BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

PBB dapat 'lampu hijau' lawat Rakhine

refuugeeeas.transformed.jpg

PELARIAN Rohingya berkumpul di daerah Maungdaw, di negeri Rakhine, Myanmar yang bersempadan dengan Bangladesh. - Foto AFP
MAUNGDAW: Delegasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu melihat sendiri impak ke atas krisis pelarian Rohingya akan tiba di Myanmar, Isnin ini, menurut pegawai kanan kerajaan.

Ia bakal menjadi kunjungan profil tertinggi pertubuhan berkenaan ke Rakhine sejak permulaan, Ogos tahun lalu selepas pihak tentera bertindak ganas ke atas etnik minoriti Muslim itu yang disifatkan sebagai 'pembersihan etnik'.

"Mereka akan datang ke Naypyidaw pada 30 April ini dan kemudian berlepas ke Rakhine pada hari berikut," kata pegawai kanan Myanmar tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Februari lalu, delegasi berkenaan membabitkan 15 duta membuat cadangan kepada kerajaan Yangon untuk melihat dan memantau keadaan etnik Rohingya yang dikatakan tertindas di negara sendiri.

Myanmar bagaimana bertindak menghalang kunjungan itu dengan alasan 'masanya belum sesuai' tetapi mengubah pendirian awal bulan ini apabila memberi lampu hijau kepada delegasi berkenaan melangkah masuk ke zon krisis yang menjadi tarikan komuniti antarabangsa sejak setahun lalu.

Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian memulakan proses penghantaran semula pada Januari lalu namun sehingga kini cuma satu keluarga dilaporkan sudah pulang ke kampung halaman mereka.

Sehingga kini, beberapa ribu etnik Rohingya kekal di zon sempadan dan enggan menyertai rakan dan saudara mereka yang lain di kem pelarian yang padat di Bangladesh.

Mereka hanya akan kembali jika pihak berkuasa memberi jaminan mengenai keselamatan mereka selepas pulang nanti. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/417000/pbb-dapat-lampu-hijau-lawat-rakhine
 
Pasukan AS siasat kekejaman tentera Myanmar

image.jpg

Siasatan dilakukan AS itu untuk mencari bukti yang boleh mengheret tentera Myanmar ke muka pengadilan.
COX’S BAZAR - BANGLADESH. Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan pemeriksaan intensif terhadap kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya dengan mendokumenkan tuduhan bunuh, rogol, penderaan fizikal dan kemungkinan kesalahan lain yang boleh digunakan untuk mendakwa tentera Myanmar melakukan jenayah kemanusiaan.

Proses diketuai oleh Jabatan Negara itu melibatkan lebih seribu temu bual bersama pelarian Rohingya di kem sementara yang menempatkan hampir 700,000 orang di Bangladesh.

Ia disertai kira-kira 20 penyiasat yang mempunyai latar belakang undang-undang antarabangsa dan keadilan jenayah termasuk sebahagian yang bekerja di tribunal di Rwanda dan negara bekas Yugoslavia yang dijalankan pada Mac dan April.

Maklumat itu kemudiannya akan dianalisis di Washington dan laporan didokumentasikan itu akan dihantar kepada kepimpinan Jabatan Negara pada bulan depan atau awal Jun.

Usaha tersebut dimodelkan pada siasatan forensik besar-besaran di wilayah Darfur pada 2004 yang membawa kepada deklarasi pembunuhan beramai-ramai oleh AS hingga menyebabkan sekatan ekonomi terhadap kerajaan Sudan.

Dalam perkembangan berkaitan, delegasi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan lawatan ke Rakhine pada Isnin ini untuk melihat sendiri kesan konflik di negara itu. - AFP

http://www.sinarharian.com.my/global/pasukan-as-siasat-kekejaman-tentera-myanmar-1.826755
 
Majlis Keselamatan lawat Myanmar, pantau krisis Rohingya

myanmm.transformed.jpg

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan memulakan lawatan ke Bangladesh dan Myanmar esok, bagi mempertimbangkan langkah berikutnya dalam menangani antara krisis pelarian terburuk di dunia, berpunca daripada pengusiran etnik Muslim Rohingya.

