BTC USD 83,453.3 Gold USD 4,161.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

setiap bid'ah itu sesat, ni bukan ulama yang kata, Nabi sendiri yang kata dan ianya sahih.. majlis tahlilan yang diamalkan sekarang tiada petunjuk yang jelas daripada baginda. untuk lebih berhati2, tinggalkan majlis begini dikhuatiri terjerumus ke dalam amalan bid'ah. banyak lagi amalan yang sahih yang masih belum diamalkan secara istiqomah.wallahu a'lam.

neraka milik Allah, urusan Allah, kita hanya menyampaikan apa yang telah (sahih) disampaikan untuk peringatan kepada semua.




... adakah benar 'amalan yg diada-adakan' itu merujuk kpd majlis tahlil atau ada amalan2 lain yg melanggar hukum syariah atau hudud ?
 
... bermaksud sedara telah jatuhkan hukum dan kompomkan apa yg nabi kata setiap bidaah tu sesat ?

jika berzina itu berdosa melalui dalil2nya sahih, apa mungkin bid'ah itu tak sesat bila sudah ketemui dalil2nya yang sahih. siapa yang menjatuhkan hukum sedangkan ianya sudah jelas diketahui melalui wahyu2 yang jelas. apa kita masih ragu2 untuk menerima ketetapan tersebut?:-? semoga Allah tunjukkan kita semua jalan yang lurus.
 
... adakah benar 'amalan yg diada-adakan' itu merujuk kpd majlis tahlil atau ada amalan2 lain yg melanggar hukum syariah atau hudud ?

segala amalan ibadah mestilah ittiba' Rasulullah, jika majlis tahlil sekarang menyamai majlis yang baginda anjurkan ini tiada masalah, tapi kemukakan dalilnya. jika tiada dalilnya, ia termasuk amalan yang menyelisihi sunnah.
 
segala amalan ibadah mestilah ittiba' Rasulullah, jika majlis tahlil sekarang menyamai majlis yang baginda anjurkan ini tiada masalah, tapi kemukakan dalilnya. jika tiada dalilnya, ia termasuk amalan yang menyelisihi sunnah.




... klu sedara nk dalil ,rasanya telah aku berikan dlm post2 yg lepas - silakan korek kembali post2 aku :D




jika berzina itu berdosa melalui dalil2nya sahih, apa mungkin bid'ah itu tak sesat bila sudah ketemui dalil2nya yang sahih. siapa yang menjatuhkan hukum sedangkan ianya sudah jelas diketahui melalui wahyu2 yang jelas. apa kita masih ragu2 untuk menerima ketetapan tersebut?:-? semoga Allah tunjukkan kita semua jalan yang lurus.







.... menjatuhkan hukum yg nabi sendiri tidak jatuhkan pun dikira bidaahkan ?
 
Cuba perhatikan yang saya gariskan tue.
Mula-mula saudara tulis tahlil itu bidaah
Nabi SAW bersabda Setiap Bidaah itu sesat
kemudian Saudara tulis Bidaah tapi ianya tidak sesat

Sedarkah saudara seolah-olah sedang mempermainkan hadis Nabi SAW?

Adakah saudara menerima ada bidaah yang tidak sesat ?

Dalam maksud lainnya, yg cakap ini bid'ah = saya (mengikuti kata2 ulama yg mengatakan ini bid'ah, of course). yg cakap setiap bid'ah itu sesat = Nabi SAW.

itu saya maksudkan. Sori kalo ayat tu mengkonfusekan kamu :)

Tambahan: Of course saya tak tahu yg setiap bid'ah tu sesat, sebab saya tak dapat wahyu dari Allah. yg dapat wahyu dari Allah adalah nabi SAW. dan Nabi SAW bgtau setiap bid'ah adalah sesat. So saya pun dengar dan taat la.

Ada riwayat lain, ada tambahan "setiap sesat itu di neraka". Siapa yg bgtau camtu? Nabi SAW juga :).
 
Last edited:
maaf la nak tanya,
kalau kat kampung2 kan, nak tanya pendapat2 ilmuan kat sini. kenapa tahlil di buat pada hari2 tertentu selepas kematian. contohnya 3 mlm berturut, atau mlm ke 7, dan hari ke 40, dan hari ke 100?

kenapa di buat pada hari2 tertentu selepas kematian.? sekian.

kecik2 dulu org tua2 cakap roh turun ke rumah tgk anak cucu dia wat apa.. entah aku pun ingat2 lupa dah psl tu..
 
Jenis-Jenis Ibadat Yang Datang Daripada Nabi s.a.w.

Ibadat yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w. terbahagi kepada dua:

Pertama:
Apa yang disebutkan dari Nabi s.a.w.
yang terikat dengan masa, tempat, bilangan,
keadaan, serta situasi tertentu. Dalam semua keadaan ini, ianya perlu dilakukan seperti mana ianya didatangkan tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan dan perubahan.

Dan barang siapa yang menokok tambah serta merubah bercanggah dengan apa yang didatangkan,maka ia dianggap seorang yang melakukan perbuatan bid‟ah. Ini seperti dalam persoalan

persoalan pokok ibadat, bilangan rakaat, bilangan hari
hari puasa dan masanya, peraturan haji dan umrah, kadar
kadar pengiraan zakat, jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat, dan persoalan-persoalan yang berkait dengan akidah serta yang seumpama dengannya

Kedua:

Apa yang datang dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk perintah, saranan, galakan,pesanan dan ianya tidak terikat dengan bentuk, masa, tempat, keadaan dan bilangan tertentu dan
tidak terdapat di sana larangan dalam melakukannya pada sesuatu masa yang tertentu.

Maka dalam hal ini, umat Islam bebas memilih masa dan tempat yang sesuai,serta situasi yang baik untuk dia melaksanakan
nya. Apa yang penting ialah tidak menyandarkan pilihan yang dibuatnya dalam melakukan semua ini–sama ada dari segi masa, situasi dan tempat-kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pilihan ini hanyalah diasaskan kepada satu keizinan umum yang diberikan
oleh syarak. Samalah halnya seperti kita mengerjakan sembahyang sunat mutlak, puasa mutlak,zikir, pembacaan al-Quran, berdoa, berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad
s.a.w., memberi sedekah makanan, menyembelih seseekor binatang dengan niat bersedekah serta bertaqorrub kepada Allah dan seumpamanya
 
... klu sedara nk dalil ,rasanya telah aku berikan dlm post2 yg lepas - silakan korek kembali post2 aku :D

jika tuan bagi dalil khusus sudah tentu dalam kitab2 imam 4 mazhab sudah wujud, mereka mendahului mengamalkannya :).

.... menjatuhkan hukum yg nabi sendiri tidak jatuhkan pun dikira bidaahkan ?

majlis tahlil seperti diamalkan sekarang tak pernah wujud pada zaman baginda, secara khususnya memang takkan jumpa dalil, tetapi Nabi telah tetapkan amalan ibadah mesti daripada mereka sebagaimana hadits. jadi, yang terkeluar dari ketetapan berikut terjatuh dalam hukum bid'ah (di sini ulama boleh buat kesimpulan apa yang telah digariskan oleh baginda), jadi, bukanlah ulama yang menjatuhkan hukum sebenarnya.harap tuan faham.
 
Back
Top
Log in Register