BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

Jai x kene penjara plak sama mcm sorang doktor perempuan yg buat SCK..
 
pelik gak ade satu syarikat skim cepat kaya, milik doktor perempuan, sampai kene penjara berpuluh2 tahun dan denda rm5 juta kot..tapi jai mcm terlepas..

jai ni bukan pertama kali ada masaalah ....banyak sebelum ni pengalaman dalam tepis kes memang hebat
 
Assalammualaikum semua...


Syukur Kehadrat Ilahi yang memanjangkan umur kita kerna dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita berjumpa.

Kehadiran ahli dan orang ramai di Pusat Dakwah Islamiah Paroi malam tadi amat luarbiasa sehinggakan dewan yang boleh muat seribu org tidak dapat menampung dan ramai yang berdiri diluar dewan.
Pada pukul 9.30 mlm President kita telah selamat sampai diiringi Pengarah2 yang lain. Pengerusi majlis mlm tadi ialah En.Yusof iaitu stokis Seremban. Ucapan alu aluan dari pengerusi majlis dan majlis dimulai dengan :-

Presentation dari Dr.Marzuki

Pada kali ini seisi BOM tidak lagi menerangkan tentang Smart Moving atau Smartpartnership tapi Dr.Marzuki terus mempersembahkan sejarah HFT dari A ~ Z. Dari mana ia bermula dan kenapa baru sekarang dapat realisasikan oleh Dr.Halim. Seperti yang Tuan-Tuan maklum , alat tersebut telah diuji pada kereta Proton Waja dan dirasmikan oleh Paklah. Memang benar alat HFT ini dapat mengurangkan pengantungan minyak sebanyak 50%. Dan pada bulan April lepas product ini telah dengan rasminya dipasang pada kereta LMG dan dirasmikan oleh Paklah. Mlm tadi kita dipertontonkan melalui vedio kaedah pemasangan alat tu pada Waja dan kete LMG ( masa perasmian dari Paklah tu ). Kenapa pulak alat ni lambat dipasarkan kat negara kita. Ada hikmah disebaliknya.


Citer pasal ni kita sambung episod akan datang..

Dan yang pentingnya apa untungnya alat ni kalau Syarikat amik alih @ Pengedar Tunggal untuk Dunia. Orang kuat dlm busines HFT adalah Paklah sendiri. MOU antara Dr.Hj Jailani dan Dr.Halim telah dimeterai pada bulan May 07 lagi ( Nikah sudah sandingnya belum lagi ) Nak sanding ni kena tunggu Paklah balik honey moon. nak tepung tawar ...btw tarikh keramat tu belum ditentukan lagi. Paling cepat hujung bulan ini. Berita akan diupdate dlm news. Tempat PWTC. Semua ahli dijemput hadir. masuk TV..kalau dpt CNN pon dtg lagi bagus.
Untuk pasaran Malaysia kilang adalah diBanting manakala untuk pasaran dunia kilangnya akan dibuka di Indonesia. Nanti banyak product product lain akan menyusul menggunakan technology HFT ni seperti dapur gas, eletric, 2 jenis enjin guna air jerr , minyak enjin dan lain lain lagi.

Citer pasal 2 jenis enjin ni hak cipta terpelihara adalah antara Dr.Hj jailani dan Dr. Halim sahaja. Mereka akan jual paten ni pada Kerjaaan RM 100juta++ dan luar negara USD 1 billion


Presentation En.Azmi

Ok ..presentation beliau lebih menjurus pada SSP ( Smart Snergy Plan ) so sesapa yang dah tau dia punya marketing ...baik cepat2 masuk. Auothorised Dealer masih dibuka. Workshop Type Class A akan dibuka bagi membuka mata org2 luar bahawa workshop kita adalah world class.

Masalah payment !

Ok masalahnya bukan dari Bank bukan juga dari JNSSB tetapi ahli sendiri. Syarikat dah suruh update details dalam member's web page tapi ramai tak buat. Details macam IC lama dan baru mesti ada beb, No. telefon at least letak lah dua no. supaya senang syarikat nak call kalau ada masalah. e-mail tu kalau ada letak lah. paling penting IC beb kalau tak match dgn no acc. mmg tak dapek den nak nolong dah.. (process checking semula ambil lebih kurang 20 hari bekerja Puhhh lama tu..)jangan tanya den kenapa lama benor.

Jadi kalau payment tu masih lagi sangkut sampai hari ni sila fax ( Fax: 09-5602283 ) kan maklumat di bawah kepada syarikat A.S.A.P

LOGIN ID
No. IC LAMA DAN BARU
NO. AKAUN BANK dan NAMA BANK
No. TELEFON (VALID PUNYA ok)


Kalau tengok smlm Dr. Azmi bawa file tu dan saya sendiri pergi tengok ada lebih kurang 400++ nama yang pending akibat bermacam-macam masalah (IC tak betul no. acc. salah no telefon tak ada) ini baru masalah SP belum lagi E-wallet. kalau boleh leader2 tolong lah check downline you all punya data dalam system. sbb rasanya bukan semua downline kita pandai pakai internet.

Ok SP akan di bayar pada 15hb setiap bln. Start time tu juga bank akan mengunakan sistem AUTOPAY. sbg cara untuk mengelakkan payment lambat masuk. tetapi auto pay ada kelemahannya juga iaitu AKAUN BERSAMA TIDAK DIBENARKAN (jadi sapa2 yang guna akaun bersama sila update no. akaun jadi personal saving acc. no)

Ok rasanya tu je.. nanti den balik den sambung balik.. nak refresh balik memory semalam.
__________________

Ayat janji macam yahudi. Confirm masuk neraka jahannam ni
 
Back
Top
Log in Register