BTC USD 82,973.4 Gold USD 4,144.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Genosid Rohingya masih berterusan

image.jpg

SEORANG anggota polis sempadan Myanmar berkawal di sebuah kem pelarian Rohingya di Rakhine.

NEW YORK 25 Okt. - Pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Islam Rohingya di negeri Ra*khine, Myanmar masih berterusan dan kawasan tersebut tidak selamat bagi membolehkan pelarian pulang ke kediaman masing-masing.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Misi Pencarian Fakta Terhadap Myanmar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Marzuki Darusman ketika membentangkan laporan berkenaan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) selain meminta isu tersebut dipanjangkan kepada tribunal antarabangsa.


Menurutnya, selain pembunuhan beramai-ramai atau genosid, konflik itu termasuk mengecilkan populasi, pencegahan kelahiran dan perpindahan di merata-rata penempatan sementara.

“Ini merupakan pembunuhan yang berterusan,” katanya.

Laporan setebal 444 muka surat itu pertama kali disiarkan kepada umum pada bulan lalu, meminta UNSC untuk merujuk isu tersebut ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague atau menubuhkan tribunal serta-merta seperti yang dilakukan terhadap bekas negara Yugoslavia.

Laporan itu menyatakan ba*hawa jeneral Myanmar, termasuk Ketua Tentera, Min Aung Hlaing, mesti disiasat dan didakwa atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Rakhine.

Sebelum ini, Myanmar menafikan dakwaan kekejaman ketenteraannya sehingga memaksa 720,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Marzuki menambah, konflik itu menyaksikan kira-kira 390 kampung dimusnahkan dan 10,000 penduduk Rohingya terkorban.

“Situasi ini tidak selamat, tidak sesuai buat Rohingya di Bangladesh untuk kembali ke tanah air mereka,” katanya sambil menambah sebarang cubaan untuk membawa pulang pelarian akan membawa lebih banyak kematian. – AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/genosid-rohingya-masih-berterusan-1.775083#ixzz5V6QjGfN8
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Penghantaran pulang Rohingya pertengahan November

rohings_1540898301.jpg

SEBAHAGIAN pelarian Rohingya di kem Cox’s Bazar. - Foto Muhd Zaabar Zakeria

DHAKA: Bangladesh dan Myanmar, hari ini, bersetuju untuk memulakan penghantaran pulang pelarian Rohingya pada November, kurang seminggu selepas pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa pembunuhan beramai-ramai terhadap minoriti Muslim itu masih berterusan.

Lebih 720,000 etnik tanpa kewarganegaraan Rohingya melarikan diri daripada operasi ketenteraan kejam, Ogos tahun lalu dengan berlindung di beberapa kem sesak di Bangladesh dan membawa kisah ngeri rogol, pembunuhan serta pemusnahan harta benda dalam operasi tentera.

Penyiasat berkata, sejumlah pegawai kanan tentera Myanmar patut didakwa atas kesalahan pembunuhan beramai-ramai di negeri Rakhine, namun negara itu menolak gesaan terbabit sambil menegaskan bahawa ia mempertahankan diri daripada militan.

Myanmar dan Bangladesh mengumumkan penghantaran balik besar-besaran pada November 2017, namun proses itu buntu akibat masalah birokrasi dan akhirnya gagal kerana kedua-dua pihak saling menuding jari atas kelewatan selain amaran kumpulan hak asasi bahawa etnik Rohingya akan terus ditindas.

Pihak berkuasa negara majoriti penganut Buddha, Myanmar berkata, lebih 100 pelarian Rohingya sudah pulang, beberapa bulan lalu, namun Bangladesh menegaskan bahawa proses rasmi masih belum bermula.

“Kami merancang untuk memulakan proses penghantaran pulang menjelang pertengahan November. Ini adalah fasa pertama,” kata Menteri Luar Bangladesh, Shahidul Haque, selepas beberapa rundingan antara wakil kedua-dua negara.

