikat daripada memperolehi lesen tersebut. Oleh sebab itu, syarikat bersedia untuk membayar saman maksima RM 200,000.00 jika didapati bersalah. Kita semua tidak perlu risau kerana kita telah mempunyai lesen AJL selepas ini di atas nama syarikat yang lain. Lesen itu telah diluluskan dan akan diguna pakai selepas ini untuk urusniaga Hydrofuel dan Stromberg.

Bagi tuduhan ketiga iaitu BAFIA atau Bank and Finance Institutional Act, alhamdulillah ketua operasi BNM sendiri akur selepas mendengar penerangan penuh tentang pelan perniagaan kita. Kita tidak terlibat dengan aktiviti memungut deposit haram sebaliknya kita menjalankan perniagaan beli dan jual barang.

Oleh itu, kita semua tidak perlu bimbang dan risau kerana perniagaan kita tidak melanggar 2 akta yang disebutkan di atas. Master Adzmi juga secara peribadi yakin 110% hasil siasatan berpihak kepada kita. Saya mohon kita semua mendoakan agar proses siasatan berjalan lancar.

Bagi pembayaran SP bulan ini (bagi sesiapa yang masih belum mendapatnya) dan bulan hadapan, kita bergantung kepada bila akaun syarikat dibuka semula atau "unfreeze". Syarikat dan ahli lembaga pengarah amat prihatin dan berusaha siang malam bagi melancarkan proses siasatan. Ketua Operasi BNM, Tuan Mazlan juga berjanji akan mempercepatkan proses siasatan agar syarikat dapat berjalan seperti biasa. Sama-samalah kita membantu dengan cara doa ataupun kewangan agar syarikat dapat berjalan dengan baik dalam tempoh pembekuan ini.

Tuan puan juga tidak perlu risau kerana dalam tempoh ini, syarikat akan menjalankan aktiviti syarikat seperti biasa seperti kursus dan Hydrofuel.

amacam, mari kita renumgkan...
 
KRONOLOGI JNSSB

sekadar utk renungan. dpt dr site lain...


April & Mei 2007:


Bayaran SP yang biase 4hb terlewat sehingga 10hb(kalo tak silap). katanya masalah bank.
Tetapi mungkin jugak duit dalam akaun tu tak banyak, mungkin banyak dah pindah ke akaun proxy, sebagai langkah berjaga2 kalo jai diambil tindakan...
so, kene tunggu ahli top up untuk bulan seterusnya, baru bleh bayar SP untuk bulan ni.
Bulan mei, isu pelaburan internet timbul.


Jun 2007:

Orang ramai mula takut nak melabur disebabkan banyak isu pelaburan internet ditutup kerajaan.
Dr. jai jangkakan bulan depan JNSSB akan diserbu BNM dan akaun kene freeze...
Untuk memulihkan keyakinan orang ramai bagi memperbanyakkan duit dalam akaun jai dan seterusnya memindahkannye ke akaun proxy sebelum kene freeze, majlis bersama presiden dibuat. Bermula di seremban (19jun), melaka(26jun), johor(28jun), kota baru(3julai), terengganu(5 julai)dan kl(11jul)
pembayaran SP bulan ni juga makin lewat, kali ni sehingga 15hb. Maybe sebab terlalu banyak sangat duit dipindahkan ke akaun proxy.
Bagi mendapatkan lebih banyak duit kedalam akaun JNSSB, untuk dibawa ke akaun proxy, untuk melayakkan ejen dapat 10%, wajib masuk JMC... so, memang berpusu2 orang pergi kursus JMC bulan jun... seorang daftar RM5,000...
18 Jun - Dr. jai umumkan bayaran SP bulan julai bermula 15hb dan bukan 4hb lagi spt sblm ni.


Awal Julai 2007:

Sambutan JMC semakin hangat, jnssb banyak dapat duit dari JMC ni.
Orang ramai yang telah mendengar penerangan face to face dari dr. jai mase majlis bersama presiden memang mendapat keyakinan untuk terus melabur (aku salah seorang darinya).. mereka2 ini juga akan balik mempengaruhi downline dengan keyakinan ini... apatah lagi, "jaminan keselamatan" diberikan oleh dr. jai yang jika pihak berkuasa nak tutup jnssb, diorang akan switch terus kepada syarikat smart marketing sdn bhd yang kononnya dah ada AJL.
so, memang dah ramai yang start masukkan duit awal bulan ni.
Dr. jai yakin bang negara akan freeze akaun dalam mase terdekat. Semua duit2 dalam akaun JNSSB sudah dipindah ke akaun proxy yang menggunakan nama orang lain, tinggal maybe RM10 je setiap akaun jai.