Myanmar mula mendapat perhatian antarabangsa sejak kempen kejam tentera yang dilancarkan Ogos lalu mengakibatkan lebih 700,000 Rohingya melarikan diri dari rumah mereka di utara negeri Rakhine ke kem-kem yang penuh sesak di Bangladesh.

Majlis itu menggesa Myanmar untuk membenarkan mereka kembali dengan selamat dan mengambil langkah perlu dalam mengakhiri diskriminasi yang dideritai minoriti Islam di negara majoriti Buddha itu sejak berdekad lalu.

Lawatan bermula di kem Cox Bazaar, Bangladesh di mana delegasi akan bertemu dengan pelarian, yang pernah berdepan pengalaman pembunuhan kejam, perkosaan dan pembakaran kampung di tangan tentera dan militan Myanmar. Ia pernah didokumenkan dalam laporan hak asasi manusia PBB sebelum ini.

Kunjungan empat hari yang diketuai Kuwait, Britain dan Peru itu dijangka termasuk perjalanan dengan helikopter ke Rakhine untuk membenarkan delegasi melihat perkampungan yang terjejas akibat keganasan, termasuk Pan Taw Pyin dan Shwe Zar.

Majlis juga akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dikritik kerana gagal mempertahankan isu Rohingya, dan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina.

Duta Kuwait, Mansour al-Otaibi berkata, kunjungan itu bukan bertujuan untuk 'mengutuk mahupun memalukan' Myanmar, sebaliknya menjelaskan kepada mereka bahawa isu ini cukup dekat di hati komuniti antarabangsa yang bersungguh untuk menyelesaikannya. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/am...elamatan-lawat-myanmar-pantau-krisis-rohingya
 
Rohingya menangis minta bantuan UNSC

image.jpg

Pelarian Rohingya meminta pihak terbabit memberi jaminan keselamatan terhadap proses penghantaran pulang mereka.
COX'S BAZAR - BANGLADESH. Pelarian Rohingya di Bangladesh, semalam membuat rayuan penuh emosi kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk membantu mereka pulang dengan selamat ke kampung halaman masing-masing di Myanmar selain menuntut keadilan terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap golongan itu.

Beberapa wanita dan remaja perempuan dilihat menangis penuh hiba ketika menceritakan penderitaan yang dialami mereka.

"Ia menunjukkan skala cabaran kepada kami untuk mencari cara bagi membolehkan pelarian Rohingya pulang. Apa yang menyedihkan adalah tiada apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan derita mereka," kata Duta Britain ke PBB, Karen Pierce ketika melawat kawasan tanak tidak bertuan yang menempatkan golongan itu.

Sementara itu, Timbalan Duta Amerika Syarikat ke PBB, Kelley Currie berkata, keadaan akan menjadi 'bencana' apabila ketibaan musim hujan.

Sebelum ini, pegawai PBB dan kumpulan bantuan telah menyuarakan kebimbangan terhadap nasib etnik Rohingya menjelang musim monsun yang dijangka memburukkan lagi situasi kemanusiaan di kem pelarian terbabit.

Difahamkan, wakil UNSC dijadualkan tiba di Yangon pada hari ini untuk bertemu Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi turut berkunjung ke kem pelarian Kutupalong yang menjadi tempat berlindung hampir 700,000 pelarian Rohingya. - Reuters

http://www.sinarharian.com.my/global/rohingya-menangis-minta-bantuan-unsc-1.828276
 
PBB perlu desak Myanmar ambil balik Rohingya - PM Bangladesh

01meeting.transformed.jpg

WAKIL Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu untuk gambar dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina selepas pertemuan mereka di Dhaka, Bangladesh. - Foto REUTERS
DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Myanmar mengambil balik ratusan ribu pelarian Muslim Rohingya yang menyelamatkan diri daripada operasi kejam tentera dengan berlindung di negara itu.

