BTC USD 83,344.0 Gold USD 4,140.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

ambe sudah semak, jumpa perkataan ni "Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah". memang benar, ucapan tahlil adalah sedekah.namun caranya bukan seperti yang diamalkan sekarang (bermajlis dan berjemaah) sebab itu Imam Syafie tak buka tajuk bab Tahlil ni. Dengan menyebut "laa ilaaha illallaah" seorang diri anda sudah dikira bertahlil juga merupakan zikir. Kenapa perlu kaedah yang baru(bermajlis dan berjemaah)? :-? sedangkan sudah dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan telah dipraktikkan oleh para sahabah pada 4 zaman terhebat yang lalukan.. apa kaedah yang baru ni (bermajlis dan berjemaah) lebih afdol dari amalan2(zikir sendiri2) mereka yang dulu lebih awal mengenali Islam?:-? wallahu 'alam.

p/s: sumber rujukan Ilmu Islam melalui Al-Quran & As-Sunnah mengikut kefahaman (soal ibadah)4 zaman terhebat Islam dan ijmak mereka radiallahu anhu ajmai'in.

...bertahlil boleh dibuat secara bersendirian pada bila2 masa . buat majlis tahlil & berjemaah adalah untuk mengiratkan tali siratulrahim sesama saudara islam ,saling mengingati dan beribadah bukannya berpesta spt pergi acara hiburan .. adakah mengiratkan tali siratulrahim & dan memberi sedekah ikhlas itu sesat dan bidaah dalam acara majlis seprti ini sbb kita hidup bermasyarakat? bukanya spt. enau di dalam belukar .

.bab meletakkan hari 3 , 7 , 30 , 40 tu tak diwajibkan pun , babhkan bertahlil itu sendiri bukannya wajib tetapi tidaklah haram hukumnya klu mengikut syaratnya...
 
hanya kerana Allah semata tuan. adakah para sahabah dulu tidak mengiratkan silaturrahim?:-? bukankah Nabi SAW sudah ajarkan cara merapatkan silarurrahim sebagaimana sudah dijelaskan dalam hadits2 sohih yang lain (bukan hadits tahlil)..kaedah bertahlil sudah dijelaskan dengan terang dalam hadits sohih (bukan secara berjemaah), haruskah kita menambahbaik kaedah yang telah diamalkan oleh mereka2 yang telah dijamin syurga ini?:-? Ya Allah, astaghfirullah..siapakah kita, siapa yang endorse amalan kita? Sedangkan Bilal R.A amalan solat sunat wudhu'nya diendorse oleh Nabi SAW, siapa kita ni?:-?

sepanjang pengajian ambe, belum pernah jumpa walau 1 tajuk dalam kitab2 Imam yang 4 tentang Tahlil sebagaimana diamalkan di Malaysia. wallahu 'alam, jika tuan ada sumber ilmunya sila kongsi2kan ilmu tersebut dari mazhab mana serta tajuk kitabnya..semoga kita ditunjuki jalan yang lurus, insya-Allah.

p/s: bab maksiat memang terang-terangan boleh nampak ianya berdosa, tapi bab ibadah siapa boleh nampak dosanyakan. tuan boleh rujuk hadits sohih dari Aisyah R.Anha tentang cara beramal bukan dari amalan mereka. hujah tuan (boleh bertahlil secara berjemaah) akan tertegak jika sudah ketemu dalil sohih dari mereka. wallahu 'alam.
 
...siapalah kita jika hendak dibandingkan dgn para sahabat nabi yg nabi sendiri telah jamin syurganya berbanding org2 spt aku ni yg bezanya seprti langit dgn bumi ... nak sedekah jariah tanah , rumah , masjid yg mewah2 lum termampu , nak harapkan anak2 mendoakan kita apabila mati nanti , belum tahu lagi apa akan terjadi kat mrk. , nak harapkan org lain mendoakan kita pun belum tahu lagi ada ke tidak ..sekurang2nya aku memberi sedekah dari alfatiha kat org lain yg meninggal dunia boleh jugak aku buat tambahkan bekalan nanti...