“Kedua-dua pihak bersetuju dengan rancangan amat konkrit untuk memulakan proses ini, bulan depan. Kami sudah menunjukkan kesanggupan politik, kelonggaran dan kemudahan bagi memulakan penghantaran pulang secepat mungkin,” kata Setiausaha Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Myanmar, Myint Thu. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...hantaran-pulang-rohingya-pertengahan-november
 
Remaja Rohingya cedera dalam tembakan rentas sempadan

18ntecah_1541341373.jpg

KAWASAN penempatan Rohingya di Thang Khali, Bangladesh. - Foto fail

COX’S BAZAR: Seorang budak lelaki pelarian Rohingya ditembak dan cedera di sempadan Bangladesh-Myanmar ketika beberapa tembakan dilepaskan dari pos pengawal sempadan Myanmar, kata seorang pegawai hari ini.

Nurul Islam, 15, sedang memerhatikan lembu memagut rumput apabila 17 tembakan dilepaskan dari pos keselamatan Rymongkhali, Myanmar, kata jurucakap Pengawal Sempadan Bangaldesh (BGB), Mejar Iqbal Ahmed.


“Islam bernasib baik kerana peluru hanya mencalarkan lengannya,” katanya menambah budak lelaki itu tinggal di kem pelarian Balukhali, daerah tenggara bandar ini.

Katanya, BGB akan menghantar surat bantahan kepada rakan sejawatannya di Myanmar, kata Polis Pengawal Sempadan berkaitan insiden itu.

Seorang pegawai Bangladesh tempatan berkata, insiden itu mungkin bertujuan melewatkan kepulangan semula pelarian Rohingya, dijangka bermula minggu depan.

“Jika tidak, mengapa mereka melepaskan tembakan ke arah Bangladesh? Ia bagi mewujudkan tekanan ke atas pelarian dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” kata pegawai yang enggan dikenali.

Minggu lalu, pegawai Bangladesh dan Myanmar berkata, kira-kira 2,000 pelarian Rohingya akan kembali ke tanah air di barat Myanmar di Rakhine sebagai sebahagian perjanjian kepulangan semula. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...ohingya-cedera-dalam-tembakan-rentas-sempadan
 
Terlalu awal hantar pulang Rohingya-PBB

image.jpg

ETNIK Rohingya ditindas dan terpaksa berpindah ke Bangladesh untuk mendapat perlindungan. - AGENSI

GENEVA 7 Nov. - Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam menggesa Bangladesh menarik balik rancangan penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Rohingya ke Rakhine, Myanmar, bulan ini, bimbang etnik itu terdedah kepada risiko penganiayaan yang tinggi.

Utusan khas PBB tentang hak asasi manusia di Myanmar, Yanghee Lee berkata, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai dari kem pelarian di Cox's Bazar bahawa etnik Rohingya dalam keadaan tertekan nama mereka tersenarai untuk dihantar pulang.

Malah katanya, beliau tidak melihat sebarang bukti kerajaan Myanmar mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelarian Rohingya pulang ke tanah air mereka.

Bangladesh dan Myanmar pada 30 Oktober lalu bersetuju until menghantar pulang pelarian Rohingya ke Rakhine bermula pertengahan bulan ini. - REUTERS



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...ar-pulang-rohingya-pbb-1.782433#ixzz5W9CKetap
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Bangladesh enggan terima tawaran Kanada tempatkan semula pelarian Rohingya

18ntecah_1541736683.jpg

PENEMPATAN etnik Rohingya di Thang Khali, Bangladesh. - Foto fail






PHNOM PENH : Bangladesh tidak menerima tawaran Kanada untuk menempatkan pendatang Rohingya termasuk wanita yang menjadi mangsa rogol di negara mereka sebaliknya negara Asia Selatan itu mahu meneruskan rancangan kontroversi menghantar semula semua pelarian itu ke negara asal.

