balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
NIK MOHD. NOOR FAIZAL menunjukkan keadaan keretanya setelah menjadi mangsa penipuan kumpulan trak penunda kereta haram di Bangi semalam.
BANGI – Hasrat seorang pensyarah untuk bercuti bersama keluarga berkecai apabila menjadi mangsa sindiket penipuan trak penunda haram dan pengusaha bengkel yang cuba mengenakan caj melampau ketika keretanya rosak pada Selasa lalu.
Nik Mohd. Noor Faizal Md. Saad, 34, dari Pulau Pinang mendakwa, masalah bermula apabila enjin keretanya jenis Proton Waja mengalami masalah suhu meningkat sebaik keluar dari kawasan Rehat dan Rawat Seremban.
“Tidak sampai beberapa minit kemudian muncul dua lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna putih untuk melihat keadaan kereta saya.
“Mereka kata gasket terbakar dan memberi jaminan boleh selesaikan masalah saya kerana bengkel mereka tidak jauh dari susur keluar ke Seremban,” dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Dakwanya, dia hairan dengan kejadian itu kerana sebelum bertolak dari Pulau Pinang, dia sudah menghantar kereta berkenaan ke bengkel untuk penyelenggaraan.
Bagaimanapun, dakwanya, disebabkan mahu menyelesaikan masalah itu dengan segera dan tidak mahu menjejaskan suasana percutian, dia bersetuju dengan tawaran dua lelaki itu untuk menarik keretanya.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm