BTC USD 81,081.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

kalau nak kuarkan statement/ hujah pasal agama fikir dalam2..fikir implikasi..sebab kita cuma berforum..bimbang ada rakan2 kita yg keliru/ salah faham dengan statement kita.. ; )=
 
Bukan amalan Rasulullah, para sahabah, tabi'in dan tabi'ut tabi'in..jika amalan tu baik dan peroleh pahala sudah tentu mereka mendahului mengamalkannya..wallahu 'alam.

kenapa alim ulamak kita buat tahlil? adakah mereka silap?
 
Pendapat Imam asy-Syafi'i rahimahullah:

Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Shahih Muslim :


"Adapun bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayit), maka yang masyhur dalam madzhab Syafi'i, pahalanya tidak sampai kepada mayit yang dikirimi… adapun dalil Imam asy-Syafi'i dan yang sependapat dengannya, adalah firman Allah SWT (yang artinya): "Dan seseorang tidak akan memperoleh, melainkan pahala usahanya sendiri", juga sabda Nabi SAW: "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga hal, yaitu: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shalih yang berdoa untuknya".


Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.
Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.
Berkenaan kemusykilan terdapatnya dua qaul (pendapat) daripada Imam Syafie, sehingga ada dikalangan mereka yang membantah mengatakan palsu dakwaan para pengamal kenduri arwah mengatakan terdapatnya dua qaul atau pendapat Imam Syafie dalam masalah sampai pahala kepada mayyit?. Penjelasan terdapatnya dua Qaul atau dua pendapat yang diriwayatkan daripada Imam As Syafie rahimullahu ta’ala boleh kita telili didalam beberapa buah kitab Mazhab Syafie yang muktabar. Pendapat Imam As Shafie Rahimahullah telah dicatitkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, SYARAH MUSLIM, yang telah menjadi masalah kepada mereka yang kontra adalah seperti berikut:

“Adapun bacaan Quran , maka [Qaul Masyhur] dalam Mazhab Syafie, adalah tidak sampai………
Dalil Imam Syafie dan mereka yang sependapat dengannya ialah firman Allah (yang maksudnya),
" Dan seseorang tidak akan memperoleh melainkan pahala usahanya sendiri",
dan sabda Nabi SAW (yang maksudnya),
Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh(laki-laki/perempuan) yang berdoa untuknya (si mati)."-- (An Nawawi, SYARAH MUSLIM, juz 1, hal. 90)”.

Jawabnya: Masalahnya, adakah kita telah memahami benar-benar peristilahan sesuatu qaum?, sehingga
dituduh qaum itu tak mengikut Imamnya sendiri?. Pokoknya adakah kita telah benar-benar memahami masyrabnya, mustalahahnya, thuruq khilafnya , selok-belok mazhab dan sebagai-bagainya berkenaan
sesuatu mazhab khasnya “MazhabSyafie”?.

Berkenaan 'qaul masyhur',tidaklah jadi masaalah dalam memahami persoalan ini, maksud 'masyhur' itu sendiri sebagaimana yang diistilahkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Minhaj beliau, dan telah disyarahkan(dihuraikan) oleh Syekh Ibnu Hajar dalam Tuhfah : Muka surat 84, juzuk 1, cetakan Daarul Kutub al Ilmiyah, tahun 1996 m.
( فَا المَشْهُور ) هُوَ الذَّى أَعْبَرَ بِهِ لاِءشْعَارِهِ بِخَفَاءِ مُقَابِلِهِ وَيَقَعُ لِلْمُؤَلِّفِ تَنَاقُضٌ بَيْنَ كُتُبِهِ فِى التَّرْجِيْحِ يَنْشَأُ عَنْ تَغَيُّرِ اِجْتِهَادِهِ فَالْيَعْتَنَّ بِتَحْرِيْرِهِ ذَلِكِ مَنْ يُرِيْدُ تَحْقِيْقَ الأَشْيَأَ عَلَى وَجْهِهَا.
Begini maksudnya:

“ Maka 'qaul masyhur', ialah yang mengibaratkan oleh pengarang (Nawawi) dengan nya, bagi tujuan memberitahu bahawa ada kesamaran muqobilnya (pertentangan), sesuatu pendapat (fatwa)tersebut. Dan bagi pengarang (Nawawi) ,terjadi pentarjihan yang berlawanan diantara kitab-kitab beliau, yang terbit (disebabkan) berubah ijtihad (samada Imam Syafie sendiri atau mujtahid mazhab atau mujtahid tarjih). Maka hendaklah mengamat-amati dengan menghuraikan perkara tersebut atas mereka yang mahu ( yakni mampu) mentahqiqkan (memeriksa dalil-dalilnya dengan ) mengikut jalan –jalan (kaedah) nya”.