Usaha mendapatkan komen kerajaan Bangladesh bagaimanapun tidak berjaya kerana jurucakap kementerian luar serta Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian enggan memberikan sebarang kenyataan.

Kanada menawarkan tempat terhad untuk menerima pelarian yang memerlukan termasuk mangsa keganasan seksual pada Mei lalu susulan lawatan Menteri Luar, Chrystia Freeland ke Bangladesh dan tawaran berkenaan masih terbuka.

“Freeland berkata Kanada bersedia berbincang beberapa kes dengan Bangladesh,” kata sumber terbabit dalam krisis Rohingya yang enggan dikenali berikutan sensitiviti isu berkenaan,

“Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina berkata pihaknya akan melihat perkara itu,” kata sumber itu lagi sambil menambah, perbincangan antara kedua negara masih berterusan dengan dibantu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Myanmar pada Selasa lalu menggesa Bangladesh menghentikan rancangan menghantar pulang ratusan pelarian Rohingya ke wilayah Rakhine bulan ini dan memberi amaran, mereka berdepan risiko tinggi untuk dihukum.

Beberapa agensi PBB berkata, lebih daripada 700,000 penduduk etnik Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dari Myanmar berikutan operasi besar-besaran pihak tentera sejak Ogos 2017.

Pakar khusus melindungi pelarian Rohingya berkata, wanita etnik itu yang menjadi mangsa rogol dan berdepan trauma, sesetengahnya dipinggirkan selepas melahirkan anak akibat diperkosa akan menerima manfaat besar dalam program penempatan semula di Kanada.

“Ia adalah satu perkara demi kemanusiaan,” kata Laetitia van den Assum, bekas diplomat Belanda yang kini berkhidmat di panel antarabangsa khusus menangani krisis kemanusiaan di wilayah Rakhine diketuai bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan. - Reuters







sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...rima-tawaran-kanada-tempatkan-semula-pelarian






.
 
Rohingya lari elak dihantar pulang

12rong_1542027616.jpg

GAMBAR fail, khemah pelarian Rohingya terletak di Kem Balukhali, Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto Syed Azwan Syed Ali





COX’S BAZAR/YANGON: Puluhan keluarga Rohingya yang dimasukkan dalam senarai penghantaran pulang ke Myanmar, hujung minggu ini, didapati menghilangkan diri dari kem lokasi mereka berlindung.

Ketua komuniti Rohingya di kem Jamtoli, Abdus Salam berkata, kejadian itu berlaku ketika Nyapyidaw sedang bersiap sedia menerima kehadiran mereka semula.

“Kebanyakan orang yang tersenarai sudah melarikan diri untuk mengelak dihantar pulang,” kata Abdus Salam.

Kem Jamtoli itu terletak kira-kira 40 kilometer ke tenggara Cox’s Bazar, Bangladesh.

Katanya, kebanyakannya melarikan diri ke kem berhampiran untuk mengelak dikesan dan dipaksa pulang ke Myanmar.

Seorang pelarian yang melarikan diri dari Jamtoli bersama keluarganya ke kem Kutupalong berkata: “Ramai yang mengelak solat Jumaat di masjid kerana bimbang dikenal pasti dan dihantar pulang”.

Akhir Oktober lalu, Dhaka dan Nyapyidaw bersetuju memulakan penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Rohingya yang menyelamatkan diri daripada pihak tentera.

Ketika ini, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pelarian Rohingya serta keadaan yang menanti di Myanmar.

Penghantaran pertama dijadualkan pada 15 November ini dan pihak berkuasa di Myanmar semalam berkata, mereka bersedia menerima pelarian berkenaan minggu ini.

Minggu lalu, lebih 20 individu yang disenaraikan Bangladesh memberitahu Reuters mereka tidak mahu pulang ke Rakhine kerana takut.

