insyi©
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,099
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 28,099
- Reaction score
- 177
- Points
- 123
pernah tak korang dgr nama itik serati?
kalau org kelantan atau trengganu mmg biasa dgr dgn nama itik serati ni....bulunya biasanya warna putih atau putih hitam...dan lebih montel dr itik yg berbulu hijau tu.
semalam di TV1...rancangan Agro, ada tentang itik serati ni. sebuah kilang milik bumiputera di Perak, Duck Food merupakan antara pengeluar dan pengeksport besar itik serati ni. dalam sebulan, 10k ekor itik serati panggang di eksport ke Singapura (rata2 antara kita tahu....itik panggang adalah kegemaran kaum Cina).
Bagi yang belum pernah merasa daging itik serati ni (dikenali juga dgn nama itik pedaging), rasanya sama spt ayam, bezanya tulang dia lebih kecil dan nipis....dan urat daging nya lebih halus berbanding ayam. dan actually, ia lebih sedap dr ayam!
kalau di kelantan, biasanya itik serati ni dimasak kerutuk (kerutuk serati)....so yummy!
Kerutuk Serati
Boleh dimakan dengan nasi putih, atau boleh juga dimakan bersama pulut kuning.....
Dari segi harganya pula...itik serati ini lebih mahal dr ayam...kadang2 mencecah RM10.00 sekilogram....biasanya RM8.00 sekilogram....hampir 2 kali ganda harga ayam kerana bekalannya yang terhad.
Bagi yang ingin mencuba kelazatan itik serati ni, kalau berkunjung ke kelantan....senang nak jumpa kedai makan yg jual kerutuk serati ni. kalau kat KL ni.....yg sy tahu...ada kat Bangi.
jangan pulak korang gi beli itik panggang gantung tu plak....