Maksudnya : Qaul masyhur tersebut, boleh dibuat penelitian lagi oleh mereka yang mampu terhadap fatwa-fatwa mazhab yang kedudukkannya di tahap masyhur. Jelasnya , Qaul Masyhur adalah satu istilah yang dipopularkan oleh Imam Nawawi dan para Mujtahid Tarjih dikalangan Ulamak Mazhab ini. Bukan istilah Imam Syafie sendiri. Bukan juga seperti sangkaan mereka yang membantah dengan mengatakan “Qaul Masyhur” bermaksud qaul atau pendapat yang terkenal dari riwayat Imam Syafie. Menurut Imam Nawawi memang terdapat 2 Qaul disisi Imam Syafie dalam masalah ini jika dipandang disudut istilah “masyhur” yang dicatitkan disemua kitab –kitab yang menaqalkan masalah sampai pahala.

Cuba kita perhatikan apakah pengertian sebenar “Qaul Masyhur” disini?. Ini sebenarnya telah dijelaskan lagi dalam kitab Majmu' Kutubis Sab a'h al Mufidah, m.s. 34:
و قد تتبع من جاء بعدهما و بينوا المعتمد من غيره بحسب ما ظهر لهم.
“Waqad tatabba'a man jaa aa ba'dahuma kalamma huma wabayyanu al mu'tamad min ghairih bihasabi maa zho ha ra lahum”.

Ertinya: Dan sesungguhnya telah menyelidiki dan membahas fatwa-fatwa kedua Syekhul Mazhab(Rafaie dan Nawawi) oleh mereka (ulamak) yang kemudian , dan mereka telah menerangkan yang mana muktamad (yg dipegang/ difatwakan) dengan yang tidak muktamad, dengan perkiraan (penilaian ) mereka.
Tamat

Maksudnya: Masih boleh berlaku penilaian semula terhadap pendapat atau pentarjihan yang telah dilakukan oleh kedua mahaguru mazhab ini ( Rafaie dan Nawawi) amnya dan khasnya terhadap qaul-Qaul Masyhur yang diriwayatkan daripada Imam Syafie r.a.

Ringkasnya, dalam masaalah ini, kita dapati sekalipun dikatakan Imam Syafie sendiri pada satu pendapat beliau meyatakan tidak sampai sedekah bacaan alquran kepada si mati, ianya tidak lah qat'iy begitu saja untuk diwartakan sebagai fatwa mazhab Syafie. Sebab ianya adalah qaul yang “Masyhur” sebagaimana yang kita telah nyatakan. Ianya (method) ini, telah difahami dan diamalkan sebaik-baiknya oleh murid- murid dan pengikut-pengikut beliau berdasarkan wasiat beliau yg masyhur.Tak perlulah disebut di sini rasanya. Semua orang dah maklum apa wasiatnya. Lagi pula, kita dah nyatakan, fatwa-fatwa dalam mazhab adalah tersusun rapi , urutan tertib pemilihan sesuatu fatwa untuk diterima pakai dalam bidang mazhab ini diketahui oleh orang yang mempelajarinya mengkajinya secara mengakar umbikan kitab-kitab Mazhab. Contohnya, pemilihan kitab-kitab Nawawi . Mana yang didahulukan diantara kitab-kitab beliau. Istilah Sahih, Ashah , Masyhur , Qodim , jadid dan seterusnya adalah Istilah di Sisi Imam Nawawi dan para pentarjih fatwa dalam Mazhab ini. Kalau dikatakan mengapa pula begitu?. Sebabnya, telah diselidiki penyusunan kitab-kitab beliau dari berbagai aspek berdasarkan keteguhan dalil, tahqiq perbahasan, kesemua kitab dan fatwa tersebut, lalu hasillah tertib sebagaimana tersebut. Lantaran itu kita dapati pengikut mazhab Syafie dikalangan ulamaknya, mentarjihkan dan memu'tamadkan sampai pahala bacaan alQuran kepada mayyit. Jelasnya , mereka mentarjihkan dan memuktamadkan Qaul Imam Syafie Yang kedua. Oleh yang demikian tidak benarlah jika dikatakan hanya semata-mata Ijtihad pengikut Mazhab Syafie sahaja. Diantara mereka :Kalau mereka yang terdahulu dari Imam Nawawi: Imam Athobary , alMawardy, sebagai contohnya.Yang kemudian pula Imam AsSubky, Imam AsSayuthy dan lain-lain tak lupa juga Ibnu Abbdissalam dalam satu riwayat beliau merubah pendapatnya setelah wafat dengan dimimpikan orang berjumpa beliau dan beliau mengaku sampai pahala bacaan kepada arwah. Sekali lagi ditegaskan , bahawa Masyhur adalah bermaksud pendapat yang kurang jelas Muqobilnya ( lawan atau sebaliknya) , bukan bermakna qaul yang terkenal diriwayatkan dari Imam Syafie . Maka bila disebut saja Qaul Masyhur , bererti lawan atau sebalik dari pendapat yang Masyhur tersebut adalah suatu yang tidak jelas kedudukannya. Maka di Tahkikkan oleh para ulamak kemudian selepas Imam Syafie. Ini membawa maksud memang ada qaul yang sebalik masyhur atau Muqobil Masyhur . Qaul Masyhur atau Muqobilnya memang kedua-duanya diriwayatkan dari Imam Syafie sendiri

