BTC USD 83,204.9 Gold USD 4,188.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu V.K Lingam complete discussion

aaaku tengok kat tv3 minggu lpas .... ada sekumpulan peguam berarak kat palace of justice kat putrajaya.... apa sebenarnya? aku x paham ler.... cuba story panjang skit... apa masaalahnya?
 
Aper?.... DSAI akan bertanding klau pru taun depan...... cantekk.. kerusi parlimen... wah... ini suda kira bagus... boleh ler dia bersuara kat parlimen..... tentu x jadi naik tol... best nyer....
:D :D :D :D :D
 
aikss... takkan pembangkang buat video palsu kot... lagi terror la kiranyer..... umno buat superimposed jer... wah dasyat ni heheheh

ahaks.... nazri aziz dah sakit perut tuh
 
lega rasanya klau DSAI dpt duduk kat parlimen.... mesti dia lawan abis-abisan...... juak Be eNd mesti tengah atur spy DSAI x dpt bertanding..... bahaya pada Be eNd..... taKKoT
 
baca sandiwara ni pun terasa nak gelak :eek: :eek: :eek:

Klip video: Peguam Negara, PDRM, BPR jamin beri kerjasama

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Peguam Negara, polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memberi jaminan akan bekerjasama dengan panel bebas tiga anggota yang ditubuhkan bagi menentukan kesahihan klip video yang kononnya merakam perbualan telefon seorang peguam terkemuka mengenai pelantikan hakim.

Ketua panel berkenaan, Tan Sri Haidar Mohd Noor berkata, jaminan itu diberi oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan; dan Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan yang mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan panel itu di sini.

“Kami berjumpa untuk melihat bagaimana mereka boleh beri kerjasama terhadap tugas kami di sini iaitu untuk menentukan kesahihan klip video berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan itu di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Menara Tun Razak di sini.

Hari ini merupakan perjumpaan pertama panel itu selepas penubuhannya.

Panel berkenaan turut dianggotai aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar.

Haidar, yang juga bekas Hakim Besar Malaya, berkata, panel itu berharap dapat mengadakan perjumpaan serupa dua minggu lagi, bagi meneruskan tugas mereka.

Klip video berkenaan didakwa menunjukkan seorang peguam terkenal berbual melalui telefon dengan seseorang yang dikatakan hakim kanan mengenai pelantikan hakim di negara ini pada 2002.

Haidar berkata, walaupun panel itu diberi masa 30 hari bekerja, mulai tarikh pengeluaran surat pelantikan anggotanya (27 September) untuk menyiapkan tugasnya, tetapi ia akan memohon tempoh lanjutan jika perlu.

Beliau merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau bahan tentang klip video berkenaan supaya mengemukakannya kepada panel itu melalui sekretariatnya iaitu Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

“Kami tak boleh paksa anda... tapi anda boleh datang secara sukarela ke sekretariat kami untuk memberi kenyataan dan sebagainya,” kata beliau.

Haidar berkata, tugas panel itu hanyalah untuk membuat pengesahan tentang kesahihan klip video berkenaan berdasarkan bidang kuasa yang diberi kepadanya dan tidak lebih daripada itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, kerajaan membuat keputusan menubuhkan panel bebas itu memandangkan dakwaan serta spekulasi tentang perkara berkenaan boleh menjejaskan kewibawaan dan integriti sistem kehakiman negara.

Mengulas mengenai kedatangan beberapa anggota Jawatankuasa Pemandu mengenai Usaha Membebaskan Badan Kehakiman ke tempat perjumpaan itu bagi menyerahkan memorandum yang meminta kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja berhubung isu itu, Haidar berkata, panel itu sedia berjumpa dengan mereka, tetapi bukan ketika mengadakan perbincangannya hari ini.

Sementara itu, Mahadev berkata, panel itu akan memutuskan sama ada maklumat atau bahan yang dikemukakan kepada mereka oleh orang ramai melalui sekretariat berkenaan, boleh diguna pakai.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahan atau maklumat yang ingin diserahkan kepada panel itu boleh dipercayai dan relevan.

“Kami tak ada kuasa undang-undang untuk memaksa sesiapa. Kami tak ada kuasa untuk melaksanakan sumpah, kami tak ada kuasa untuk memaksa saksi supaya tampil ke depan... kami juga tidak ada imuniti mengikut undang-undang.

“Satu-satunya imuniti yang kami ada ialah keyakinan dan kejujuran di hati kami,” katanya sambil menambah bahawa panel itu akan berfungsi tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Mahadev berkata, beliau kecewa dengan tindakan sekumpulan kecil manusia yang membuat bising di luar tempat perjumpaan panel itu hari ini yang menuntut anggotanya supaya menghentikan perjumpaan mereka dan menggantikan panel itu dengan sebuah suruhanjaya diraja.