Pertengahan Julai 2007:

Akaun JNSSB skang sudah takde duit.
13, 14 & 15 Julai adalah tarikh majority ahli masukkan duit dalam JNSSB. Akaun JNSSB berisi semula.
Pembayaran tidak dibuat pada 15hb dengan alasan ahad bank cuti...
16&17 julai, beberapa ahli dah dapat bayaran SP hasil duit yang dimasukkan pada 13, 14 & 15 julai...
18 Julai (ke 17 julai hah? aku lupe), akaun kene Freeze...
Duit yang tinggal dalam akaun JNSSB adalah balance yang duit orang masukkan pada 13, 14 & 15 julai sahaja, yang tak sempat digunakan untuk buat bayaran SP.

Akhir Julai 2007


Dr. jai memberi jaminan duit yang di freeze tu akan dapat balik dalam mase 90 hari. Ini sebenaynye bertujuan untuk melariskan kursus2 yang menjadi pendapatan JNSSB.
syarikat memperkenalkan SSP dengan return 30% atas nama De Four Marketing. Maklumatnya amat terhad.

Ogos 2007

20 ogos, sms dari master adzmi mengatakan sume pembayaran hendak lah atas nama bisnes Efektif Sdn Bhd, akaun d four marketing sudah tak digunakan lagi.
20-23 Ogos - syarikat tutup. Kemungkinan kegiatan SSP juga dihidu bank negara, maka bukti pasal kegiatan ni disembunyikan dan akaun bank yang digunakan pun ditukar. Bagi mengelakkan ia dikesan oleh bank negara sekali lagi, sume maklumat amatlah dirahsiakan. kat dalam website juga lansung tak diceritakan pasal SSP ni. Hanya upline2 tertentu saja dapat tahu, tu pun dari sms.
26 ogos - kursus khas pertama diadakan di mermaid inn, dimana melayakkan seseorang dapat komisyen 10%. hari ini juga dr. jai memberi jaminan duit SP tu paling lewat akan di unfreeze bulan 10...
ini sebenarnye untuk melariskan SSP sahaja... sebabnye, dr. jai cakap amik mase 2-3 bulan untuk susun balik dokumen.. so, dijangka bulan 1 tahun depan baru dapat SP tu... dalam mase ni, macam2 boleh berlaku...
 
Currently Active Users Viewing This Thread: 29 (5 members and 24 guests)
pro_kon, heryboy, paklah70, irfan, dol
 
kempen makin hangat skang ni...
bukti2, fakta2, kronologi, teori2 makin menjadi2,
teruskan berkempen sehingga tarikh keramat diumumkan oleh BNM/SPR...:)cgrock :)cgrock
 
Sekadar renungan,

kenapa syarikat perlukan 2 @ 3 bulan untuk menyusun semula fail. Sedangkan sekarang kebanyakan sudah menggunakan databased. Data kita sekarang masih boleh disemak di office sahaja. so, master copy masih dalam simpanan syarikat. Maka tidak perlulah bagi syarikat untuk menunggu sehingga 2 @ 3 bulan selepas akaun unfreeze baru boleh bayar. Sepatutnya syarikat dah boleh bayar terus selepas pengembalian akaun. emmmmmmmmmmmmm
 
aku pernah pakai produk nie. waktu kat jb dulu. MEmang nampak perbezaan. Especially sparking untuk spark plug. Power increase dari biasa.

Cuma kalau cable loose tu, dia akan hilang power sket. Kena selalu buat pemeriksaan berkala pada device tersebut supaya cable diikat kuat.

Aku reccommend benda nie terutamanya pada yang nak lebih power :)
 
aku pernah pakai produk nie. waktu kat jb dulu. MEmang nampak perbezaan. Especially sparking untuk spark plug. Power increase dari biasa.

Cuma kalau cable loose tu, dia akan hilang power sket. Kena selalu buat pemeriksaan berkala pada device tersebut supaya cable diikat kuat.

Aku reccommend benda nie terutamanya pada yang nak lebih power :)

sudah-sudah lah jual ebook tu. tak ke mana bisness cam tu. panduan-panduan cam dalam ebook tu pun kadang-kadang jer berguna#:-S
 
Currently Active Users Viewing This Thread: 42 (9 members and 33 guests)
pro_kon, kamarul, pesukec, fadhli_7997, anekdot, budubest, Midah, heryboy, penguin
 
pro_kon...
amik info dr web mana yerk?
ye ker Daripada Dr Jai:dan Daripada Mr Adzmi::-? :o ker sajer jer tuh? MISTERI la... serius ker BISNES EFEKTIF ade AJL? so skrg ape masalahnyer yerk? klu da confirm akn unfreeze walau jai salah (x de AJL)? duit dr acc jnssb di pindah ke bisnes efektif ker? ~X(
 
Back
Top
Log in Register