PUTRAJAYA 16 Mei – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini membuat laporan polis ekoran tindakan beberapa organisasi media menyiarkan isi kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam sebelum Kabinet membuat keputusan untuk mendedahkan laporan itu.
Difahamkan tindakan tersebut diambil kerana beberapa akhbar telah menyiarkan isi kandungan laporan suruhanjaya itu sebelum Kabinet bermesyuarat membincangkan perkara itu pagi ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Pegawai Penasihat Undang-undang, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM, Rozielawaty Abd. Ghani di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini pukul 11. 40 pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan tersebut.
Beliau memberitahu, susulan daripada laporan itu, polis akan melakukan siasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) atas dakwaan organisasi media itu mendedahkan kandungan dokumen yang masih lagi menjadi rahsia kerajaan.
Bagaimanapun, kata Abdul Samah, siasatan akan dibuat secara menyeluruh.
“Siasatan akan merangkumi media elektronik dan cetak kerana laporan polis itu tidak mengkhusus kepada media tertentu.
“Kita akan siasat kes itu secara terperinci sebelum sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu hanya akan dijual kepada umum Selasa ini.
Ia mengandungi cadangan ahli-ahli suruhanjaya itu mengenai isu klip video yang memaparkan perbualan telefon seorang peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam dengan seseorang yang dikatakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Perbualan itu dirakamkan pada 20 Disember 2001.
Kabinet hari ini memutuskan laporan suruhanjaya tersebut boleh didedahkan kepada umum.
Suruhanjaya itu yang bersidang pada bulan Januari dan Februari lalu dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor. Ia turut dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar; bekas Peguamcara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim.
dipetik dari Utusan Meloya
Ni lak dari agendadaily.com
JPM buat laporan polis terhadap akhbar
Jabatan Perdana Menteri telah membuat laporan polis terhadap langkah beberapa buah akhbar menyiarkan sebahagian hasil siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video Lingam sebelum Kabinet memutuskan untuk memaklumkannya kepada umum.Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Abdul Razak Abdul Majid mengesahkan bahawa laporan polis itu dibuat pada jam 12 tengah hari Jumaat. Akhbar-akhbar yang menyiarkan hasil siasatan berkenaan ialah The Star, New Straits Times,
Berita Harian dan Sin Chew.- 16/5/2008
wakaka berita hairan pon kena

paid

paid . aku ingat tu suratkabar BN wakakaka

paid

paid