..hujah berkenaan tahlil berjemaah tu pun aku tak jumpa lagi kat kitab mana yg dikatakan haram tetapi di dalam al.. klu mu rasa nak buat , buat ajelah ..tak nak buat pun takpe tetapi jgn pulak kata ianya haram dan bidaah masuk api neraka .. niat kita ikhlas krn Allah s.wt utk tolong menolong sesama umat , bergotong royong utk kebaikan , kadang2 timbul pula perasaan utk saling maaf memaafi antara satu dgn lain jika kita ada kesalahan kpd mrk berkat iklas hati kita - sifat ini yg agak kurang sekarang dijalankan sbb nya memang semangat spt ini yg musuh2 islam inginkan ...
 
kaedah pemahaman, hal ibadah ada dalil sohih dulu baru boleh amalkan, hal2 lain adalah harus hingga ada dalil sohih yang mengharamkannya.:)..wallahu 'alam..

ambe menyayangi semua yang beriman (termasuk yang melakukan kesalahan) dan ambe membenci segala kemungkarannya akibat dari perbuatannya (namun masih menyayangi mereka sebagai saudara semuslim).

p/s:maksudnya asal semua hal ibadah itu haram kecuali ada dalil yang rajih/kuat yang menyokong. bahasa yang keras bagi amalan@cara(hal ibadah) baru yang tiada dalil kuat yang menyokongnya disebut 'bida'ah'. bahasa lembutnya 'Nabi dan para sahabah,tabi'in & tabi'ut tabi'in tak buat'..:) (hal ibadah)Sunnah dibuat jika Nabi dan para sahabah buat, sunnah tinggal jika Nabi dan para sahabah tak buat.. :) wallahu 'alam.
 
Last edited:

hari isnin , rabu, jumaat dan ahad saya nak buat tahlil secara individu

hari selasa, khamis dan sabtu sy nak buat amalan tahlil sejarah jemaah..

Boleh tak klu sy nak buat amalan kebaikkan mcm tue...
 
ada point di situ

mohon ustaz2 beri pencerahan
 
...terlebih dahulu , fahami maksud tahlil-

Dalam Bahasa Arab, Tahlil bererti menyebut kalimah "syahadah" iaitu "La ilaha illa Allah". Definisi ini dinyatakan oleh Al-L...aith dalam kitab lisan al-arab. Dalam kitab yang sama, az-Zuhri menyatakan, maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah thayyibah.

Di negara kita Malaysia, majlis tahlil atau kenduri tahlil merujuk kepada majlis yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran umpamanya surah Yasin, bertahlil, zikir, doa seterusnya hidangan makanan sedekah kepada yang hadir. semuanya dilakukan dengan niat semoga Allah memberi mafaat pahala bacaan tadi dan kebaikan umpamanya sedekah makanan kepada para tetamu kepada mayat.
bacaan tahlil, tasbih,tahmid, takbir & aL-QURAN yang dilakukan semasa majlis tahlil adalah mendapat ganjaran yang banyak.

"Daripada Abu Zar, sesungguhnya sekumpulan daripada sahabat Nabi mengadu kepada Nabi s.a.w: Wahai Rasulullah s.a.w, orang-orang yang berharta mendapat pahala yang banyak. mereka sembahyang seperti kami sembahyang, juga berpuasa seperti kami berpuasa. mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda s.a.w bertanya: Bukankah Allah telah menjadi sesuatu kepada kamu yang boleh kamu sedekahkan? sesungguhnya setiap tasbih(ucapan Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap takbir(ucapan Allahu Akbar) itu adalah sedekah, setiap tahmid(ucapan Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap tahlil(ucapan La ilaha illah) itu adalah sedekah."

Dari Samurah bin Jundub berkata:"Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada empat zikir yang paling disukai disisi Allah, tidak mengapa jika kamu memulakan dengan mana-mana satu di antaranya iaitu Subhanallah(tasbih), Alhamdulillah(tahmid), Lailahaillah(tahlil) dan Allahu Akbar(takbir)."