http://pondoktampin.blogspot.com/search?q=imam+syafie

p/s: dulu pernah belajar di pondok ni, sbb tu blog ni jadi rujukan... pernah berjumpa mata ke mata tentang masalah bid'ah ni... apa yg tuan guru ni cakap kat aq, tu la yg aq cakap balik pada sapa2 yg duk tanya kat aq bab bid'ah ni
 
Antara fahama wahabi - utn lebih senang kenal wahabi.
-Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

-Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

-Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

-Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

-Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

-Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

-Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

-Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

-Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

-Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

-Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

-Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

-Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

-Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

-Amalan tariqah dilarang sama sekali

-Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

-------syiah lg bahaya dr wahabi...

yap, ni lah ciri2nya...
 
ayat dlm al-fatihah tu sendiri adalah DOA ..

so..baca je :)

ya .. ...maksud Al-Fatihah ....


[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



....amin ....


Selain dinamai Al-Fatihah (Pembuka), surah ini sering juga disebut Fatihatul Kitab (Pembukaan Kitab), Ummul Kitab (Induk Kitab), Ummul Qur’an (Induk Al-Qur’an), As-Sabu’ul Matsani (Tujuh yang Diulang). Selain keempat sebutan tersebut, banyak ulama tafsir yang menyebutnya dengan: Ash-Shalah (Arab: الصلاة, Shalat), al-Hamd (Arab: الحمد, Pujian), Al-Wafiyah (Arab: الوافية, Yang Sempurna), al-Kanz (Arab: الكنز, Simpanan Yang Tebal), asy-Syafiyah (Yang Menyembuhkan), Asy-Syifa (Arab: الشفاء, Obat), al-Kafiyah (Arab: الكافية, Yang Mencukupi), al-Asas (Pokok), al-Ruqyah (Mantra), asy-Syukru (Syukur), ad-Du’au (Do’a), dan al-Waqiyah (Yang Melindungi dari Kesesatan).


*** dalam byk2 surah di dalam al Quran , surah al fatiha boleh diaminkan ,



http://www.youtube.com/watch?v=YMKiB2G1SHY


http://www.youtube.com/watch?v=M4wuVWU-mco
 
pendapat saya kita tak payahlaa gaduh2 pasal amalan ni...selagi amalan ni tak bercanggah dgn Islam,kita buat...sama ada sampai atau tak sampai doa tu bukan kita tentukan..itu semua biar Allah tentukan...kita buat saja klu mampu...jgn pertikaikan samada sampai atau tidak...
 
Konsep "nabi tak buat maka kita tak boleh buat"... Kena paham betol2... Banyak yg nabi tak buat tapi kita buat sekarang..... Adakah haram? Contoh kita buat khatam al quran meraikan anak2 yg dah khatam... Cikgu cikgu ajar anak murid bernasyid nama nama allah dan sebagainya...... Adakah ini haram... Nabi tak buatkan...... Kena paham konsep beribadat tu dan konsep bidaah tu..... Jgn. Semborono saje hukum sesat......... Moga kite semua diberi petunjuk
 
pendapat saya kita tak payahlaa gaduh2 pasal amalan ni...selagi amalan ni tak bercanggah dgn Islam,kita buat...sama ada sampai atau tak sampai doa tu bukan kita tentukan..itu semua biar Allah tentukan...kita buat saja klu mampu...jgn pertikaikan samada sampai atau tidak...

tu la masalah skng ni...
 
Bukan amalan Rasulullah, para sahabah, tabi'in dan tabi'ut tabi'in..jika amalan tu baik dan peroleh pahala sudah tentu mereka mendahului mengamalkannya..wallahu 'alam.

ikut mazhab imam syafie, pahala bacaan Al-Quran tak sampai kepada si mati..wallahu 'alam

599756_549182001774279_468363639_n.jpg

ps- pinjam ayat bro dari thread lain.....