Bangladesh berkata, ia tidak akan memaksa sesiapa pulang dan meminta Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) mengesahkan sama ada mereka yang disenarai pendek benar-benar bersetuju pulang. - Reuters







sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/11/497364/rohingya-lari-elak-dihantar-pulang#cxrecs_s






.
 
Khamis, 15 November 2018 | 9:45am

kems_1542246318.jpg

Gambar fail menunjukkan pemandangan dari luar kem Taung Pyo Letwe berhampiran sempadan dengan Bangladesh di Rakhine. Awal bulan ini, berpuluh keluarga Rohingya yang berada dalam senarai pelarian untuk dihantar pulang lari dari kem mereka di Bangladesh. -Foto Reuters

Penghantaran pulang Rohingya ke Rakhine hari ini, dibatal - sumber​

COX’S BAZAR: Penghantaran pulang Muslim Rohingya ke Myanmar tidak akan bermula hari ini seperti dirancang, kata dua sumber yang diberi taklimat langsung mengenai perkara itu semalam.

Bangladesh sudah memulakan persediaan menghantar pulang kumpulan awal Muslim Rohingya ke Myanmar hari ini, sejajar dengan satu pelan dua hala dipersetujui antara dua kerajaan pada Oktober lalu.

Rancangan itu bagaimanapun dibantah agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan kumpulan bantuan, yang bimbang keselamatan Rohingya di Myanmar.

Bangladesh berikrar untuk tidak memaksa sesiapa kembali dan meminta Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) memastikan mereka yang disenarai pendek untuk pulang, benar-benar mahu kembali ke negara itu.

“Ia tidak berlaku esok (Khamis) kerana tiada siapa mahu pulang,” kata satu daripada sumber.

Sumber yang enggan dikenali berkata, satu pengumuman rasmi daripada kerajaan Bangladesh untuk mengesahkan perkara itu tidak dipastikan hari ini.

Kerajaan Bangladesh gagal dihubungi untuk mengulas.

Penghantaran pulang kumpulan pertama seramai 2,200 pelarian sepatutnya secara rasmi bermula hari ini dan pihak berkuasa di Myanmar berkata, mereka sudah bersedia untuk tujuan itu.

Lebih 700,000 etnik Rohingya lari daripada tindakan keras tentera di Rakhine tahun lalu, menurut agensi PBB. Pelarian Rohingya berkata, tentera dan penduduk Buddha tempatan membunuh keluarga, membakar ratusan perkampungan dan melakukan rogol beramai-ramai.

Penyiasat diberi tanggungjawab oleh PBB menuduh tentera Myanmar berniat melakukan genosid dan pembersihan etnik.

Ketua hak asasi PBB, Michelle Bachelet mendesak Bangladesh membatalkan rancangan penghantaran pulang kelmarin, memberi amaran nyawa mereka berada dalam risiko serius.

Sumber ketiga berkata, satu pasukan tugas kerajaan Bangladesh yang bertemu lewat semalam mengekalkan komitmen mereka terhadap kepulangan sukarela.

“Kira-kira 48 keluarga yang diwawancara UNHCR mengatakan tidak kepada kepulangan semula,” kata sumber.

Awal bulan ini, berpuluh keluarga Rohingya yang berada dalam senarai pelarian untuk dihantar pulang melarikan diri dari kem mereka di Bangladesh.

Minggu lalu, lebih 20 individu dalam senarai memaklumkan Reuters, mereka enggan kembali ke Rakhine. -Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...g-rohingya-ke-rakhine-hari-ini-dibatal-sumber
 
Myanmar pintas bot bawa pelarian Rohingya

image.jpg

Bot membawa pelarian Rohingya dijangka meningkat selepas hujan monsun berakhir pada awal Oktober lalu.

YANGON - MYANMAR. Pihak berkuasa imigresen Myanmar, hari ini menahan lebih 100 penduduk Rohingya yang menaiki bot di luar perairan Yangon, hari ini, sekali gus meningkatkan kebimbangan tentang gelombang baharu sindiket pemerdagangan manusia selepas ia ditumpaskan pada 2015.