Abu Hurairah meriwayatkan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah memilih empat zikir iaitu: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah da Allahu Akbar. maka sesiapa yang menyebut Subhanallah ditulis baginya dua puluh hasanah(kebaikan) dan dihapuskan daripada dua puluh kejahatan. Sesiapa yang menyebut Allahu Akbar, maka akan mendapat seperti itu juga. sesiapa yang menyebut Lailahaillah, maka akan mendapat seperti itu juga. sesiapa yang menyebut Alhamdulillahi Rabbil Alamin, terbit dari ikhlas dirinya, ditulis baginya tiga puluh hasanah dan dihapuskan daripadanya tiga puluh kejahatan."

Mengenai membaca Al-Quran ke atas mayat secara khusus, imam Asy-Syaukani menyebutkan:
"Adat kebiasaan yang dilakukan di setengah negara tentang berkumpul di masjid untuk membaca Al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia, dan begitu juga (dilakukan) di rumah-rumah dan semua perkumpulan yang (walaupun) tidak terdapat (nas tentangnya) di dalam syariat, tidak syak lagi, jika perkumpulan sebegitu tidak terdapat maksiat, dan ia selamat dari perkara-perkara kemungkaran, maka ia adalah dibolehkan. ini adalah kerana perkumpulan itu sendiri bukanlah haram, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan untuk menghasilkan ketaatan seperti membaca Al-Quran dan selainnya. Dan tidaklah tercela dalam perkara itu seperti menghadiahkan pahala bacaan kepada mayat, bahkan sesungguhnya telah terdapat jenis bacaan dari jama'ah yang berkumpul seperti di dalam hadith (mafhumnya): "Bacalah kamu akan Surah Yaasin kepada orang yang meninggal di kalangan kamu." dan ia adalah hadith Shahih. Dan tidaklah ada beza antara bacaan Surah Yaasin dari jemaah yang berkumpul di sisi mayat atau di kuburnya dengan membaca seluruh Al-Quran atau sbehagiannya kepada mayat di masjid atau rumah."

"Maka sesungguhnya adalah para sahabat yang menunjukkan jalan kebenaran berkumpul di rumah-rumah dan di masjid-masjid mereka dan mereka melantunkan syair-syair, berbincang tentang hadith-hadith, kemudian mereka makan dan minum, sedangkan (pada ketika itu) di tengah (bersama) mereka ada Nabi. Maka sesiapa yang mendakwa bahawa perkumpulan yang tidak ada perkara haram (di dalamnya) adalah bida'ah, maka sesungguhnya dia telah salah. Sesungguhnya bida'ah itu adalah yang dibuat-buat dalam perkara agama dn bukanlah perkumpulan sebegini termasuk di dalam perkara bida'ah itu."

ketika diadakan kenduri tahlil ini, kaum kerabat dan para tetamu akan datang bersama merasai kehilangan orang tersayang di samping untuk mendoakan agar orang yang meninggal dirahmati di alam barzakh. Begitu juga yang hadir akan menasihati keluarga yang ditinggalkan dengan kesabaran.

Imam Sayuthi menyebutkan di dalam kitabnya AL-HAWI:
"Sesungguhnya Imam Thowus berkata: seorang yang mati akan beroleh ujian dari Allah dalam kuburnya selama 7hari. Untuk itu, sebaiknya mereka (yang masih hidup) mengadakan jamuan makan (sedekah) untuknya selama hari-hari tersebut. Sahabat Ubaid bin Umair berkata: "Seorang mukmin dan seorang munafiq sama-sama akan mengalami ujian dalam kubur. Bagi seorang mukmin akan beroleh ujian selama 7 hari, sedangkan seorang munafiq selama 40 hari di waktu pagi."

Jika suatu amaliah atau ibadah sudah menjadi keputusan atau athar atau amalan sahabat (dalam hal ini thowus) maka hukumnya sama dengan hadith Mursal. ia dikategorikan sebagai shahih dan boleh dijadikan hujah mutlaq (tanpa syarat). inilah menurut imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali.

bagi Imam Syafie pula, hadith Mursal hanya boleh dijadikan hujah jika dibantu atau dilengkapi dengan salah satu ketetapan yang berkait dengannya, seperti adanya hadith yang lain atau kesepakatan sahabat. Dalam hal ini, seperti disebut di atas, ada riwayat dari Mujahid dan dari Ubaid bin Umair yang keduanya dari golongan Tabi'in, walupun mereka berdua bukanlah sahabat.

