BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadi mangsa amarah perompak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SUNGAI BULOH - Seorang penjenayah yang naik angin selepas rancangannya hendak merompak sebuah pasar raya diganggu oleh pertengkaran dua lelaki lain bertindak melepaskan tembakan hingga mengakibatkan salah seorang mangsa maut di Jalan Liter CU19/C di sini semalam.

Kejadian pukul 5.40 pagi itu mengakibatkan penganggur, Shah Zuan Rashidi, 22, maut kira-kira 14 jam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh di sini.

Mangsa ditembak di muka dan perut.

Sumber memberitahu, sebelum kejadian, mangsa dan rakannya telah pergi ke sebuah kelab malam di Kuala Lumpur lalu terserempak dengan teman wanitanya yang sedang berhibur dengan lelaki lain di situ.

Katanya, mangsa yang geram dengan sikap curang kekasihnya kemudian telah bertengkar dengan lelaki tersebut.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 
Main tembak2 je skrg. Ape nak jadi malaysia ni??
 
pehh..kes melibatkan senjata api semakin berleluasa..:mad:
 
Takziah.. mungkin ini dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga...
 
haha bagusla tu jantan pg club nmpk awek kt club jgk haha malang bertimpa2


.
 
castello ni....
 
kalau ye pun janganlah diketawakan mangsa tu..
tak baik..

hari kita esok lusa taktau lagi..
 
Back
Top
Log in Register