BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu tauliah agama ??

Sang_Buana

Active Member
Messages
2,389
Joined
Oct 8, 2007
Messages
2,389
Reaction score
38
Points
30
Assalamualaikum semua diharap tread ini dapat dibincangkan mengenai isu TAULIAH AGAMA adakah PERLU untuk seseorang dalam membicarakan mengenai agama islam atau untuk mengembangkan syariah islam di malaysia ni perlu mendapatkan tauliah...so adakah relevan atau pun tidak , mendatangkan positif atau negatif kepada ajaran islam dinegara kita. so harap kita dapat berbincang dan berkongsi-kongsi idea.

So aku nak buat persoalan sedikit mengenai isu pertauliah:


PERSOALAN PERTAMA :

Siapakah yang akan mentauliahkan ustaz /pakar agama diseluruh dunia yang dtg ke malaysia untuk memberi ceramah mengenai islam ?? adakah JAKIM ?? Apakah indicator yang diguna pakai untuk mentauliahkan seseorang ???



PERSOALAN KEDUA :

Didapati pensyarah muda atau cikgu agama yang baru habis belajar master /degree / diploma di universiti terus bekerja di sekolah/politeknik dan universiti digelar sebagai ustaz / ustazah.
adakah mereka ini diberi tauliah ??
siapa yang memberi mereka tauliah ??? sedangkan mereka baru setahun jagung habis belajar ..bukan pakar agama lagi...anytime waktu mengajar mereka menggunakan ayat al-quran dan terjemahkan mengikut idea mereka sendiri so disini kalau kita lihat boleh lari jugak dari maksud sebenar kalau ada 100 ustaz yg mengajar dan masing2 menterjemah mengikut idea dan pahaman masing-masing leh mendatangkan bahaya tu ..so apa komen anda ??

PERSOALAN KETIGA:

Adakah maksud tauliah tu bermaksud kena baca text yang diberikan oleh pihak JAKIM ??? supaya penceramah tak lari dari matlamat asal gitu ke ??/ kalau mcm tu semua org leh jadi ustaz yang tak tahu apa-apa pun just baca text sahaja...tak adalah pakar agama dalam malaysia ni...semua just baca text yang disampaikan oleh pihak JAKIM ...mcm khutbah jumaat semua tok iman baca text ...atau kena bayar permohonan isi borang dan submit duit permohonan dpt tauliah itu ke ???
 
Last edited:
xberani nk komen...
tp setiap guru itu,
pastinya ada guru sebelumnya...
 
setahu aku..soalan yg ditanya adalah benar2 berdasarkan

kitab muktabar mazhab yang 4..

kalau jwb guna mazhab lain...memang tak lulus..

soalan dia payah juga..

blh mintak dgn ust di jabatan agama..

takde soalan tentang mazhab baru...

kat selangor dah beratus2 ust yang ada dlm list jabatan agama

yang bwk mazhab wahabi yg konfirm tk lulus kalo ambik tauliah..

salah seorang ialah yang baru kena tahan kelmarin..
 
antara tanggungjawab pemerintah ialah menjaga rakyatnya supaya tak terpesong dengan ajaran yg salah. system tauliah adalah salah satu dari mekanismenya. cuba bayangkan tak ada sistem tauliah..sesiapa pun dibenarkan berceramah pasal islam dimesjid dan tempat2 awam, mengajak orng ramai menjadi pengikut dia, kalau si dia tu pandai berbicara dan berhujjah, pasti banyak pengikut, tak kira lah ajaran yg dibawanya itu betul atau sesat. tak dapat dinafikan abuya arqam, ayah pin, rasul melayu antara individu yg mempunyai kebolehan mempengaruhi org ramai. kita tak mau masyarakat awam dipesongkan oleh individu2 yg tak bertanggungjawab, maka pentingnya tauliah sebagai control system kepada pemerintah yg prihatin kepada kesucian agama rakyatnya. so pada saya, sesiapa yg memperjuangkan utk menghapuskan sistem tauliah ni sebenarnya membuka pagar kandang kepada serigala2 untuk membaham binatang ternakan. renung2kanlah nasib anak cucu kita di masa depan!
 
Back
Top
Log in Register