Maksud dari kalimat "sebaiknya mereka" dalam keterangan di atas adalah bahawa orang-orang di zaman Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan hal itu, sedangkan Nabi s.a.w sendiri tahu dan mengakuinya.

Di dalam kitab AL-HAWI yang sama disebutkan:
"Sesungguhnya sunatnya bersedekah memberi makan selama 7 hari, telah sampai kepadaku (iaitu Imam Sayuthi), ia berterusan hingga sekarang di Makkah dan Madinah. secara zahirnya, ia tidak ditinggalkan (dari melakukannya) dari masa sahabat sehingga sekarang dan mereka melakukannya sebagai tradisi siambil dari ulama' Salaf sejak generasi pertama (iaitu sahabat)."

Imam As-Sayuthi menyebutkan lagi di bawah bab Thulu' ath Tharaya bi Izhar ma kana khafaya:
"...Dan aku telah melihat kitab-kitab sejarah sewaktu membicarakan biografi para imam banyak menyebut: "Dan telah berhenti/berdiri manusia atas kuburnya selama 7hari di mana mereka membacakan al-quran."...

"Dan telah dikeluarkan oleh Al-Hafiz al-Kabir Abu al-Qasim ibn 'Asakir dalam kitabnya yang berjudul Tabyin kazb al-Muftari fi ma Nusiba ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy'ari Bahawa dia telah mendengar Asy-Syaikh al-Faqih Abu al-Fath Nashrullah bin Muhammad bin Abd al-Qawi al-Masyisyi berkata:"Telah wafat Asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari selasa 9 Muharram 490H di Damsyiq. kami telah berdiri/berhenti/berada dikuburnya selama 7malam, membaca Al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam."

Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah menyatakan pendapat bahawa mayat diuji atau disoal 7hari dalam kubur selepas kematian, adalah mempunyai asal yang kukuh dalam Syara' kerana sejumlah ulama' telah meriwayatkannya daripada tabi'in yang terkemuka termasuklah Thowus , Ubaid bin Umair dan Mujahid.

Imam Ar-Rafi'e menyatakan bahawa amalan ini masyhur dikalangan para sahabat tanpa diingkari. perbuatan memperingati kewafatan seseorang pada setiap tahun. sama ada kebetulan dengan tarikh kewafatannya atau tidak, menurut ulama' kita mempunyai dasar.

Imam As-Sayuthi didalam Syah ash-Shudur menyebutkan riwayat seperti mana yang dinyatakan oleh imam Al-Baihaqi dalam Dala'il an-Nubuwwah yang menukilkannya daripada Al-Waqidi:
"Dan diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi daripada Al-Waqidi, dia berkata: Nabi s.a.w pernah menziarahi para syuhada' di medan Uhud pada setiap haul (genap setahun). ketika Baginda s.a.w sampai ke lembah tersebut, baginda s.a.w mengangkat suara baginda s.a.w yang mulia lalu berkata: "kesejahteraan sentiasa bersama kamu, atas kesabaran kamu dahulu. maka alangkah baiknya tenpat kesudahan (kamu) itu." Kemudian perbuatan Baginda s.a.w inilah telah dilakukan juga oleh sayyiduna Abu Bakar r.a pada setiap haul, kemudian diteruskan pula oleh sayyiduna Umar bin al-Khatthab r.a dan Sayyiduna Uthman r.a."

JAMUAN MAKAN:
Dalam perkara memberi jamuan yang biasa diadakan ketika ada orang meninggal, hukumnya boleh (mubah). Menurut majoriti ulama' , memberi jamuan itu termasuk ibadah yang terpuji dan dianjurkan kerana ia termasuk sedekah yang dianjurkan oleh islam yang pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal. Perkara memberi jamuan makan dalam erti kata sedekah dengan cara menjamu makan orang yang telah BERTAHLIL dan berzikir tadi, dan dengan niat agar pahala sedekah makanan ini sampai kepada mayat, telah menjadi adat lebiasaan dalam masyarakat Melayu ISlam dinegara kita.