... umat islam m'sia memang majoritinya mengikut mazhab syafie tetapi bukanlah 100 % ianya diikuti ... imam syafie terkenal sbg penafsir hadis , bukanya menjatuhkan hukum ( klu silap , minta perbetulkan ),

bahkan beliau sendiri mengatakan - Berkaitan dengan bid�ah, Imam Syafi�i berpendapat bahwa bid�ah itu terbagi menjadi dua macam, yaitu bid�ah terpuji dan sesat, dikatakan terpuji jika bid�ah tersebut selaras dengan prinsip prinsip Al Quran dan Sunnah dan sebaliknya. dalam soal taklid, beliau selalu memberikan perhatian kepada murid muridnya agar tidak menerima begitu saja pendapat pendapat dan hasil ijtihadnya, beliau tidak senang murid muridnya bertaklid buta pada pendapat dan ijtihadnya, sebaliknya malah menyuruh untuk bersikap kritis dan berhati hati dalam menerima suatu pendapat, sebagaimana ungkapan beliau � Inilah ijtihadku, apabila kalian menemukan ijtihad lain yang lebih baik dari ijtihadku maka ikutilah ijtihad tersebut �.

... sumber belia....


.....Benarkah Tidak Sampai Pahala Bacaan Al Quran Kepada Orang Islam Yang Meninggal Dunia ?

Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Telah dinukilkan oleh Imam Ibnu Katsir di dalam kitab tafsirnya, Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim, tentang pendapat Imam Al-Syafi’i berkenaan dengan tidak sampai pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Nukilan ini seterusnya menjadi sesuatu yang masyhur dari kalangan para ulama mazhab Syafi’i.


Kelihatan pendapat Imam Al-Syafi’i yang dinukilkan itu sempat mencetuskan kontroversi yang berpanjangan. Senario ini mengundang persoalan sama ada membaca Al-Qur’an di perkuburan lalu menyampaikan pahala bacaan tadi kepada si mati termasuk sesuatu yang bid’ah atau sunnah.

Ibnu Katsir telah berkata di dalam kitab Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim:




Ertinya:
[“Dan sesungguhnya seseorang tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.”] Sebagaimana dosa seseorang tidak boleh dipikulkan oleh orang lain, demikian pulalah pahala, seseorang tidak akan memperoleh pahala melainkan daripada usahanya sendiri. Dan menerusi ayat tersebut Imam Al-Syafi’i RHM berkesimpulan bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya. Oleh itu, Rasulullah SAW tidak menganjurkan hal tersebut kepada umatnya dan tidak menggalakkan mereka untuk melakukannya, dan tidak pula memberikan petunjuk kepada mereka sama ada daripada nas atau isyarat. Demikian juga tidak pernah diriwayatkan bahawa para sahabat melakukan hal yang demikian. Kalau perbuatan tersebut merupakan kebaikan pasti mereka telah mendahului dalam melakukannya. Oleh kerana perbuatan mendekatkan diri kepada Allah (termasuk membaca Al-Qur’an kepada si mati) mesti didasari oleh nas-nas agama, bukan dengan analogi dan fikiran (pendapat) orang. Adapun untuk doa dan sedekah ulama sepakat bahawa keduanya boleh sampai kepada si mati, di samping ada nas syarak mendasari hal tersebut. Dan hadis tentang itu diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya, melainkan tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat.”


Para ulama telah menganalisis pendapat Imam Al-Syafi’i yang telah dinukil oleh Imam Ibnu Katsir ini. Lalu, mereka memberikan pelbagai macam komentar. Dan penulis sendiri telah berusaha mengumpulkan komentar-komentar tersebut bagi menjawab tentang isu ini.


ANALISA PERTAMA: ANALISIS TERHADAP SURAH AN-NAJM AYAT 39


Ertinya:
“Dan sesungguhnya seseorang tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Surah an-Najm: 39)

Sebenarnya ayat ini mempunyai pelbagai tafsiran oleh para ulama. Berikut antara komentar ulama tentang ayat tersebut:

Ayat ini telah dimansukhkan oleh Surah At-Thur ayat 21. Demikian pendapat Ibnu Abbas yang direkodkan oleh Imam Jalaluddin Al-Suyuti di dalam kitab tafsirnya, Al-Durr Al-Mantsur.
Ayat ini telah dikhususkan.
Ayat ini bercerita tentang syariat umat terdahulu.
Ayat ini dikhususkan kepada orang kafir, bukan orang mukmin.
Ayat ini dikhususkan kepada orang yang hidup (insan), bukan yang telah mati.


Setelah Sheikh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah cuba menyebutkan pendapat para ulama lain di dalam kitabnya Al-Ruh tentang penafsiran ayat ini lalu beliau melemahkan semua pendapat yang telah disenaraikan. Ini kerana beliau mempunyai pendapat tersendiri yang amat rapat dengan pendapat Imam Al-Syafi’i dan gurunya Sheikh Ibnu Taimiyyah.

Menurut Sheikh Ibnul Qayyim, surah an-Najm ayat 39 itu menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan memberikan balasan pahala melainkan dengan amal dan usahanya sendiri. Sekaligus membuktikan keadilan Allah SWT.

