BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

J.R.R Tolkien

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
tolkien.jpg

John Ronald Reuel Tolkien CBE (3 Januari 1892 – 2 September 1973) ialah seorang pengarang British yang amat dikenali disebabkan karyanya Si Hobit (The Hobbit) dan susulannya, Penguasa Cincin (The Lord of the Rings). Beliau adalah profesor untuk bahasa Anglo-Saxon di Universiti Oxford dari 1925 hingga 1945, dan untuk bahasa dan kesusasteraan Inggeris, juga di Oxford, antara 1945 hingga 1959. Tolkien adalah kawan rapat kepada C. S. Lewis dan kedua-dua mereka merupakan ahli kumpulan perbincangan kesusasteraan Inklings.

Selain daripada Si Hobit dan Penguasa Cincin, fiksyen-fiksyen terbitan Tolkien yang lain termasuk Silmarilion (The Silmarillion) serta buku-buku yang beliau menggelarkan legendarium dan yang diterbitkan selepas kematiannya. Legendarium merupakan satu mitologi fiksyen mengenai Bumi pada masa lampau yang lama dahulu. Beliau menamakan masa itu sebagai Arda, dan Bumi Tengah (Middle-earth) (perkataan yang berasal daripada middangeard, perkataan Jerman untuk "dunia yang sesuai didiami oleh manusia"). Kebanyakan karyanya disusun daripada nota-nota Tolkien oleh anak lelakinya, Christopher Tolkien. Kepopularan and pengaruh karya-karya Tolkien yang lama bertahan telah mengasaskan Tolkien sebagai "bapa kepada genre fantasi halus". Fiksyen terbitan Tolkien yang lain termasuk padanan cerita-cerita yang pada asalnya diceritakan kepada anak-anaknya tetapi tidak mempunyai sebarang perkaitan yang langsung dengan legendarium.
 
nie la penulis buku lord of the ring
 
ada yang anggap Middle Earth tuh adalah Tanah Melayu..
 
Back
Top
Log in Register