Di dalam kaedah ushul al-Fiqh disebutkan:
"Adat (budaya) yang sudah menjadi tradisi dalam masyarakat, menepati tempat hukum."

Di dalam hadith disebutkan:
"Dari Abdullah bin Amr, sesungguhnya ada seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w: Apakah yang didalam Islam? Baginda s.a.w menjawab: itulah kamu memberi makan dan kamu memberi salam ke atas orang yang kamu kenal dan tidak kenal."

Didalam hadith lain:
"Dari Amru bin Abasah berkata: Aku mendatangi Rasulullah s.a.w, Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w Apakah Islam? Baginda s.a.w bersabd: Perkataan yang baik dan memberi makanan."

Di dalam hadith yang lain:
"Kami keluar bersama Nabi s.a.w mengebumikan jenazah, lalu aku lihat Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di atas kubur sedang memberi wasiat kepada orang yang menggali: Luaskanlah dari arah kedua kaki dan luaskanlah dari bahagian kepalanya. setelah selesai urusan pengebumian, seorang wakil utusan seorang perempuan menjemput Baginda s.a.w bertandang kerumah, maka Baginda s.a.w pun datang dan Baginda s.a.w dihidangkan makanan. maka Baginda s.a.w meletakkan tangannya kemudian orang ramai pun mengikutnya, Lalu mereka makan. pada ketika itu, ayah-ayah kami melihat Rasulullah s.a.w meletakkan satu suapan ke mulut Baginda s.a.w. kemudian Baginda s.a.w bersabda: Tidaklah aku dapati daging kambing ini melainkan ia diambil dengan tiada izin tuannya. maka datanglah perempuan tersebut lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku menyuruh seseorang ke Al-Baqi' untuk membeli kambing kepadaku tetapi dia (orang yang disuruhnya) tidak mendapatinya. Lalu aku menyuruh dia pergi kepada jiranku untuk membeli kambing yang telah dibelinya, tetapi jiran itu tidak ada. Aku menyuruh dia pergi kepada isteri tuan kambing tersebut, dan isterinya pun mengirimkan kambing itu kepadaku. Ketika itu, Rasulullah s.a.w bersabda: Berilah makanan ini kepada para tawanan."

BOLEH MEMBERI MAKAN:
Para Ulama' yang membolehkan memberi makanan kepada orang yang memberi takziyah selepas kematian seseorang. adalah berdasarkan kepada beberapa HADITH, antaranya:

Hadith dari Al-Ahnaf bin Qais berkata:
"Ketika Umar ditikam, dia mengarahkan Suhaib agar mengimami orang ramai dalam sembahyang sebanyak tiga kali dan mengarahkan agar disediakan makanan orang ramai."

Antara tujuan lain jamuan dibuat ialah untuk 'IKRAM ADH-DHAIF' (menghormati tamu), bersabar menghadapi musibah dan tidak menampakkan rasa susah dan gelisah kepada orang lain. Semuanya termasuk ibadah dan perbuatan taat yang diredhai oleh Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Maka muliakanlah tetamunya.."

Berdasarkan hadith yang disebutkan di dalam kitab Al-Misykat ini, Syaikh Ibrahim al-Halabi mengatakan bahawa keluarga mayat boleh menyediakan makanan dan memanggil orang lain untuk berkumpul di rumahnya, seperti kata beliau:
"Hadith ini menunjukkan atas bolehnya ahli keluarga mayat menyediakan makanan dn menyemput orang lain untuk makan. jika makanan itu diberikan kepada fakir miskin, adalah baik. Melainkan (iaitu tidak boleh dibuat demikian) jika salah seorang dari ahli waris ada yang masih kecil, maka tidak boleh diambil dari harta ahli waris si mayat."

Keputusan Rasulullah s.a.w menyuruh agar diberikan makanan itu kepada tawanan, bukanlah hujah untuk mengharamkan perbuatan memberi makan kepada orang yang memberi takziyah. syaikh Muhammad Ali al-maliki di dalam kitabnya Buluh al-Umniyyah, muka surat 219 menjelaskan ia adalah untuk mengelakkan makanan tersebut menjadi basi kerana pada ketika itu orang yang diminta redhanya atas daging tersebut masih belum ada.