Sungguhpun begitu, Sheikh Ibnul Qoyyim berpendapat bahawa boleh menghadiahkan pahala kepada si mati. Ini akan diberitahu nanti.

ANALISA KEDUA: ANALISIS PENDAPAT IMAM AL-SYAFI’I

“Sebagaimana dosa seseorang tidak boleh dipikulkan oleh orang lain, demikian pulalah pahala, seseorang tidak akan memperoleh pahala melainkan daripada usahanya sendiri. Dan menerusi ayat tersebut Imam Al-Syafi’i RHM berkesimpulan bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya.”


Sheikh Ibnul Qoyyim telahpun memberikan jawapan tentang hal ini di dalam kitabnya Al-Ruh. Demikianlah kata-kata dan pendapatnya:



“Allah SWT memberitahu bahawa seseorang itu tiada memiliki sesuatu kecuali dari hasil usahanya sendiri.”

Kemudian Sheikh Ibnul Qoyyim melanjutkan pembicaraannya:




“Adapun usaha orang lain, maka itu hak orang yang mengerjakannya. Jika dia suka hendak memberikannya kepada orang lain terserah kepadanya sendiri, kalau tidak maka hak itu adalah kepunyaannya sendiri yang disimpannya untuk dirinya sendiri. Allah Ta'ala tiada mengatakan tidak boleh dimanfaatkan kecuali apa yang diusahakannya semata. Dan tuan guru kami yakni Ibnu Taimiyah, telah memilih cara ini dan memberatkannya (menguatkannya).”


Lihatlah jawapan Ibnul Qoyyim ini! Bukankah ianya benar? Cubalah anda memahami dengan baik akan surah an-Najm ayat 39 dengan pendapat Imam Al-Syafi’i dan disertai penjelasan Imam Ibnul Qoyyim. Anda dapat lihat bahawa kata-kata Imam Al-Syafi’i tadi “…tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya.” Telah dijawab oleh Ibnul Qoyyim bahawa memang itu bukan usaha orang yang telah mati, sebab itu tidak sampai. Tetapi, pahala bacaan al-Qur’an tadi kepunyaan pembuat amal yang masih hidup, dan pembuat amal berhak untuk memberikan pahala tersebut kepada orang yang telah mati.

Pernah seseorang bertanya kepada saya (Lutfi), mengapa saya berpendapat pahala bacaan al-Qur’an boleh sampai kepada orang yang telah mati padahal al-Qur’an menyebutkan bahawa seseorang tidak akan memperoleh melainkan atas usahanya sendiri? Berikut ini adalah jawapan saya:


“Kita kena faham bahawa ayat Al-Qur’an merupakan sesuatu yang benar dan menunjukkan sesuatu yang PASTI. Memang merupakan sesuatu yang PASTI bahawa kita akan mendapat kebaikan atas usaha atau amalan kita sendiri. Adapun hadiah pahala daripada orang lain adalah bentuk yang TIDAK PASTI, dan kita tidak tahu sama ada orang lain akan memberikan pahalanya kepada kita ataupun tidak. Kita tidak tahu, mungkin sahaja setelah kematian kita nanti, kita menyangka ada orang ingin hadiahkan pahalanya kepada kita padahal realitinya belum tentu dan ianya merupakan BENTUK YANG TIDAK PASTI. Jadi, adakah kita perlu mengharapkan sesuatu yang BELUM PASTI? Maka, oleh sebab itu kita perlu memperbanyakkan amal sendiri dan tidak bergantung atau terlalu mengharapkan belas kasihan orang lain. Ini kerana apabila kita sendiri beramal, maka kita memperoleh sesuatu balasan amal yang PASTI. Nah, oleh sebab itu Al-Qur’an hanya menyebutkan sesuatu yang PASTI. Supaya kita memperbanyakkan amal sendiri ketika hidup di dunia ini. Sungguhpun begitu, jika memang ada orang lain menghadiahkan pahalanya kepada kita, maka kita akan memperoleh hadiah pahala itu. Wallahu a’lam bis shawab”.



ANALISA KETIGA

“Oleh itu, Rasulullah SAW tidak menganjurkan hal tersebut kepada umatnya dan tidak menggalakkan mereka untuk melakukannya, dan tidak pula memberikan petunjuk kepada mereka sama ada daripada nas atau isyarat.”

Maksud pernyataan di atas ialah Rasulullah SAW tidak menganjurkan membaca al-Qur’an kepada orang yang telah mati. Dan tiada dalil yang menunjukkan bahawa dianjurkan membaca Al-Qur’an kepada orang yang telah mati.

Para ulama telah berusaha menjawab tentang hal ini dengan dalil-dalil yang baik. Namun, dalil ini telah mendapat kritikan daripada sebahagian pihak, tetapi disokong oleh sebahagian pihak yang lain. Maka, dalam hal ini sikap berlapang dada patut diutamakan.



