BTC USD 83,335.8 Gold USD 4,179.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jack Reacher: Never Back Down - Blur Ray dah kuar; download lah.

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Aku suka yang 1st punya.

Sequel ni mungkin lagi best.

Memang minat Tom Cruise pun :)paid





5 Sebab Anda Tidak Akan Berani Cari Pasal Dengan Tom Cruise a.k.a Jack Reacher


http://www.rotikaya.com/5-sebab-and...i-pasal-dengan-tom-cruise-a-k-a-jack-reacher/


Biar kami berlaku jujur, menonton aksi Tom Cruise dalam filem pertama Jack Reacher beberapa tahun lalu cukup menyakinkan kami yang pelakon hebat ini tidak akan berhenti menjadi hebat dalam mana mana filem selepas itu.

Tekaan kami tepat dan dalam Jack Reacher: Never Go Back yang merupakan filem kedua dalam siri ini, Tom Cruise meneruskan legasi beliau sebagai seorang agen risikan yang telah bersara namun terpaksa berhadapan dengan konspirasi terhadap dirinya.

Ini 5 sebab kenapa orang ramai tidka harus berani cari pasal dengan Jack Reacher.



1. Jack Reacher is a serious business

giphy.gif



Tengok sahaja wajahnya, terus teringat satu pepatah lama — kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi Jack Reacher. Minta dijauhkan.



2. Sifat mesra ke sifat ganas dalam 0.1 saat


giphy-1.gif


Dalam sedutan trailer Jack Reacher: Never Go Back, karakter dibawakan Tom Cruise ini boleh jadi mesra untuk 0.1 saat sebelum menjadi badass yang pastinya digeruni semua.

Jangan cari pasal weh!



3. Gerak tangan super pantas & padu


giphy-2.gif


Jack Reacher tidak akan berfikir dua kali untuk bertindak jika beliau tahu anda cuba cari pasal dan terbukti walau duduk bersebelahan dalam ruang sempit pun beliau mampu tundukkan musuh dalam sekelip mata. Fuh!




4. Pemanduan lasak dan pantas


giphy-3.gif


Dalam filem pertama Jack Reacher, Tom Cruise dipuji hebat atas kebolehan beliau memandu aksi lagak ngeri melibatkan kenderaan laju dengan baik — cuba fikir bagaimana anda mahu lari jika beliau mampu memandu sehebat itu?



5. Bawa geng dan pistol bukan penyelesaian


giphy-4.gif


Untuk Jack Reacher jika anda mahu berdepan dengan membawa senjata api mahupun kawan yang ramai, semua itu perkara mudah untuk ditangani. Sepantas kilat anda semua akan menyembah lantai atau cabut lari.

Okay jika semua sudah faham betapa hebatnya Jack Reacher atau Tom Cruise dalam filem terbaru ini, jangan lupa untuk tonton lebih banyak aksi badass beliau dalam Jack Reacher: Never Back Down yang akan menemui semua di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Oktober 2016 ini.
 
Last edited:
yg 1st dah power...wajib tonton inik...
 
Jack Reacher: Never Go Back

Assàlamualaikum
Baru habis layan Jack Reacher: Never Go Back
Citer aksi jgk
Berbaloi jgk la tengok wayang
Lakonan Tom Cruise
Cuma ending agak kurang skit
Yang lain ok
 
aku rs sequel die lambat sgt keluar la...jd mest ramai dah lupe yg pertama
 
Back
Top
Log in Register