Di dalam kitab Ar-Ruh Disebutkan:
"Sebaik-baik amal yang dihadiahkan kepada mayat adalah memerdekakan hamba, sedekah, memohon istigfar ke atasnya, mendoakannya dan menghajikannya. Dan adapun membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada mayat dengan ikhlas dengan tidak ada upah, maka amalan ini sampai pahala kepadanya seperti mana sampainya pahala puasa dan haji."

Syaikh Nawawi al-Bentani (Benten) dan syaikh Isma'il menyatakan:
"Bersedekah untuk orang yang telah meninggal dunia itu sunat (mathlub), tetapi hal itu tidak harus dikaitkan dengan hari-hari yang telah menjadi tradisi dalam masyarakat dan acara tersebut dimaksudkan untuk meratapi mayat."

"Dan memberi jamuan secara Syara' (yang pahalanya dihadiahkan kepada mayat) adalah dituntut (sunat), (walau bagaimanapun) hendaklah perbuatan itu tidak terikat dengan waktu tertentu seperti tujuh hari, atau lebih atau kurang dari itu dan tidak terikat dengan sesetengah hari-hari dari...sahaja seperti mana yang telah difatwakan oleh As-Sayyid Ahmad Dahlan.

"Dan adapun tentang makanan yang berkumpul manusia atasnya pada malam dikebumikan mayat yang dinamakan 'wahsyah', ia adalah makruh selama mana ia adalah bukan dari harta anak yatim, jika (ia harta anak yatim) maka menjadi haram. Inilah yang disebut di dalam kitab Khasyf al-Litham. (adapun tentang) doa, Imam Nawawi berkata didalam Al-Azkar: Telah Ijma' Ulama' atas sesungguhnya doa ke atas mayat memberi manfaat kepada mereka dan sampai pahalanya."

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, Sesungguhnya Baginda s.a.w bersabda: "Tidaklah mayat did alm kuburnya kecuali seperti orang yang tenggelam dengan pertolongan iaitu seorang yang meminta (pertolongan) agar dia ditolong. Dia menunggu doa yang menyambung kepadanya dari anaknya atau dari saudaranya atau dari kawannya. Apabila doa itu bersambung (sampai) kepadanya, ia lebih membahagiakannya dari dunia dan apa sahaja yang ada didalamnya. Dan sesungguhnya hadiah orang yang masih hidup kepada orang yang telah meninggal dunia ialah doa dan istigfar."

.... dan sebelum tu , boleh gak ambil rujukan dpd thread sebelumnya di sini....

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=101559
 
hari isnin , rabu, jumaat dan ahad saya nak buat tahlil secara individu

hari selasa, khamis dan sabtu sy nak buat amalan tahlil sejarah jemaah..

Boleh tak klu sy nak buat amalan kebaikkan mcm tue...

wallahu 'alam. tuan boleh bertahlil iaitu menyebut kalimah "laa ilaaha illallaah" bila2 masa tanpa mensyariatkan waktu2 tertentu untuk menyebutnya melainkan ada dalil sohih yang menyuruh kita berbuat demikian..caranya tetap secara individu sebagaimana telah diamalkan generasi terawal Islam dahulu,mereka adalah contoh terbaik sepanjang zaman dan telah dijamin syurga..kebaikan dalam perihal ibadah mesti (dengan dalil) sudah ada dicontohkan, jika tiada ia tidak boleh dikatakan kebaikan kerana hal2 ibadah amat ketat prinsipnya bukan seperti yang terjadi kepada agama wahyu lain yang diubahsuai mengikut hawa nasfu mereka..wallahu 'alam.:)
 
wallahu 'alam, jelas tiada satu pun hadits yang statusnya sohih dan seumpama dengannya yang menyuruh kita bertahlil secara berjemaah, tidak seperti solat fardhu yang mana banyak hadits2 sohih yang menyuruh kita lakukan secara berjemaah kecuali bagi mereka ada sebab2 yang dibenarkan syarak.:) wallahu 'alam...
 
Back
Top
Log in Register