Ertinya:
Daripada Ma’qil bin Yasar bahawasanya Nabi SAW bersabda: Bacakanlah ke atas orang yang telah meninggal dunia surah Yasin!

(Riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Hadis ini telah dinilai Daif oleh Imam Ad-Daruqutni. Namun, Imam Abu Daud tidak menilainya Daif. Dan ianya telah dinilai Sahih oleh Imam Ibnu Hibban. Berkata sebahagian ulama bahawa hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan membaca Surah Yasin kepada orang yang sedang nazak, bukan kepada orang yang telah mati.

Tentang masalah itu telah dijawab oleh Dr. Abd Malik Abd Rahman As-Sa’di di dalam kitabnya, Al-Bid’ah fi al-Mafhum Al-Islami Al-Daqiq:


“Lafaz mayyit disebut secara hakikat ke atas seorang yang telah keluar rohnya daripada jasad. Dan digunakan secara majaz ke atas orang yang sedang nazak. Ini bererti dia masih lagi hidup dan bukannya telah mati. Kalau dilihat di dalam Kaedah Usuliyyah, diharuskan menggunakan satu lafaz secara hakikat atau majaz, maka tidaklah menjadi tegahan sekiranya digunakan mawtakum ke atas seorang yang sedang nazak dan seorang yang telah mati dengan sebenarnya, kerana pahala bacaan tetap sampai kepadanya dan dia merasa senang sebagaimana seorang yang nazak merasa senang terhadap bacaan surah tersebut. Mereka menafsirkannya kepada makna majaz semata-mata kerana mengkiaskannya dengan hadis Rasulullah SAW yang lain:
Ajarkanlah orang-orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan kalimah La ilaha illallah. Yang dimaksudkan dengan mawtakum di sini ialah mereka yang hampir mati, bukannya seorang yang benar-benar telah mati. Dijawab ke atas hujah di atas: Perkataan yang bererti: Ajarkanlah(?????) , sudah cukup menjadi bukti yang mengubahnya daripada hakikat ke majaz, kerana apabila diminta ‘Ajarkan’ supaya seorang yang hampir mati itu dapat mengucapkannya sebelum rohnya keluar, bukan selepas keluar roh. Lebih-lebih lagi terdapat sebuah hadis lain yang menyatakan maksudnya ‘Sesiapa yang perkataannya di dunia diakhiri dengan kalimah La ilaha illallah, nescaya akan masuk syurga’. Di atas dasar ini tidak ada faedah diajarkannya selepas keluar roh atau selepas kematiannya. Manakala hadis Yasin menggunakan lafaz yang bererti: Bacakanlah ( ?????????) ia! Perkataan ini sesuai untuk seorang yang hampir mati dan seorang yang telah mati, kerana kedua-duanya merasa senang dengan surah tersebut, di samping pahalanya tetap sampai sekiranya dia telah mati. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Muhib At-Tabari dan lain-lain.”


Sebenarnya terdapat hadis lain yang menyokong hadis tadi iaitu:



Ertinya:
Daripada Anas RA secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca surah Yasin, nescaya diringankan azab daripada mereka (ahli kubur) pada hari tersebut dan diberikan kebaikan yang banyak mengikut bilangan ahli kubur kepada si pembaca tadi.

(Diriwayatkan oleh Sohibul Khilal dengan sanad beliau, telah disebutkan demikian itu oleh Ibnu Qudamah dalam al-Mughni juga disebutkan oleh pengarang kitab Tuhfatul Al-Ahwazi. Menurut Dr. Ali Jum'ah dengan hadis inilah Imam Hanbali berhujah).

Hadis lain:



Ertinya:
Daripada Ali RA secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan, kemudian ia membaca Surah al-Ikhlas 11 kali dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada para penghuni kubur, ia sendiri akan memperoleh sebanyak yang diperoleh semua penghuni kubur itu.

(Diriwayatkan oleh Ar-Rafi’i dan As-Samarqandi. Juga disebutkan di dalam kitab Tazkirah al-Qurtubi)

Hadis lain:




Ertinya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan kemudian ia membaca Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan At-Takatsur, lalu berdoa: Ya Allah, ku hadiahkan pahala bacaan firman-Mu ini kepada ahli kubur yang terdiri dari kalangan Mukminin dan Mukminat. Maka mereka akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat.

(Mathalib Syarh Ghoyatul Muntaha)

Berkata Sheikh AlHamid AlHusaini:
“Hadis-hadis tersebut di atas dijadikan dalil yang kuat oleh para ulama”

Pertanyaannya: “Mungkinkah Imam Al-Syafi’i belum sempat bertemu dengan hadis-hadis ini?” Wallahu a'lam, Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Ayuh, kita lanjutkan kepada analisis seterusnya!