Kumpulan wakil Majlis Keselamatan mengunjungi Hasina di ibu negara Bangladesh, Dhaka sebelum melawat Myanmar untuk mengadakan mesyuarat dengan pemimpin kerajaannya, Aung San Suu Kyi dan Ketua Komander Tentera, Min Aung Hlaing lewat hari ini.

"Mereka patut meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Myanmar supaya mengambil balik rakyat mereka. Itu tuntutan kami," kata Hasina kepada pemberita.

Lawatan kumpulan wakil Majlis Keselamatan untuk melihat sendiri kesan operasi ketenteraan Myanmar di negeri Rakhine sekali lagi menarik perhatian dunia terhadap krisis itu yang disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik Muslim Rohingya.

Myanmar menafikan tuduhan itu dengan berkata, tentera menjalankan operasi anti pemberontak yang sah.

Serangan pemberontak Rohingya terhadap pos keselamatan di negeri Rakhine pada Ogos lalu mencetuskan operasi ketenteraan itu, menurut PBB dan kumpulan hak asasi sehingga menyebabkan hampir 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...ak-myanmar-ambil-balik-rohingya-pm-bangladesh
 
UNSC digesa kumpul bukti kekejaman Myanmar
MAUNGDAW: Wakil Britain ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencadangkan supaya Majlis Keselamatan (UNSC) badan dunia itu membantu usaha mengumpul bukti jenayah yang dilakukan oleh pihak tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya.

"Apa yang boleh kita lakukan ialah memikirkan cara terbaik supaya Majlis Keselamatan boleh membantu usaha mengumpul bukti (kekejaman) sebelum ia diserahkan kepada pihak berkuasa Myanmar atau mekanisme lain di peringkat antarabangsa.

"Secara dasarnya ada dua cara bagaimana bukti ini boleh dikumpul, iaitu dengan rujukan Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau Kerajaan Myanmar sendiri melaksanakannya," kata Duta Britain ke PBB, Karen Pierce kepada wartawan dan memaklumkan bahawa siasatan itu memerlukan bukti yang kukuh.

Wakil Myanmar ke PBB, setakat ini masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kenyataan Pierce itu.

Sebelum ini, pemimpin kanan Myanmar, Aung San Suu Kyi berjanji untuk menyiasat tuduhan itu jika terdapat bukti kukuh berhubung kejadian itu.

Malah, ketua tentera, Min Aung Hlaing memberi jaminan tindakan tegas akan dilaksanakan berhubung dakwaan keganasan seksual dalam pertemuan dengan wakil UNSC di Naypyitaw, semalam. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/05/419822/unsc-digesa-kumpul-bukti-kekejaman-myanmar
 
Myanmar beri jaminan keselamatan Rohingya

image.jpg

KETUA tentera Myanmar, Min Aung Hlaing memberi jaminan pelarian Rohingya akan selamat selagi mereka tinggal di kawasan yang dikhaskan. - AFP





YANGON 5 Mei - Pelarian etnik Rohingya yang kembali ke Myanmar dijamin selamat selagi tinggal di perkampungan yang dibina khas untuk mereka.

Jaminan itu dikeluarkan oleh ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing menerusi kenyataan dikeluarkan di laman Facebook.

“Tidak perlu khuatir mengenai keselamatan mereka selagi tinggal di kawasan yang ditetapkan,” ujar Aung Hlaing kepada delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 30 April lalu. - AFP










sumber: http://www.utusan.com.my/berita/lua...n-keselamatan-rohingya-1.666217#ixzz5EisvN26y









.
 
Ramadan di bumi Cox’s Bazar

image.jpg

Kanak-kanak Rohingya mengambil wudhuk di kem Ukhia, Cox’s Bazar. - AFP
COX’S BAZAR - BANGLADESH.Kedatangan Ramadan kali ini jauh berbeza buat M.D. Hashim, seorang pelarian Rohingya berusia 12 tahun yang terpaksa meneruskan kehidupan di kem Cox’s Bazar, Bangladesh.

