BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu rotan membelakangkan pendidikan Islam

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
image.jpg

Mohd Nasir Zakaria

ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah menyifatkan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim mengaitkan hukuman rotan dengan peruntukan undang-undang Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) sebagai membelakangkan syariat Islam dalam hal tarbiatul awlad (pendidikan kanak-kanak dalam Islam).

Ketuanya, Mohd Nasir Zakaria berkata, kementerian itu wajar mengkaji dan melihat secara menyeluruh isu berkenaan tanpa hanya merujuk kepada kes Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden.

“Kami tidak setuju jika kes itu dijadikan sebagai rujukan mutlak kerana pasangan itu tidak mendera anak, mereka menta’dib anak untuk bersolat dan kebetulan ta’dib itu dilakukan di negara bukan Islam, di mana dianggap bersalah menurut akta yang digubal berteraskan gaya hidup liberal Barat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menyarankan kementerian merujuk kepada sebuah buku komprehensif iaitu ‘Tarbiyyatul awlad fil Islam’ (Pendidikan Anak-anak Menurut Islam) nukilan Abdullah Nasih Ulwan yang menyarankan pendidikan anak-anak bermula daripada mencari pasangan hidup.

Mohd Nasir turut menyelar pandangan Rohani bahawa merotan sebahagian budaya masyarakat Malaysia kerana ia tidak tepat berikutan merotan adalah tindakan berteraskan agama jika dilaksanakan menurut syariat.

Mengulas perkara itu, Mohd Nasir berkata, walaupun Malaysia sensitif dan merangka ke arah negara yang selamat untuk kanak-kanak, namun mengharamkan hukuman rotan dan tidak mencederakan tubuh kanak-kanak adalah tindakan mencetak budaya barat yang membina rangka kerja dalam CRC.

“Barat percaya dengan kebebasan mutlak dan hak sama-rata yang sebenarnya mencabuli hak ta’dib terhadap kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, golongan itu sebenarnya adalah masyarakat yang gagal mencipta formula sendiri mengurus akhlak dan moral kanak-kanak serta remaja di barat.

“Atas dasar sekularisme, mereka cuba mencipta formula yang jauh dari semangat agama mereka sendiri dan CRC adalah sebahagian gambaran Barat dalam hal pendidikan kanak-kanak. Perlukah kita bangga dengan budaya hidup barat yang telah lama gagal melahirkan insan berjiwa manusia?,” katanya.

Mohd Nasir berkata, bagaimanapun pihaknya menentang penggunaan rotan tanpa kawalan atau menghukum kanak-kanak berlandaskan nafsu.

“Banyak kes penderaan, memukul separuh mati akibat pengaruh dadah, alkohol dan kerosakan rumah tangga. Kes berkenaan dilakukan oleh orang dikenali seperti kekasih pasangan yang berpisah,” katanya.

Katanya, perbincangan CRC adalah rentetan banyaknya kes salah guna kanak-kanak, penyeludupan, penjualan organ, penculikan dan penderaan yang wajar ditangani di peringkat nasional melalui landasan agama.

“Rencah meningkatkan hak kanak-kanak perlu dilakukan dalam pemerkasaan rumah tangga antaranya mengurus statistik penceraian pasangan Islam yang kian bertambah, mengurus penggunaan arak dan dadah kalangan umat Islam, mengurus pasangan muda yang ingin bernikah tanpa ilmu mencukupi, mengurus hutang isi rumah yang menjadi punca jenayah dan akhirnya menatijahkan penderaan dan kemerosotan hak asasi kanak-kanak,” katanya.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register