ANALISA KEEMPAT

“Demikian juga tidak pernah diriwayatkan bahawa para sahabat melakukan hal yang demikian. Kalau perbuatan tersebut merupakan kebaikan pasti mereka telah mendahului dalam melakukannya.”

Sebenarnya pernyataan ini telah dijawab oleh para ulama dengan bersandarkan pada kisah dan dalil. Ikuti kisah ini:


“Al-Khallal berkata: Telah dikhabarkan kepadaku oleh Hasan bin Ahmad Al-Warraq: Telah diceritakan kepadaku oleh Ali bin Musa Al-Haddad dan dia seorang yang sangat jujur. Dia berkata: Pernah aku bersama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah al-Jauhari menghadiri pengebumian jenazah. Tatkala mayat itu telah dimakamkan, seorang lelaki yang kurus duduk di samping kubur sambil membaca Al-Qur’an. Melihat kejadian itu Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepadanya: Hai, sesungguhnya membaca Al-Qur’an di samping kubur itu bid’ah!. Maka ketika kami keluar dari kawasan perkuburan berkatalah Muhammad bin Qudamah kepada Imam Ahmad bin Hanbal: Wahai Abu Abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubassyar al-Halabi? Imam Ahmad menjawab: Beliau seorang yang Tsiqah (Dipercayai). Apakah engkau ada meriwayatkan sesuatu daripadanya? Muhammad bin Qudamah berkata: Ya, telah dikhabarkan kepadaku oleh Mubassyar dari Abdurrahman bin Ala’ bin Al-Lajlaj dari bapanya bahawa dia berwasiat apabila telah dikuburkan nanti supaya dibacakan di sisi kepalanya permulaan pada surah al-Baqarah dan pada pengakhirannya dan dia berkata: Aku telah mendengar Ibnu Umar berwasiat dengan yang demikian itu. Mendengar riwayat tersebut Imam Ahmad berkata: Kembalilah dan katakan kepada lelaki itu agar meneruskan pembacaannya tadi.”


Lihat! Imam Ahmad yang pernah berguru dengan Imam Al-Syafi’i sudah mengetahui bahawa pembacaan Al-Qur’an di perkuburan adalah Bid’ah. Lalu, beliau mengubah pendapatnya itu setelah mendengar hadis berkenaan wasiat Ibnu Umar RA tadi.

Ramai yang bertanya tentang taraf hadis wasiat Ibnu Umar RA itu sama ada Sahih atau Daif? Jawapannya ialah Sanadnya Hasan seperti yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar.




Ertinya:
Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi denagn sanad Hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.



ANALISA KELIMA

“Oleh kerana perbuatan mendekatkan diri kepada Allah (termasuk membaca Al-Qur’an kepada si mati) mesti didasari oleh nas-nas agama, bukan dengan analogi dan fikiran (pendapat) orang.”

Tentang hal ini telah dikemukakan banyak dalil yang ada di atas. Dalil-dalil itu kebanyakannya tidak dinilai Daif dan sebaliknya dijadikan hujah oleh para ulama bahawa boleh sampainya pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati. Kenapa, tak percaya? Kalau masih tak percaya, anda boleh berusaha menyemak sendiri. Tanpa membuang masa ayuh kita lanjutkan analisis seterusnya!

ANALISIS KEENAM

“Adapun untuk doa dan sedekah ulama sepakat bahawa keduanya boleh sampai kepada si mati, di samping ada nas syarak mendasari hal tersebut. Dan hadis tentang itu diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya, melainkan tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat.”

Para ulama telah memberikan komentar terhadap pernyataan sebegini. Dan komentar yang diberikan oleh para ulama terlalu banyak.

Sering kita mendengar bahawa setiap kali kematian ahli keluarga, teman kita di ruangan Facebook memohon belas ihsan supaya kita sudi menghadiahkan surah al-Fatihah kepada si mati. Persoalannya sekarang ialah sama ada hukumnya boleh ataupun tidak? Takkan anda masih berpendirian bahawa ianya tidak boleh? Padahal, para ulama bersetuju sampai tidak diketahui siapa yang tidak bersetuju bahawa nama lain bagi surah al-Fatihah ialah Al-Doa (Doa). Maka, sudah tentu boleh menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada si mati.

Lalu, bagaimana dengan surah atau ayat yang lainnya? Adakah tidak akan sampai kepada si mati kerana bukan Al-Doa? Hal ini memerlukan perincian yang lebih luas.

Imam An-Nawawi berkata di dalam kitabnya Al-Adzkar:




Ertinya:
Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadis Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya. Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya.


Demikian ulasan Imam An-Nawawi tentang cara yang baik bagi menyampaikan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati adalah dengan berdoa.

