eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Pertahanan digesa menimbangkan cadangan menjadikan keris sebagai salah satu peralatan rasmi Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (RAMD).
Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) menjelaskan keris adalah peralatan sesuai digunakan oleh anggota RAMD kerana ia melambangkan kepahlawanan.
''Anggota RAMD yang menyelitkan keris di pinggang nampak segak dan tidak ada orang yang akan terbunuh atau cedera dalam pemakaian senjata tradisi orang Melayu itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, keris itu perlu dijadikan sebagai alat untuk melahirkan semangat kebangsaan.
Ujar beliau, rakyat Oman misalnya amat berbangga memakai pisau belati bengkok dan mereka bangga membawanya bagi menunjukkan jati diri.