BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Itik patuh azan.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Tumpat: Setiap kali azan Asar berkumandang, 1,800 itik milik Nawi Latiff, 61, akan mula bergerak masuk ke dalam reban terletak berhampiran rumahnya.

Seperti sudah dididik, semua itik milik warga emas yang mesra dikenali sebagai Pok Wie itu berbuat demikian tanpa arahan daripadanya.

Nawi berkata, selewat-lewatnya jam 5 petang, semua itik berkenaan yang mula dipelihara sejak tujuh tahun lalu akan memenuhi reban tanpa seekor pun tertinggal di luar.

Menurutnya, ada tekniknya untuk mengajar itik berkenaan berdisiplin hingga begitu.

“Sebagai permulaan setiap kali azan Asar berkumandang, saya akan mengumpan semua itik ini dengan meletakkan dedak dalam reban.

“Selepas beberapa kali berbuat demikian, itik ini akan terbiasa dan secara ‘automatik’ masuk dalam reban apabila terdengar azan Asar di masjid berhampiran.

“Sejak itu, saya tidak perlu bersusah payah mencari mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chenerong, Teluk Jering.

Selain itu, Nawi berkata, itiknya juga akan diletakkan di kawasan sawah milik rakan selama tiga bulan selepas musim menuai tamat.

Menurutnya, langkah itu bertujuan menjimatkan kos makanan ternakannya selain membantu rakan membersihkan sawah daripada haiwan perosak seperti siput dan ulat.

“Saya akan gunakan lori untuk memindahkan itik ini ke sawah berhampiran dan di situ juga saya bina reban sementara untuk mereka.

“Ini sudah menjadi amalan setiap kali selepas musim menuai dan mereka akan makan siput, ulat dan yang sesuai dimakan sepanjang tiga bulan di sawah berkenaan.

“Sepanjang tempoh itu juga saya hanya akan menjenguk mereka jam 8 pagi bersama isteri Hamidah Ismail, 55, untuk melepaskan semua mereka.

“Jika bernasib baik, hari yang sama kami akan kutip antara 800 ke 1,200 telur sehari,” katanya yang akan kembali jam 5 petang untuk menutup reban.

Bapa kepada enam anak itu berkata, dalam masa terdekat, dia turut merancang menambah bilangan itik peliharaannya.

Memperoleh bekalan daripada seorang peniaga di Perak, katanya sekurang-kurangnya 500 itik akan ditambah dalam masa terdekat.

Menurutnya, misinya mahu mengembangkan lagi usahanya berikutan sambutan diterima daripada peniaga setempat dan daerah lain.

http://www.hmetro.com.my/node/4006


25hm01zh.transformed.jpg
 
alaa...itik atok aku dulu pn Pandai masuk reban sendiri tanpa disuruh.tggal nak tutop pntu reban je kne wat sendiri.xkecoh pn...lumrah haiwan ternakan mmg mcn tu..ayam pn pndai balik umah sendiri...

saje wartawan nak mensensasikan cerita..ntah2 wartawan ni org bandar..xtau pape pasal kehidupan kampung..
 
Back
Top
Log in Register