Imam Al-Qurtubi pula berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam Sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.



Ertinya:
Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa beliau telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha.

(Riwayat Muslim)

Hadis Sahih ini telah dijadikan dalil oleh Imam Al-Qurtubi bahawa pembacaan al-Qur’an termasuk kategori sedekah. Dan sedekah memang telah disepakati tanpa ada perbezaan pendapat bahawa sampainya pahala itu kepada si mati. Namun, saya secara peribadi berpendapat bahawa hadis yang berikut ini lebih patut dijadikan dalil. Hadis berikut ini adalah Hadis Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.



Ertinya:
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap ruas tulang tubuh manusia berkewajipan atasnya sedekah. Setiap hari matahari terbit, lalu engkau mengadili manusia yang bertengkar adalah sedekah. Engkau membantu seseorang naik ke atas binatangnya ataupun mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah sedekah. Perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah yang engkau hayunkan untuk pergi menunaikan solat adalah sedekah. Dan engkau menghilangkan bahaya dari jalanan adalah sedekah.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Ertinya: “Perkataan yang baik atau kalam yang baik adalah sedekah.”


Muslim manakah yang enggan mengakui bahawa kalamullah (Al-Qur’an) adalah kalimah atau kalam yang baik? Benar. Semua mengakui bahawa kalamullah merupakah kalam yang baik. Maka sekaligus ianya termasuk sedekah. Dan sedekah boleh sampai kepada si mati.

Rasulullah SAW pernah bersabda:



Ertinya: “Sebaik-baik kalam (perkataan) ialah kalamullah.”

(Riwayat Al-Nasa'i)

Oleh yang demikian, jelas sudah kepada kita bahawa pendapat yang muktamad ialah sampainya pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Ini sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab Al-Bujairimi Minhaj:




“Perkataan: Sesungguhnya tidak sampai pahala bacaan adalah Daif sedang perkataan: Dan sebahagian Ashab Syafi’i mengatakan sampai adalah MUKTAMAD.”





Berkata Syeikh Muhammad Ar-Ramli: “Sampai pahala bacaan jika terdapat salah satu dari tiga perkara iaitu: 1. Pembacaan dilakukan di sisi kuburnya. 2. Berdoa untuk mayat sesudah membaca Al-Qur’an yakni memohon agar pahalanya disampaikan kepadanya. 3. Meniatkan sampainya pahala bacaan itu kepadanya.”

(Hasyiatul Jamal)

Segala Pujian bagi Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya dan petunjuk-Nya saya dapat menyempurnakan bahasan tentang masalah sampai atau tidak pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Wallahu a’lam bis shawab.

Semoga bahasan ini menjadi sesuatu yang bermanfaat buat kehidupan kita bersama di dunia ini dan di akhirat kelak. Ya Allah, masukkanlah aku bersama orang-orang yang benar. Ya Allah jadikanlah aku penghuni syurga-Mu kelak. Amin.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

_________________________________________________

Sumber Rujukan:
1. Tafsir Al-Qur'an Al-Azhim. Imam Ibnu Katsir.
2. Tafsir Ad-Durr Al-Mantsur. Imam Al-Suyuti.
3. Al-Ruh. Sheikh Ibnul Qoyyim.
4. Al-Bayanul Qowim Litashih Ba'dhil Mafahim. Dr. Ali Jum'ah.
5. Al-Bid'ah fi Al-Mafhum Al-Islami Al-Daqiq. Dr. Abd Malik Abd Rahman As-Sa'di.
6. Al-Arba'in Al-Nawawiyyah. Imam An-Nawawi.
7. Al-Itqan fi Ulum al-Qur'an. Imam Al-Suyuti.
8. Tazkirah Al-Qurtubi. Imam Al-Qurtubi.
9. Mu'jizatul Qur'an. Imam Mutawalli Al-Sya'rawi.
10. Riyadh Al-Solihin. Imam An-Nawawi.
11. Argumentasi Ulama Syafi'iyyah. Ustaz Hj. Mujiburrahman.
12. Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Syafi'i. Mustafa Al-Bugho, Mustafa Al-Khen, Ali Al-Syarbaji.
13. Hasyiatul Jamal.
14. Bujairimi ala al-Minhaj.
15. Al-Muktamad. Muhammad Az-Zuhaili.
16. Al-Umm. Al-Syafi'i.
17. Al-Mughni. Ibnu Qudamah al-Maqdisi.
18. Liku-liku Bid'ah dan Masalah Khilafiyyah. AlHamid AlHusaini.
 
Kalau doa tak sampai, tak payah baca apa2 lah dalam solat jenazah...... Kan bacaannya semua tu kan doa dalam 4 takbir....... Baca ajalah doa, tahlil, niat betol2... Selebihnya serah pada ALLAH
 
Back
Top
Log in Register