BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Its BYD vs Sime Darby, then MITI susahkan BYD. Its BYD contemplating to continue partnership with Sime Darby that push MITI button

2C057EDD-55DD-4E3E-BD36-A11006D391FA.png
 
Pada Ogos tahun lalu, BYD Malaysia mengesahkan rancangan syarikat itu untuk mendirikan kilang pemasangan tempatan di Tanjong Malim, Perak. Namun, tiada kemaskini terhadap perkembangan tersebut yang kedengaran selepas itu, walaupun pengeluarannya dijangka bermula pada separuh kedua tahun ini. Mengapa?

The Edge melaporkan, nasib kilang yang sepatutnya didanai sepenuhnya oleh BYD itu kini tergantung, kerana syarikat China itu dikatakan sedang menilai semula rancangan tersebut. Sebabnya? Menurut laporan berkenaan, mereka tidak bersetuju dengan terma yang ditetapkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai sebahagian daripada syarat.

Difahamkan, syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh BYD itu adalah berkaitan keperluan untuk BYD mengeksport sebanyak 80% daripada jumlah kenderaan yang dikeluarkan di Tanjong Malim, dan 20% lagi adalah untuk kenderaan yang dijual dengan harga RM200,000 seunit bagi pasaran tempatan.

“Syarat tersebut tidak dapat dipersetujui oleh mereka,” jelas Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada The Edgedalam satu perbualan ringkas telefon.

Beliau menambah, ada keperluan untuk melindungi industri automotif tempatan, yang telah menyediakan sebanyak 700,000 peluang pekerjaan kepada warga. “Perlu juga diingat bahawa Proton dan Perodua mempunyai 50% kandungan tempatan dalam kenderaan mereka, dan Proton menjual sekitar 150,000 unit setahun, sementara Perodua menjual sekitar 350,000 unit setahun. Ini angka jualan yang besar, dan kedua-dua syarikat ini membangunkan sebahagian besar ekosistem sedia ada untuk industri automatif di Malaysia. ”

Ditanya sama ada rancangan Chery Malaysia untuk melabur sebanyak RM2.2 bilion untuk kilang pemasangan Smart Auto Industrial Park di Hulu Selangor akan diteruskan atau tidak, Johari menjelaskan bahawa perjanjian tersebut telah pun dimuktamadkan, maka ia kekal diteruskan.

Laporan berkenaan juga menyatakan, tidak pasti bagaimana perkembangan ini akan memberi kesan kepada beberapa lagi pengeluar kenderaan China seperti Zeekr dan Xpeng, yang diketahui mempunyai rancangan untuk memulakan aktiviti pemasangan tempatan untuk EV mereka pada tahun 2026, susulan berakhirnya tempoh pengecualian cukai untuk EV CBU pada penghujung 2025.

Kerajaan juga telah memperkenalkan harga minimum baru sebanyak RM250,000 untuk EV CBU, yang tidak hanya meliputi jenama yang baru masuk ke pasaran tempatan, tetapi juga model baru dari jenama sedia ada. Ini membuatkan pengeluar perlu mempunyai perancangan untuk CKD. Ini melibatkan perbezaan harga sebanyak RM50k berdasarkan harga minimum RM200k yang ditetapkan untuk EV CKD sebelumnya.
Ni la contoh Mixed Economy......intervening by government......BYD ni company China kan....negara China pun pakai system sama....hehehehehe
 
Ni la contoh Mixed Economy......intervening by government......BYD ni company China kan....negara China pun pakai system sama....hehehehehe

Dlm keadaan sekarang, govt patut advocate EV sbb EV users masih low
 
betul dah tu apa MITI buat...

sampai bila orang datang bukak kilang kat malaysia utk buat product jual kat orang malaysia?
duk bangga2 orang datang bukak kilang kat malaysia tapi buat barang untuk jual pasaran malaysia bukan eksport... tak ke tak berapa cerdik...
 
If BYD pull the plug, apa nasib BYD owners?? Repair electric motor kat kedai tayar??
 
Proton dpt geely
BYD more superior than Geely
Ermmm....apa boleh buat....berbalik kepada foundation economy kita.....Malaysia adopted Mixed Economy....instead of Market Economy.

Mana-mana negara yang nak berurus-niaga dalam Malaysia sepatutnya dah aware pasal ni.....
 
Ermmm....apa boleh buat....berbalik kepada foundation economy kita.....Malaysia adopted Mixed Economy....instead of Market Economy.

Mana-mana negara yang nak berurus-niaga dalam Malaysia sepatutnya dah aware pasal ni.....

Consumers yg rugi kn bayar harga mahal untuk product China
 
The government keeps telling us that the RM4 billion monthly fuel subsidy bill is an 'unsustainable' burden on the nation’s coffers. Yet, in the same breath, MITI has quietly slammed the door on affordable electric vehicles by imposing a RM250,000 minimum price floor for new CBU imports starting this year.
How does this make sense for the average Malaysian?

1. Stagnant Incomes vs. Luxury Barriers: While the World Bank notes that concerns about living costs remain high, the government is effectively making 'green' technology a luxury exclusive to the T10. If you want to help the Rakyat transition away from subsidized fuel, why are you legally preventing us from buying the RM100k–RM150k EVs that are already successful in neighboring markets?

2. Protectionism at Our Expense: We are told this is to 'protect' local industries and encourage CKD assembly. But 'protecting' Proton and Perodua shouldn't mean holding the consumer hostage to higher prices. By the time local affordable EVs hit mass production, the rest of the region will have already moved three steps ahead.

3. The Subsidy Flip-Flop: You want to reduce the fuel subsidy, but you’ve just made the most viable alternative—the EV—unaffordable for anyone outside the upper class. You can’t complain about the high cost of RON95 while simultaneously banning the entry of the very 'budget' EVs that would actually reduce our national fuel consumption.
 
Back
Top
Log in Register