Bersama kanak-kanak lain seusianya, Hashim hanya mampu mengimbau kenangan Ramadan di kampung halaman, berbuka puasa dengan juadah enak yang dimasak sekali setahun ketika bulan puasa, menerima hadiah daripada keluarga dan kesempatan menghayati keindahan senja sebelum solat maghrib.

Kedatangan bulan mulia umat Islam kali ini, menjadi peringatan pahit bahawa mereka telah kehilangan kehidupan sebelum ini apabila terpaksa menyelamatkan diri daripada kekejaman tentera Myanmar.

"Kami tidak mampu menyediakan juadah enak dan meraikan Ramadan seperti di kampung kerana ini bukan negara kami," ujar Hashim.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan tindakan tentera Myanmar membunuh kejam etnik minoriti Rohingya sebagai pembersihan etnik dan ia turut menerima kecaman di peringkat global.

Hampir 700,000 penduduk Rohingya kini berlindung di kem pelarian Bangladesh, hidup berhimpit dalam pondok daif di lereng bukit berdebu.

Meski bersyukur dapat menyelamatkan diri namun kekurangan makanan dengan suhu yang semakin meningkat, sekali lagi akan menguji kecekalan pelarian Rohingya.

Pelarian Rohingya dilarang daripada bekerja dan kewujudan lebih dua dozen pusat kawalan tentera menghalang mereka daripada keluar,menjadikannya ia kem pelarian paling besar dan padat di dunia.

Mereka kini hanya bergantung kepada sumbangan makanan, pakaian dan perubatan demi meneruskan kehidupan, namun Hashim beruntung masih dapat bersama keluarganya, ada yang terpaksa menempuh Ramadan sendirian setelah kehilangan orang tersayang. - AFP

http://www.sinarharian.com.my/global/ramadan-di-bumi-cox-s-bazar-1.835558
 
Pemantau kritik suruhanjaya baru siasat kes Rohingya

02roh.transformed.jpg


YANGON: Suruhanjaya baru yang ditubuhkan Myanmar untuk meneliti pencabulan hak asasi manusia di negeri Rakhine dikritik pemantau semalam yang disifatkan sebagai 'gimik politik', ketika negara itu cuba mengelakkan kecaman seterusnya berhubung layanan ke atas etnik Islam Rohingya.

Petang kelmarin, kerajaan mengumumkan suruhanjaya siasatan 'bebas' ditubuhkan tetapi tidak memberikan butiran mengenai tugasan, kuasa atau rangka masa yang diberikan untuk melengkapkan laporan.

Tentera merempuh perkampungan rohingya dalam kempen yang bermula Ogos lalu susulan siri serangan militan, memaksa kira-kira 700,000 melarikan diri ke Bangladesh.

Rohingya memberikan keterangan mengenai pembunuhan, rogol, penderaan dan kebakaran khianat dilakukan tentera dan penduduk Buddha, dalam keganasan yang dilabelkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Dalam beberapa dekad sebelum itu, hak asasi penduduk Rohingya digugurkan secara bersistematik oleh negara yang menganggap mereka sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Penganalisis beribu pejabat di Yangon, David Mathieson, menyifatkan suruhanjaya baru itu cuma 'gimik politik'.

"Memandangkan bukti kukuh yang dikumpul Amnesty International, PBB dan media, Suruhanjaya Siasatan (CoI) ini bukan siasatan betul," katanya, menambah ia hanya 'bertembung dengan tentera melindungi kes pembersihan etnik.'

Anggota suruhanjaya baru itu termasuk dua warga asing dan dua rakyat Myanmar: bekas Timbalan Menteri Luar Filipina, Rosario Manalo; bekas wakil Jepun di PBB, Kenzo Oshima; bekas pengerusi tribunal Perlembagaan Myanmar, U Mya Thein dan Aung Tun Thet, yang mengetuai badan kerajaan khas untuk krisis Rohingya. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...u-kritik-suruhanjaya-baru-siasat-kes-rohingya
 
balik2 lah ke sana..
nnt dh beranak pinak kat sini, claim malaysia nie negara kelahiran diorg pulak..
 
Back
Top
Log in Register