BTC USD 103,551 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadual baharu perkhidmatan komuter bermula 16 November 2019

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,016
Top Poster #8
Joined
Apr 15, 2012
Messages
43,016
Reaction score
4,514
Points
266
Awards
1
ktm-komuter-train-emu-35.jpg

AGENDANASIONAL
November 7, 2019 3:10 pm

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini mengumumkan jadual baharu bagi semua perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa 16 November ini berikutan kerja-kerja penaiktarafan Landasan Berkembar Klang (KVDT) fasa 1 dan 2.

KTMB dalam kenyataan, memaklumkan penjadualan tersebut akan melibatkan 20 perkhidmatan komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang serta 14 perkhidmatan komuter laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim.

“Kedua-dua fasa itu adalah bagi menaik taraf landasan yang berusia lebih 25 tahun, di samping menyelenggara dan menambah baik sistem elektrik, komunikasi, dan stesen-stesen terbabit.
“Kerja-kerja pemulihan landasan yang menghubungkan sektor Lembah Klang itu dilakukan untuk mengurangkan kelewatan dan mengelak pembatalan perkhidmatan akibat kerosakan landasan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan kedua-dua fasa tersebut bertujuan meningkatkan mutu serta keselamatan perkhidmatan kereta api termasuk perkhidmatan KTM Komuter, perkhidmatan tren elektrik (ETS), Skypark Link dan KTM Kargo.

Projek KVDT1 melibatkan sektor Rawang-Salak Selatan dan Simpang Batu-Sentul yang dijangka siap sepenuhnya Julai depan.
Sementara, projek KDVT2 melibatkan sektor Kuala Lumpur Sentral-Pelabuhan Klang serta Salak Selatan-Seremban dijangka siap pada September 2026.

Dalam pada itu, berikutan penjadualan baharu berkenaan, penumpang yang menggunakan tren komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang selepas ini akan bermula dan tamat di Stesen Kajang.

Bagi laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim, perkhidmatan komuter akan beroperasi menggunakan satu landasan antara Rawang dan Kepong yang akan bermula serta tamat di Stesen Sungai Buloh.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.ktmb.com.my/

– BERNAMA
 
Sponsored Post

KTMB.gif

AGENDANASIONAL

KTMB perkenal tambang fleksi ETS bermula 1 Mac
Disember 30, 2019 12:19 pm

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bakal menikmati kadar tambang lebih berpatutan apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan struktur tambang fleksi bermula 1 Mac 2020.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memberitahu tiket bagi tambang fleksi itu mula dijual pada 15 Januari tahun hadapan bagi perjalanan ke semua destinasi perkhidmatan ETS dari 1 hingga 31 Mac 2020.

Menerusi pelaksanaan itu, pengguna ETS boleh mendapatkan tiket tambang perjalanan yang lebih menjimatkan mengikut cita rasa masing-masing, sekali gus memberi kelebihan kepada mereka untuk merancang perbelanjaan dan perjalanan dengan lebih baik.

“Contohnya bagi perjalanan pada musim perayaan atau cuti sekolah, pengguna yang membuat tempahan awal akan menikmati kadar tambang yang lebih rendah berbanding mereka yang membeli pada saat akhir.

“Pengguna juga berpeluang menikmati penjimatan berganda menerusi promosi yang bakal ditawarkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sebagai pengenalan, KTMB juga menawarkan promosi ‘Seleksi Tempat Duduk’ percuma untuk penumpang membuat pilihan tempat duduk tanpa sebarang caj tambahan bagi perjalanan antara 1 dan 30 Mac 2020.

KTMB juga masih menawarkan harga tambang konsesi untuk pesara kerajaan dan isteri, warga emas, Orang Kelainan Upaya, kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun, pelajar (pemegang kad KTM i-card), polis, tentera dan bomba.

-BERNAMA
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register