Sesetengah orang berpendapat apa yang Nabi SAW tidak buat atau laksanakan maka ianya Bidaah
Pada saya yang dhaif ini itu merupakan suatu pandangan yang cuba menyempitkan makna sunnah itu sendiri
Sunnah ialah apa yang datang dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam terdiri dari perkataan, perbuatan atau persetujuan
Sunnah itu merangkumi 3 perkara tetapi apa yang saya nak bincangkan disini mengenai persetujuan (taqrir)
Persetujuan (taqrir) itu maksudnya Nabi SAW tidak buat atau tidak laksanakan tetapi Nabi SAW bersetuju terhadap sesuatu perkara
Bahkan tidak ada dalil pun yang mengatakan apa yang Nabi SAW tidak buat maka kita tidak boleh buat yang ada seperti berikut:
“Dan apa sahaja perintah yang di bawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu,maka terimalah serta amalkan,dan apa jua yang dilarang keatas kamu melakukannya, maka patuhi larangannya”. (Al Hasyr 57:7).
Ayat ini tidak menyebutkan umpamanya “Dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW maka hendaklah kamu tinggalkannya”.
Begitu juga sabda Rasulullah SAW “Apabila aku menyuruh kami melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yang kamu mampu, dan apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.(HR al Bukhari).
Rasulullah tidak mengatakan ,”Dan apabila aku tidak melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.
Bahkan Rasulullah SAW pernah tidak melakukan sesuatu perkara tetapi sahabat melaksanakannya
Contohnya seperti
Hadis Khalid bin al Walid r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a katanya: Khalid bin al-Walid bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah Maimunah isteri Nabi s.a.w yang juga emak saudaranya (khalid) dan Ibnu Ibbas. Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya bernama Hufaidah binti al-Haris dari Najd. Daging itu kemudian dihulurkan kepada Rasulullah s.a.w dan jarang sekali dihulurkan makanan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya. Rasulullah s.a.w lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut. Seorang wanita yang juga bertamu di situ berkata: Beritahulah Kepada Rasulullah s.a.w apa yang kamu berikan kepada baginda itu. Mereka lalu mengatakan: Itu adalah daging dhab wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w menarik kembali tangannya. Kemudian Khalid bin al-Walid bertanya: Haramkah dhab itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik. Khalid berkata: Aku mengambil lalu memakannya, Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak melarang kami. (HR Ahmad, Abu Daud, An Nasai dan Ibnu Majah)
Jadi sekiranya kita mengatakan apa yang Nabi SAW tidak buat maka haram kita melakukannya seolah-olah kita mengatakan Nabi SAW sambil lewa dengan urusan agama Islam bila mana membenarkan khalid al walid makan benda yang haram tanpa melarangnya.
Apa yang di tinggalkan atau yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW bukanlah semestinya bererti perkara itu haram, tetapi ia hanyalah,menunujukkan perkara itu bukan wajib, atau boleh ditinggalkan
Setahu saya tidak ada yang mewajibkan mengadakan kenduri arwah