BTC USD 65,473.7 Gold USD 2,311.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,281
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,281
Reaction score
6,487
Points
916
Awards
1
03.04.2024 - Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian artis versetil Jaafar Onn pada pagi Rabu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada usia 73 tahun. Berita pemergian aktor itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza Hanafi yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.

"Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia. Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang. Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana," katanya ketika dihubungi mStar.
1712117104309.png
 
Sponsored Post

Jenazah Jaafar Onn Tiba Di Muar

03.04.2024 - Jenazah pelakon veteran Jaafar Onn selamat tiba di kampung halamannya di Tanjung Gading, di sini petang tadi disambut dengan linangan air mata. Ia tiba jam 4.58 petang selepas bertolak dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Ketibaan van membawa jenazah disambut ahli keluarga terdekat selain jirannya. Sebaik tiba, jenazah itu dibawa masuk ke rumah keluarganya untuk disembahyangkan. Suasana kemudian bertukar pilu apabila jenazah Allahyarham Jaafar Onn diletakkan di ruang tamu rumah pusakanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Firdaus, Tanjung Gading selepas waktu Maghrib. Allahyarham meninggal dunia pagi tadi ketika menjalani prosedur endoskopi. Kesihatan Jaafar Onn merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.
1712141743753.png
 
Jenazah Allahyarham Jaafar Onn Selamat Di Kebumi

03.04.2024 - Jenazah pelakon dan pengacara Allahyarham Jaafar Onn, 73, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Jamek Al-Firdaus, Tanjung Gading, di sini, sebentar tadi. Sebelum itu, jenazah dibawa ke masjid terbabit untuk disolatkan yang turut disertai lebih 100 orang termasuk keluarga terdekat serta kariah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 pagi tadi di Hospital Sultan Idris, Serdang.

kPHKFihN-BTV3-WORK-29.jpg


Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah anak angkatnya, Mohd Hanif Mohd Hashim dan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka dan ahli jawatankuasa Karyawan Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar. Selain itu, hadir sama kakak Allahyarham, Puteh Awang dengan bacaan talkin diketuai Shaifizal Jamal Abdul Nasir, Imam Masjid Al- Firdaus. Sementara itu, Datuk Zainal berkata, beliau mengenali Allahyarham sejak 1997 dan kali terakhir bertemu pada Khamis lalu. Katanya, Karyawan turut memberi sumbangan RM1,000 kepada 50 artis termasuk Allahyarham.

Tys3n1aW-BTV3-WORK-30.jpg


“Pada masa itu tak nampak sangat arwah sakit kerana dia kelihatan ceria, cuma semalam ahli jawatankuasa pusat Karyawan memaklumkan arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Idris. Keadaannya ketika itu sangat kritikal dan hari ini saya menerima berita dia sudah tiada. Saya rasa kita kehilangan besar dalam industri seni kerana kita perhatikan artis seperti Allahyarham tak ramai. Arwah serba boleh baik sebagai chef, penyanyi, pelakon dan juga pelawak,” katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya sedang mengatur untuk menyalurkan sumbangan kepada Allahyarham dalam tempoh terdekat namun tidak kesampaian.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/jenazah-allahyarham-jaafar-onn-selamat-dikebumi/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register