BTC USD 83,433.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu V.K Lingam complete discussion

elo beb,
kesian kat saksi2 tuh ... nak beraya dah sedara mara x kenal dah
 
Kereta laju langgaq pokok tepi jalan...
Pokok tumbang kereta rosak@lingkop..
last tuan yg tanam pokok tepi jalan tu yg kena siasat..:D:D

naya naya....;););)

Polisi Undang-undang masa kini di Malaysia..
Syabas PakLah n The Geng...hasil pusaka Cek Det kita...=D> =D> =D>
 
Menerima ugutan dah jadi perkara biasa bagi penegak keadilan, samalah jugak memberi ugutan dah jadi kerja biasa bagi BPR.

Chehh...camtu je ke ugut..?? Geng2 tu dah kerap benar kluar masuk penjara under ISA :)) :)) :)) . Tarak gentar punya...
Tak gitu jembal..:D
 
Kalau Dapat Sumber Yang Merakam Benda Tu Baru Senang Nak Tahu Video Tu Sahih Ka Tidak... :)... Kenapa Nak Sembunyi? Tunjuk Muka La Bagi Bukti2 Sekali

Ape lagi yang tak sahih nye bro...hehehe...
kalo buta tu kok ye la jugak tak sahih...:p :p
 
BPR ni pun satu barua kerajaan, bukan kata nak selsaikan masalah rasuah tu tapi sibuk2 nak tahu sumber dari mana, kalu BPR buat keje betul2 dan buat ujian atas bukti tu, sahkan bahawa tu palsu atau benar, kalu benda tu benar apa kisah dari sumber manapun, kalu palsu ko baru dakwa yang keadilan 2 orang tu.

pasal nak tahu dari mana sumber tu? senang nak pi 'bom' ka?

Asal tak puas hati je..bom...hehehe...senang betul la keje dorang nih...
 
Anwar mungkin ditahan hari ini jika tidak serah pita kepada BPR

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Hari ini genaplah tiga hari tempoh masa yang diberikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan salinan pita rakaman skandal kehakiman.

Sumber menyatakan bahawa BPR akan mendapatkan pita itu dari Anwar hari ini dan dijangkakan wartawan dari pelbagai media luar dan dalam negara akan memenuhi ruang legar pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 11.00 pagi ini.

Jika Anwar enggan menyerahkan pita rakaman perbualan antara seorang peguam yang didakwa sebagai, VK Lingam dan seorang hakim kanan yang didakwa sebagai, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu boleh dikenakan tindakan di bawah sekseyn 29 (c) Akta Pencegah Rasuah.

Di bawah akta itu, Anwar berkemungkinan akan dikenakan hukuman dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Hukuman itu boleh dikenakan berdasarkan notis dari BPR pada 22 Oktober lalu berhubung 'Perintah Mengemukakan Dokumen (di bawah peruntukan Seksyen 22 (1) (b) yang diserahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Tindakan Khas, BPR Putrajaya, Sazali Salbi dalam pertemuan dengan Anwar di pejabat bekas TPM itu isnin lalu.

Dalam notis itu, Anwar diperintahkan agar menyerahkan rakaman pita selama 14 minit dan jika enggan beliau boleh dikenakan tindakan di bawah sekseyn 29 (c) Akta Pencegah Rasuah 1997 dan boleh dikenakan hukuman dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Ketika menerima notis itu, Anwar bagaimanapun tidak memberi sebarang ulasan apabila ditanya sama ada beliau akan mematuhi arahan dalam notis itu.

Ini adalah kali kedua BPR menemui Anwar di pejabatnya berhubung klip video tersebut yang didedahkannya sebulan lalu.

Sebelum ini, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Pegawai Penyelaras Politik Anwar, Sim Tze Tzin menerima notis yang sama. Mereka bagaimanapun enggan mematuhinya, kerana bimbangkan keselamatan sumber klip video itu.

