BTC USD 85,928.9 Gold USD 4,140.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadikan keris peralatan rasmi RAMD

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Pertahanan digesa menimbangkan cadangan menjadikan keris sebagai salah satu peralatan rasmi Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (RAMD).

Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) menjelaskan keris adalah peralatan sesuai digunakan oleh anggota RAMD kerana ia melambangkan kepahlawanan.

''Anggota RAMD yang menyelitkan keris di pinggang nampak segak dan tidak ada orang yang akan terbunuh atau cedera dalam pemakaian senjata tradisi orang Melayu itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, keris itu perlu dijadikan sebagai alat untuk melahirkan semangat kebangsaan.

Ujar beliau, rakyat Oman misalnya amat berbangga memakai pisau belati bengkok dan mereka bangga membawanya bagi menunjukkan jati diri.

:eek: :eek: :eek:
 
dah takde duit beli pistol ?
 
keris yang macam mana bro?..keris yang si hisham dan kj hunus tu ke?...tu keris x der sarung tu...:eek: :eek: :eek: :eek:
 
sapa pula yg nak dapat tender suply keris banyak2 tu?

:-? :-? :-?

orang yg mencadang ker?

:-? :-? :-?

ha ah ek?
besi bengkok2 tu mesti harga kaw2 punya.

selama ni ramd guna simbol pedang.
bawak pedang tu lagi mantap!

aku nak cadang....

dari guna keris,
elok guna tombak.
senang nampak.

keris tu kecik sangat! :D
 
Back
Top
Log in Register