BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

Kalau perniagaan JNSSB ni diperakui BNM aku pun plan nak tiru gak boleh x,? tapi ubah2 skit la...

Nama company :
GNSSB (GabanZek Network Ststems Sdn. Bhd.)

Produk:
Ljunberg MaxSaver (sejenis produk penjimatan gas memasak - (brilliant idea nih!cepat curi!))

ok ke?



p/s; hehe... gurau2 je...
 
salam sume..mane si semut ni? x kn dh hbs idea kot:eek: :eek: :eek:
Tu la..lain kali post tu skit2 dh ler..Kan dh kering idea skang..Lepas 2 beri alasan x nk post sebab dh merajuk..rileks r DR semut..lu x sempoi rr..:D :D :D
 
Off Topic

Tak Pueh hati den..tak pueh hati den...
Apo pasal BABI tu antar kek negori den pulaakkkk...
Dulu dah kono J.E dahhhhh...


sorry ler..
tak der info baru..
masuk sikit kemasyarakatan...
Hai FRU..FRU..FRU..
Apasal ko tak rembat...
kalu bangsaku ko rembat..
:(( :(( :((
 
MARI KITA RENUNG2KAN. dapat update dr website lain... so ada la benda utk difikirkan.

Sedikit Update Dari Kuantan pada 17 Julai 2007

Update I

Daripada Dr Jai:

1- BNM masih menyiasat JNSSB. InsyaAllah, jika tiada masalah, BNM akan unfreeze dlm bulan September 07. Jika bermasalah, BNM akan juga unfreeze tetapi dalam bulan Oktober 07. Kesimpulannya, kecairan adalah sesuatu yang dipastikan!
2- Pembayaran SP yang dibekukan mengambil masa 2/3 bulan lagi memandangkan ke semua dokumen (2 lori) yang diangkut akan dipulangkan dan mengambil masa untuk disusun semula.
3- HFT akan mula dipasang dalam bulan puasa untuk ahli pelan SSP dahulu (rugi kalau tak join lagi).
4- Kursus Khas (sehari sahaja) dicipta bagi membolehkan ahli mendapat 10% daripada SP HFT & byk kelebihan lain lagi. (boleh dapatkan borang & keterangan daripada saya, emel sharudinzain@ gmail.com)
5- Bisnes Efektif Sdn Bhd dimasukkan di bawah unit Ekonomi PEKIDA dan akan membuka cawangan di Bukit Bintang, di bawah pejabat PEKIDA Bukit Bintang.
6- Sebuah masjid/surau akan dibina di atas tapak letak kereta di Jalan Bukit Bintang oleh JAI. (janji telah dibuat kepada Ayahanda PEKIDA Bukit Bintang)
7- Arkitek dari Dubai telah tiba di KL dan akan membentangkan pelan bangunan yang unik yang akan dibina di tanah kosong sebelah Mermaid Inn dalam masa 2-3 hari lagi. Harga belum dinyatakan.
8- Agenda menjatuhkan JAI sangat dahsyat di luar sana, oleh itu diminta ahli JANGAN membaca/mendengar/ mengambil apa-apa cerita yang keluar dari mulut orang ramai/ahli sendiri melainkan datangnya dari Dr Jai/Pengarah/ syarikat sendiri.
9- Mejar Mokhtar mengundur diri sebagai Pengarah syarikat dan tiada masalah di antara JAI dan beliau. Pengunduran beliau disaksikan sendiri oleh Ayahanda Roslan (PEKIDA Bukit Bintang). Dr Jai menganggap tiada paksaan dalam meneruskan perjuangan ini.
10- Tiada lagi jalan berpatah balik di dalam JAI melainkan keluar atau terus ke hadapan.

Daripada Mr Adzmi:

1- Bayaran bonus pada bulan september ini mencecah RM 1 juta.
2- 3 acc bank untuk Bisnes Efektif telah boleh digunakan.
3- Prosedur siasatan BNM berjalan seperti biasa.

Daripada Dr Izham:

1- Bagi leader2, jangan berhenti sebaliknya terus mara ke hadapan. Sekurang-kurangnya, bonus bulan-bulan berikutnya dapat membantu anda untuk membantu downline2 yang kesempitan wang.
2- Teruskan usaha kita dalam menceritakan bagaimana JAI menjana ekonomi ummah dan menggerakkan plan-plan yang sedia ada.

Daripada Ayahanda Roslan:

1- PEKIDA adalah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia.
2- Bersatu dalam Amar Makruf & Nahi Mungkar.
3- Sama-sama menyelamatkan anak-anak Melayu Islam kita pada hari ini.

Itulah serba sedikit tentang perjumpaan yang kami hadiri pada hari ini. Diharap semua ahli terus berdoa. Moga-moga Allah memberi kemudahan di dalam dugaan-dugaan yang kita tempuhi ini. InsyaAllah, kekuatan para pejuang di hadapan adalah dari doa-doa kita semua.
 
Back
Top
Log in Register