“Cuba elakkan berdemonstrasi di depan pintu kami... kami tak ada sebarang kepentingan di sebalik apa yang kami lakukan.

“Kami hanya mahu selesaikan tugas kami dengan secepat mungkin dan pulang ke rumah,” katanya.

Diminta mengulas tentang pelbagai komen melalui Internet mengenai panel itu, beliau berkata:

“Saya ingin meminta kepada kamu semua di luar sana supaya tidak melontar batu kepada kami sebelum kami selesai membuat siasatan ini.

“Kami akan bertindak berdasarkan undang-undang.”
 
aku tak tau la knp ramai sgt dok backup anwar ibrahim sedangkan dulu ramai pemimpim PAS pun dok kutuk dia. bapak aku org lama gak dlm UMNO. dan ramai lg veteran UMNO yg setuju yg anwar ni pun takder beza gn pemimpim UMNO yg lain.

kalo btul dia ikhlas nak perjuangkan bangsa dan agama satu ketika dulu, mesti dia terima pelawaan dr PAS utk join PAS masa tu tp dia spin masuk UMNO team gn TDM. sebab apa? sebab nak jaga poket sendiri. tak caya tanya la veteran2 UMNO. kalo la arwah Ghafar baba masih ada, korang leh tanya dia sendiri apa anwar dah buat utk jatuhkan Arwah Ghafar.

sbb tu bila dia kena fitnah gn TDM, ALLAH tak tlg dia. sbb dia pun 2 X 5 gn TDM. masing2 nak jatuhkan lwn utk kepentingan diri sendiri. aku mmg yakin yg dia kena fitnah, dia mmg tak liwat tp kena fitnah tp aku masih tak leh terima ckp2 dia sbb dia sama je gn pemimpim UMNO lain. bagi rasuah terima rasuah.

sekian la pendapat hamba yg hina. jika salah tak usah la marah sbb aku pun tak reti sgt. tp korang leh cek gn org2 lama UMNO ttg Anwar ni.

pasal video dia dan gmbr2 salah laku anwar aku penah tgk. abah aku dulu ada. buku 50 dalil knp anwar tak leh jd PM pun aku dah baca masa tingkatan 3.
 
apa yang anwar buat untuk jatuhkan ghafar?
ka cik dek hang tu yang buat? kekeke
actually aku pon tak sokong anwar tapi aku tgk dia ok sikit la dari ahli UMNONG yang lain tue
 
apa yang anwar buat untuk jatuhkan ghafar?
ka cik dek hang tu yang buat? kekeke
actually aku pon tak sokong anwar tapi aku tgk dia ok sikit la dari ahli UMNONG yang lain tue

tp anwar [un bg aku bersubahat. ok la, dah berapa lama kepincangn dlm bdn kehakiman malaysia berlaku? masa zaman anwar jd timbalan lg kan?

tp apa dia dah buat? masa dibuai oleh keseronokkan duniawi mengumpul harta, dia lupa semuanya. bila dah kena buang baru la terhengeh2 nak betulkan badan kehakiman. UDah2 la. PAS dah lama perjuangkan isu2 yg baru anwar nak perjuangkan.

dah kena batang idung sendiri baru nak kater badan kehakiman malaysia dah rosak. dulu masa dok jd TPM apa dia buat? kalo btul belaja agama, mesti dia dah tentang masa dulu lg walaupun diancam buang jawatan ke apa.

masa dia takder masuk mana2 parti politik, masa dia jd pemimpim pelajar, dia mastu tu tgh top giler. masu tu mmg aku respek dia sbb berani perjuangkan bangsa dan agama tp last2 dia spin ke UMNO walaupun PAS dah hantar rombongan meminang.

dan masuk UMNO, perjuangan bangsa ntah kemana. dok perjuang himpun duit jek. Beza anwar gn pemimpim Umno yg lain adalah karisma dia jek. Anwar mmg ada karisma. takder pemimpim lg dlm malaysia yg ada karisma mcm dia. ala2 aura mawi gitu.

cuba bayangkan masa dia jd TPM dulu, tiba2 dia buat statement TDM kawal bdn kehakiman malaysia. siap bg bukti lg masa tu. pastu bg bukti TDM mkn rasuah dn bg rasuah. pergh...insyaALLAH mmg masa tu tergugat la TDM. silap hari bulan lari TDM ke luar negara. dah kena fitnah baru terhegeh2 nak itu ini. gebang je lebih.

baik aku support nik aziz sbb dah terbukti dia berjiwa rakyat. anwar plak konon2 nya berjiwa rakyat tp sbnrnya ada udang sebalik batu.

Anwar pemimpin berkarisma dan terbilang tp terbuang.:D
 
betul ke org kata dia masuk umno dulu sbb nak bersihkan umno dri dalam?:-?
 
Back
Top
Log in Register