BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu V.K Lingam complete discussion

Siasatan isu klip video, dakwaan rasuah biar telus

Interaksi Bersama M Thillinadan - Pengarang Berita- Berita Harian
Siasatan kes klip video membabitkan peguam Datuk VK Linggam atau nama sebenarnya Kanalingam Kandar Veluppilai, semakin meruncing apabila maklumat baru timbul berikutan pendedahan laporan polis dibuat adiknya, Thirunama Karasu membuat pelbagai dakwaan rasuah membabitkan bekas Ketua Hakim Negara, Bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Bekas Peguam Negara, Bekas Ketua Polis Negara, Dua Hakim Mahkamah Rayuan yang masih berkhidmat, Seorang Bekas Hakim Mahkamah Tinggi dan Bekas Penegrusi Mahkamah Perusahaan.

Dalam laporan itu, Thirunama Karasu yang turut mengaku terbabit dalam sebahagian transaksi rasuah berkenaan juga menyenaraikan 'kesalahan rasuah' yang di dakwa dilakukan abangnya dengan butiran lengkap termasuk tahun ia dikatakan berlaku, tempat ia dikatakan berlaku, saksi yang berada ditempat kejadian itu, senarai barang dan jumlah wang yang terbabit, kereta beserta nombor plet yang digunakan untuk pergerakkan mereka.

kesimpulan yang boleh dibuat selepas membaca laporannya ialah sebahagian pegawai badan kehakiman negara dari paling atas hingga ke bawah pada 1990-an, terbabit dengan rasuah. Jika benar dakwaannya, ia adalah tragedi terbesar kepada sistem kehakiman negara. Kita harap ia tidak benar.

Thirunama Karasu juga mendakwa selepas Badan Pencegah Rasuah (BPR) mula menyiasat Linggam, abangnya dan beberapa ahli keluarga lain, selain sekumpulan peguam memaksanya menandatangani akuan berkanun kenyataan palsu. Dakwanya, mereka juga memintanya masuk Hospital Bahagia selama dua tahun. Apabila enggan, mereka memintanya berlakon mengalami kemurungan dan tekanan jiwa serta masuk Hospital Universiti.

Semua ini adalah kandungan laporan Thirunama Karasu kepada polis. Sama ada ia benar atau tidak belum dapat dipastikan kerana selepas lapan bulan laporan dibuat, difahamkan polis tidak menjalankan sebarang siasatan. Malah, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, sendiri mengaku beliau tidak tahu mengenai laporan Thirunama Karasu. Beliau difahamkan polis baru dalam proses untuk menghantar laporan itu kepada mereka, itupun setelah disiarkan media.

Anehnya, selepas arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara setiap aduan perlu disiasat dan pengadu perlu dimaklumkan perkembangan siasatan aduannya oleh pegawai penyiasat sekurang-kurangnya 14 hari selepas aduan dibuat, dalam kesini selepas lapan bulan tiada tindakkan diambil.

Jika polis tidak dapat menyiasat kerana membabitkan tuduhan rasuah, laporan itu sepatutnya diserahkan kepada BPR, tetapi tidak juga.

Ini yang menyebabkan orang ramai hilang keyakinan kepada polis seperti berlaku beberapa tahun lalu sehingga sebuah suruhanjaya penambahbaikkan terpaksa ditubuhkan oleh kerajaan.

Selepas aduan polis itu disiarkan media, Lingam membuat kenyataan rasmi pertama sejak isu klip video timbul pertengahan tahun ini. Ia bagi menjawab semua tuduhan dibuat Thirunama Karasu terhadapnya, selain untuk membersihkan namanya.

Lingam mendakwa adiknya sememangnya menghadapi sakit mental dan itu antara alasan BPR yang menyiasatnya pada 1998 tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Malah, beliau berkata adiknya pernah membuat dakwaan sama terhadap beberapa individu terkemuka, tetapi mereka tidak mengendahkannya kerana tahu masalah kesihatannya. Selain itu, Lingam mendakwa adiknya diperalatkan pihak tertentu untuk agenda tersendiri khususnya mengaitkannya dengan isu klip video.

Walau apapun, kini terpulang kepada Suruhanjaya DiRaja yang akan ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat isu klip video, untuk memanjangkan siasatan mereka terhadap perkembangan terbaru itu kerana ia juga berkaitan dakwaan rasuah membabitkan hakim, polis dan peguam. Kedua-dua isu itu juga membabitkan peguam sama iaitu Lingam.

Kita berharap siasatan Suruhanjaya DiRaja itu nanti akan mendedahkan kebenaran supaya imej dan maruah badan kehakiman kembali pulih. Mungkin hasilnya nanti akan digunakan untuk merombak keseluruhan badan itu termasuk pemilihan hakim yang banyak menimbulkan kontroversi berikutan dakwaan pilih kasih dan tanpa merit.
 
Bagus2 fordlaser..this has revealed the truth behind rumour on video clip
only stuborn / idiot person will not report if they lost their property , money, mercedes ...so should we consider his brother mental retarded for informing his brother action which truly against law and evoked the rules for own sake !!eek: :eek: fordlaser kaulaa geng aku..
 
tau xper... aku bosan rrrr.... dah lama x dapat berdialog ngan ustazhyip ngan nasiayampedas 2... bukan aper... sekurang-kurangnya dapat merungkai kekusutan yang terjejas teruk bila PRU dah dekat nih.... walau apapun mereka tu tetap sahabat aku.... cuma prinsip berbeza... semua member CG sahabat aku... x kira apa latarbelakang mereka...
 
Yer,,kta sesama islam..kalu salah tlg betulkan
Rasional dlam pikiran...
rakyat skrg boleh nilai yg betul/salah
tu pasal rakyat klater rela tak pilih umno
walau ditawar mcm2 ..
kan tak pasal2 kna jual umah..duk kat flat mcm kat kl
kan tak pasal..kna byar tol,cukai pintu
kan tak pasal2 jual tanah sbb nakbina menara..yg rakyat ni duk dongok tersengih,pastu kna byar mcm klcc
kan tak pasal kena joget sbb nak buka disko
kan tak pasal kna g berurut..sbb umah urut nak buka
kan takpasal kna freehair sbb takde sapa larang buka tudung
kan tak pasal kna politik wang sbb nak rebut kerusi
kan tak pasal tinggal sunah nabi/ ajaran nabi sbb ada islam hadari baru
nabi palsu: paklah:D :D
kuan2
 
ayat last kau sebut pak lah nabi palsu tu rasanya kurang enak la kot.....
 
Back
Top
Log in Register