Jurucakapnya, Kyaw Htay berkata, bot membawa 106 penumpang itu dipintas pada awal pagi di kawasan terletak kira-kira 30 kilometer dari selatan bandar terbesar di Myanmar itu.

"Ada kemungkinan mereka berasal dari Rakhine seperti tahun sebelum ini," ujarnya.

Minggu lalu, pekerja bantuan memaklumkan puluhan pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh menaiki bot cuba untuk memasuki Malaysia sejak beberapa minggu lalu selepas hujan monsun berakhir pada awal Oktober lalu.

Difahamkan, lebih ramai pelarian Rohingya memilih perjalanan murah dan pendek di sepanjang pantai selatan Teluk Bengal menuju ke Yangon selepas laluan ke Thailand 'terganggu' dengan pihak berkuasa selain kosnya mahal. - Reuters

http://www.sinarharian.com.my/global/myanmar-pintas-bot-bawa-pelarian-rohingya-1.905381
 
Myanmar, Bangladesh saling tuding jari

image.jpg

PELARIAN Rohingya melancarkan bantahan terhadap program penghantaran pulang di kem pelarian Unchiprang, dekat Teknaf, Bangladesh, kelmarin. AF

COX’S BAZAR 16 Nov. - Myanmar dan Bangladesh saling menyalahkan satu sama lain berikutan kegagalan rancangan penghantaran pulang beratus-ratus ribu pelarian etnik Islam Rohingya.

Pegawai-pegawai dari ke-dua-dua negara saling menu-ding jari berikutan kurangnya kemajuan dalam pelan dua ha*la yang dipersetujui mereka pada Oktober lalu.


Penangguhan penghantaran pulang tersebut merupakan kegagalan besar bagi kedua-dua negara yang menyaksikan krisis pelarian terbesar di dunia itu gagal diselesaikan.

Beratus-ratus pelarian itu di Bangladesh membantah usaha menghantar pulang mereka ke Myanmar, malah sehingga lewat petang semalam tiada seorangpun yang pulang ke negara tersebut.

Myanmar menyalahkan Bangladesh kerana gagal membawa pulang mana-mana pela*rian itu sambil menegaskan pihaknya bersedia menerima kepulangan mereka.

"Jujurnya Bangladesh amat lemah dalam melakukan pe*rancangan fizikal. Kami akan menerima pelarian Rohingya seperti yang termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua negara. Sama ada mereka pulang atau tidak itu adalah pilihan mereka sendiri,’’ kata Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar, Myint Thu.

Gambar yang dipaparkan dalam media sosial menunjuk*kan pegawai-pegawai Myanmar di sempadan negara itu menunggu ketibaan pelarian di pusat penerimaan.

Bangladesh telah berjanji untuk tidak memaksa pelarian itu pulang dan telah meminta Pesuruhjaya Tinggi bagi Pela*rian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) supaya memastikan mereka yang disenarai pendek adalah kumpulan yang benar-benar mahu pulang.

Sementara itu, pihak ber*kuasa imigresen Myanmar te-lah menahan seramai 106 etnik Islam Rohingya yang menaiki sebuah bot dari Yangon sekali gus mencetuskan kebimba-ngan berlakunya gelombang ter*baharu dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Bot berkenaan ditahan awal pagi ini kira-kira 30 kilometer dari bandar tersebut manakala pihak polis kini menyiasat insiden berkenaan.

"Kemungkinan mereka dari Rakhine. Seperti tahun-tahun sebelum ini berkemungkinan be*sar mereka adalah Bengali (na*ma yang diberikan Myan*mar kepada pelarian Rohing*ya) dari Rakhine,’’ katanya pe*gawai imigresen, Kyaw Htay. – Reuters



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/lua...esh-saling-tuding-jari-1.788909#ixzz5X4zgoPPA
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Back
Top
Log in Register