Anwar turut menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh BPR itu hanyalah satu tindakan yang diarah oleh pihak atasan untuk menutup isu sebenar dalam kes Pita Lingam iaitu konspirasi kehakiman dan rasuah yang berlaku.

Anwar memberitahu media pita asal rakaman perbualan itu tidak berada di tangannya, sebaliknya beliau memiliki salinan sahih yang boleh digunakan BPR untuk menentukan kesahihan pita itu.

Hingga kini katanya beliau tetap akan melindungi sumbernya yang memberi rakaman itu dan berjanji jika ada jaminan keselamatan dan kerahsiaan di beri kerajaan kepada pemberi maklumat, beliau akan mendedahkan baki enam minit rakaman perbualan.

Apa yang menyedihkan hingga kini kerajaan lansung tidak memberi keazaman untuk menyiasat kes rasuah dengan memberi jaminan kjepada saksi, sebaliknya menggunakan BPR untuk menutup kes ini, katanya.

Dibimbangi siasatan yang dijalankan oleh BPR ini hanyalah satu sandiwara sahaja bagi melambat dan menutup terus kes ini, ujarnya.

Justeru Anwar masih konsisten dengan pendiriannya bahawa satu Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk bagi menyiasat kes itu dengan semua jaminan keselamatan dan kerahsiaan terhadap sumber perlu diberi.
 
Setuju sesangat. memang wayang je semua ni. Bos BPR pun makan rasuah, nk tangkap orang lain pulak.

Haru2..

-----
Kalau Dapat Sumber Yang Merakam Benda Tu Baru Senang Nak Tahu Video Tu Sahih Ka Tidak... :)... Kenapa Nak Sembunyi? Tunjuk Muka La Bagi Bukti2 Sekali
Bernasnya kepala otang hang. Idea tu seolah-olah menyorong kepala ke rel keretapi. :D
 
Last edited:
Batal jumpa Anwar, BPR salahguna akta pencegahan rasuah

Alamak... kensel pulak...:)


KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sepatutnya bertemu dengan Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) bagi mendapatkan bukti 'pita lingam' hari ini telah membatalkan pertemuan itu dengan hanya menelefon Anwar pada jam 11.00 pagi tadi.

Demikian kata Anwar dalam satu sidang media sejurus selepas mendapat dua panggilan dari BPR di Pejabatnya di Petaling Jaya pagi tadi.

BPR bagaimanapun tidak memaklumkan punca sebenar pembatalan tersebut termasuk tidak memberi tarikh pertemuan selanjut yang bakal diadakan, kata Anwar.

"Ini bukti yang dimahukan BPR ada di tangan saya,"sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih rakaman pita Lingam itu.


-------------------------------------


Sama2 kita tunggu episod selanjutnya....:D :D :D

BPR : Badan Pengertak Rakyat..




:D
 
aku dapat email hari , banyak plak tu ... sapa spam ni

Send Your Signature to Yang di-Pertuan Agong Now!

Dear All Beloved Malaysians,

Our country needs your help to stop the rot in the judiciary and to return the judiciary to the Rakyat. It us indeed our right and obligation, as citizens, to right the wrong.

Please kindly sign up the petition to Yang di-Pertuan Agong for the setting up of a Royal Commission to inquire into and investigate the veracity of what is depicted in the Lingam Tape and, if confirmed to be true, to set into motion the necessary steps to remove Fairuz and to clean up the judiciary.

The petition completed with the language of Malay Royal Protocol, can be viewed here: http://harismibrahim.wordpress.com/2007/09/30/the-petition-to-his-majesty-the-yang-dipertuan-agung

All you need to do is emailing with your name and IC number to: [email protected]

It takes less than 15 seconds to help this country Malaysia.

Please do it ASAP by today.
 
malaysia ku gemilang
merdekanya terbilang
rasuahnya tak terbilang
 
Back
Top
Log in Register