butterland
Legendary Member

- Messages
- 11,420
- Joined
- Jan 2, 2008
- Messages
- 11,420
- Reaction score
- 211
- Points
- 123
Jaga halal, haram
IBADAT bagi Muslim berhubung rapat dengan makanan dan minumannya, iaitu yang halal lagi suci, bersih daripada segala kekotoran, walaupun kadangkala ia tidaklah enak untuk ditelan.
“Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.” (al Baqarah:172)
Islam memberikan penekanan terhadap aspek pemakanan dan pada dasarnya manusia dibenarkan menikmati apa saja selagi ia halal, bersih dan selamat, bahkan memberikan khasiat dan memelihara kesihatan.
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (al-Baqarah:168)
Makanan halal juga menjadi antara faktor doa seseorang diperkenankan. Dalam satu hadis, diceritakan keadaan orang lelaki yang kelihatan kusut rambutnya kerana tidak pernah dibersihkan.
Warna mukanya berdebu kerana lama dan jauh dalam perjalanannya sambil mengerjakan ketaatan kepada Allah dan berdoa menghulurkan dua tangannya ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Berikanlah kepadaku, sampaikanlah hajatku.”
Demikianlah hal orang itu yang berharap supaya diterima doanya. Tetapi malang pula nasibnya kerana berdoa dalam keadaan sedemikian rupa, tidak diperkenankan dan hajatnya tidak dimakbulkan.
Ini disebabkan dia tidak memenuhi syarat yang sangat diperlukan dalam berdoa iaitu makanan, minuman dan pakaian yang halal.
Sebagaimana diterangkan Rasulullah, makanan, minuman dan pakaiannya haram. Pendek kata semuanya haram, malah darah yang mengalir di dalam tubuh badannya juga adalah haram.
Justeru, doanya tidak diperkenankan walaupun dia ber sungguh-sungguh dan sangat berhajat disebabkan halangan yang dicipta diri sendiri. Sekiranya tiada halangan itu, kemungkinan doanya diperkenankan.
Menurut satu cerita, pernah dikatakan mengenai Saad bin Abi Waqqas, di antara sahabat Rasulullah s.a.w, beliaulah satu-satunya orang yang diperkenankan permintaan doa nya.
Beliau menerangkan: “Bahawa aku tidak pernah meng angkat ke mulutku sesuatu makanan melainkan aku tahu dari mana datangnya dan dari mana pula keluarnya.”
Selain itu, ada lagi beberapa perkara yang menghalangi penerimaan doa seseorang, iaitu segala perbuatan yang haram atau maksiat dan kesalahan kerana meninggalkan yang wajib.
Pada satu masa Nabi Musa a.s melihat seorang lelaki mengangkat dua tangannya kerana berdoa kepada Allah dengan cara bersungguh-sungguh, kemudian mengadu nasib orang itu kepada Allah, dengan katanya:
“Wahai Tuhanku! Hamba Engkau ini memohon kepada Engkau supaya Engkau kasihi dia, kerana Engkau Tuhan yang Maha Mengasihani dari segala yang kasih, jadi apakah yang Engkau lakukan pada hajatnya!”
Allah memberitahu kepadanya: “Wahai Musa! Kalau dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga putus se kalipun, Aku tidak mahu memenuhi hajatnya, sehingga dia sendiri memenuhi hak Aku.”
Dalam satu lagi kisah, ketika Ibrahim bin Adham (ahli sufi yang masyhur) berada di tengah pasar Basrah beliau di kerumuni orang ramai.
Antara mereka ada yang bertanya: “Mengapakah doa me reka tidak dimakbulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepada-Nya?”
Beliau menjawab: “Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:
- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.
- Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu sudah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu sudah makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
- Kamu sudah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu sudah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu sudah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.
- Kamu sudah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
- Kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Seorang periwayat hadis yang sangat warak, Malik bin Dinar berkata: “Bahawa sudah ditimpa bencana ke atas Bani Israel. Kemudian mereka keluar ke tanah lapang untuk berdoa.
Lalu Allah wahyukan kepada nabi mereka untuk diberi tahukan kepada mereka, bahawa mereka keluar dengan badan yang najis dan mereka mengangkat kepada-Ku tangan mereka yang mereka gunakan untuk menumpahkan darah dan memenuhkan rumah mereka dengan benda yang haram.
Sekarang makin bertambahlah kemurkaan-Ku ke atas me reka dan mereka makin jauh dari-Ku.”
sumber : Addin
p/s : thread ni mcm dah ada,tp aku search tak jumpa plak..minta jasa baik mod utk delete atau mergekan