Assalamualaikum wbt,
Untuk pengetahuan semua, pada 8/1/2015 yang lepas, adalah tarikh akhir untuk menghantar tuntutan pihak ketiga kepada Mahkamah Sesyen Kuantan. Saya sempat menghantar tidak kurang daripada 50 salinan I/C untuk buat tuntutan semula. Tuntutan ini adalah daripada asset/tunai yang dibekukan dalam BNM.
Untuk rujukan, sila lihat di laman web BNM -->
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0301_status.htm#jai_network
Pada 17/2/2015 akan datang, Mahkamah Sesyen Kuantan akan memulakan Pengurusan Kes (Case Management). Oleh sebab itu, sesiapa yang masih belum mengemukakan tuntutan, boleh juga turun pada hari tersebut.
Sebagai inisiatif, kami mengambil tanggungjawab untuk mengambil peguam bagi mewakili sesiapa yang ingin menuntut kembali wang mereka daripada BNM (yg dibekukan dari akaun-akaun JNSSB). Lawyer fee akan dikongsi beramai-ramai. Semua tuntutan yang dikumpulkan, akan diwakilkan kepada lawyer tersebut bagi menuntut amaun yang kita kemukakan (beserta bukti transaksi dan dokumen tertentu).
Bagi sesiapa yang ingin mengikuti maklumat terkini inisiatif tuntutan ini, boleh join group FB ini -->
https://www.facebook.com/groups/864265306957150/
Pada hari ini 13/1/2015, perjumpaan pertama oleh Sponsoring Committee bersama lawyer akan diadakan. Perjumpaan besar bersama penuntut yang berminat akan diadakan pada suatu masa yang akan ditentukan selepas ini. Ikuti maklumat di dalam FB group yang telah kami create.
Doakan yang terbaik untuk semua. Marilah kita lakukan yang terbaik setelah 7 tahun menunggu perbicaraan selesai. Sebab itulah, inisiatif ini dilakukan dan melantik lawyer untuk mewakili kita semua.
Jika ia adalah rezeki kita, insyaAllah ia akan menjadi milik kita. Jika ia bukan rezeki kita, yakinlah bahawa Allah mahu memberikan sesuatu yang lebih baik kepada kita.